Tuesday, December 28, 2010

Alah emak JANGAN kahwinkan aku...

Huhuhu

Sejak kebelakangan ni aku asyik fikir pasal masa depan, soal pekerjaan, perkahwinan dan kebahagiaan...Cewah. Dalam banyak2 perkara tu, aku paling banyak fikir pasal kahwin, bila aku kahwin? dengan siapa and bahagia kah perkahwinan tu nanti?

Tapi fikir-fikir balik, malas pulak nak kahwin. hehe bukan apa, satu sebab aku ni tak berapa suka budak-budak. Lagi, malas nak memikul tanggungjawab. Pastu fobia dengan fenomena rumahtangga masa kini,. Tengok la berapa ramai artis yang cerai...Takut pulak nak kahwin...huhuhu

Tapi rilek la kan? soal jodoh Tuhan yang tentukan. Kita cuma mampu merancang...

Contoh artis yang masih single walaupun sudah berusia:

1. Anuar Zain (41 Tahun)

2. Nasha Aziz (40 Tahun)


Yang lain tak tau...hehehe

P/S: Kahwin atau tidak, dorang tetap populer...

Tuesday, December 7, 2010

Kisah perempuan buta kehilangan suami

Kisah ni sungguh sedih bagi aku sebab ia berlaku di depan mata aku sendiri. Hari ahad lepas (5 Disember 2010) aku menunggu bas Rapid KL U80 di KL Sentral. Di KL sentral ni, ramai orang menunggu bas. time tu pulak dah malam. Bas pulak lambat. So aku pun duduk la mencangkung sambil cuci mata...

Tetiba ada seorang perempuan buta lalu depan aku, kelihatan wanita itu berasa cemas, kedengaran esakan kecil dari mulutnya. Seorang wanita warga Indonesia ringan mulut bertanya kepada wanita buta itu.

"Dek, nak ke mana dek?" Ujar wanita Indon itu, lembut.

"Suami saya mana? Suami saya..." Wanita buta itu rupanya sedang mencari suaminya. Mungkin terlepas dari pimpinan suaminya ketika melintas jalan tadi.

Wanita itu kelihatan terus berjalan dengan gigihnya mencari suami yang hilang.

Selang lebih kurang 10 minit kemudian, seorang lelaki separa buta lalu. Dia pun turut sama kelihatan sedang mencari-cari sesuatu.

Bus Metro pun sampai. Kelihatan wanita buta itu tadi dipimpin oleh seseorang, manakala lelaki separa buta itu berlari-lari anak mendapatkan wanita buta itu tadi. Terpancar kegembiraan di wajah wanita buta itu tadi, sambil tangannya digenggam kemas oleh suaminya...

Anda terharu tak? Kalau tak, maksudnya aku memang pencerita yang gagal. huhuhu

Kasihan orang buta ini...

Bukan apa, sedih bila tengok OKU (Orang Kelainan Upaya) yang buta ni. Tak nampak apa benda di dunia, hanya bisa mendengar dan bercakap. Tengok la wanita buta yang kehilangan suaminya itu, mujur jumpa. Kalau xjumpa macam mana?

Kita yang sempurna ni, bersyukurlah...Salam Maal Hijrah 14.....14....1432 Hijrah. hehe tahun hijrah pun tak ingat.


P/s: Akan jarang update blog dalam bulan ni kerana laptop rosak dan sangat sibuk. + otak dah tumpul untuk mengarang. Kepada 42 followers ku, terima kasih... huhuhu

Sunday, November 21, 2010

Hari Ahad = Hari yang mengenyangkan

Aku suka hari ahad.

Pada hari ahad lah, banyak majlis perkahwinan akan dilangsungkan. Time ni la kita dapat merasa makanan yang sedap-sedap secara percuma.

Tapi sekarang aku berada di semenanjung Malaysia. So it is impossible to go to any wedding event cause I know only a few people here as compared to my own hometown (Labuan) where my father is a celebrity (Babah adalah guru bersara dan boleh dikatakan terkenal di Labuan. Hehehe). Sepanjang 2 tahun setengah di Semenanjung, baru 1 wedding aku pernah pergi.

Tapi, masih ada satu lagi sebab kenapa kita boleh kenyang pada hari Ahad selain kenduri kahwin dan saya pasti anda juga tidak tahu. Hohoho (hidung kembang kempis bangga)

Nak tahu rahsianya? Kehkehkeh

Sebenarnya aku baru perasan haritu setelah 2 kali berkunjung ke pasar raya. Dan setelah membaca komik Shin Chan. Kebanyakan pasar raya pasti akan mengadakan free sample makanan dan minuman pada hari Ahad. Minggu lepas aku pergi giant ada mayonis Shiela Rusly, nescefe, susu, yougurt, mi segera...Ishk memang banyak lah.

Tadi pulak aku pergi Jusco pun sama banyak berderet kat tepi-tepi free sample makanan.

So kepada yang lapar di hujung minggu dan takde duit nak makan, pergi lah ke pasar raya terdekat seperti Giant, Tesco dan Jusco. Hehehe

"Chantek adik hari ni. Akak nak semua. Free kan? Kelaaas kau Maria..."

Saturday, November 13, 2010

Apa itu "BLOG WALKING"

Berkerut dahiku tatkala membaca post dalam chatbox. "BLOG WALKING". Huh? Blog berjalan? macam mana tu? (.'_' )?? Kepada bloggers sekalian, apa itu "BLOG WALKING"? Apa tujuannya tu?

Aku masih lagi budak hingusan dalam dunia blog ni. Walaupun dah lebih 2 tahun aku buat blog ni, tapi sampai sekarang aku masih tak paham tujuan/motif sebenar "blog berjalan" ni...

Lagi satu, aku tengok ada sesetengah penghantar komen tu anonymous. Dulu time mula2 belajar chatting, aku ingat anonymous ni nama orang. huhuhu. At least cuba lah bubuh nama, apa takut sangat ke nak bubuh nama sendiri? So dengan terkial-kial, aku pun tukar la setting supaya hanya bloggers saja yang boleh komen. Hoho




(Eh bodohnya aku ni, google je la kan?)

BLOG BERJALAN...lalalala

Friday, November 12, 2010

Aku anak manja???

Baru-baru ni ada sorang kawan aku tegur

"Kau ni Sepul macam budak-budak la. Tak matang langsung, manja pun ada" Kata Shasha (bukan nama sebenar) sambil layan FB.

"Hah? Bagus lah macam tu. Awet muda" jawab ku (padahal dalam hati, *DUSH DUSH DUSH*)

"Jangan lah nak bangga pulak...eeee.. HINE!!!" jawabnya lagi

Hm..persoalannya, aku manja ke? maybe, simply because aku anak bongsu kut. hehe. Dulu pernah time aku bermalam rumah kawan aku, mak kawan aku tu cakap kat aku:

"Saiful ni mesti anak bongsu kan?" Katanya dengan penuh yakin dan cantik.

Adakah aku ni berperangai terlampau manja sampai makcik tu boleh teka yang aku ni anak bongsu? Tapi aku xde la gesel2 macam kucing, takde la pegang2 orang gosok2 kepala kat lengan orang pun...

Apa-apa je la Shasha (bukan nama sebenar). Aku tak kisah pun orang nak cakap apa pasal aku. Bukan senang nak mengubah diri ni and aku tak dapat nak puaskan hati semua orang. Janji aku tak kacau orang, tak sakitkan hati orang (eh ni ada..huhuhu. orang tu tak nak tegur aku sampai sekarang. Mungkin aku ni annoying gila babi) dan tak curik barang orang lain. Betul tak?

Kepada yang baca blog ni secara senyap tu, jadi la follower aku...huhuhu


MANJA ke?uweekkk (muntah)

Tuesday, November 9, 2010

PANAS!!!VIDEO SEX REMAJA 18 TAHUN!!!

Eh takde pun video tu...hehe tajuk tu tipu je. Gini, aku baru je explore features baru kat blog. Ada satu feature ni membolehkan bloggers check status jumlah post paling banyak orang visit.


Nampak tak post mana paling banyak orang visit? (klik pada gambar untuk mendapatkan view yang lebih jelas)

Klik sini untuk tengok post tu...

Lucu kan...Kalau aku post pasal SEKS je dalam blog ni rasanya sekarang dah berjuta-juta visitors...

Monday, November 1, 2010

Kenapa korang baca blog?

Aku tengah mencarik x-factor kenapa orang baca blog. Ada certain orang tu post benda remeh je, contoh pasal berapa kali dia berak, apa benda yang dia makan atau warna seluar dalam apa yang dia pakai. Tapi yang ajaibnya, comment sampai 100...aiyo...

Sebab apa korang baca blog? sebab cara penulisan menarik? or isu yang kena post bagus? atau empunya blog hensem/chantek?

Okay kalau sebab cara penulisan, macam aku cakap tadi, ada penulis blog tu tulis seketul je tapi komen banyak giler.

Kalau soal isu, ada yang post "Hi, I bought this today, I went there, I eat there, I'm happy..blablaba" Is this considered as interesting?

Hensem/chantek? mungkin, tapi ada gak yang macam Halimah, still manage to get hundreds of followers.



SEBAB APA?????!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, October 30, 2010

Kurangkan penggunaan beg plastik

Sekarang ni aku semakin poyo. Bila mana nak beli barang kat pasaraya atau kedai runcit mamak dekat rumah aku, aku mesti akan bawak benda ni.


Tadaaa... Aku punya jenama milo


Time tu pukul 2.30 pagi, aku pun pergi la kedai runcit mamak 24 jam Puncak Alam untuk membeli roti gardenia dan ubat sakit kerongkong dan 1 tin sardin. Sewaktu membayar, aku pun menghulurkan beg recycle jenama milo aku. Aney (maksudnya "abang" dalam bahasa tamil) itu tersenyum seraya menunjukkan isyarat jari (bukan jari tengah ye, ibu jari). Aku pun turut tersenyum bangga, hidung ni pun kembang kempis. hehehe. (astaghfirullahalazim...riak)

Sebenarnya kesedaran alam ni timbul setelah menonton "Desperate Housewives Season 7 Episode 2". Dan untuk pengetahuan semua, kerajaan Negeri Selangor turut melancarkan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" sejak awal tahun 2010 yang lalu yang mana tiada beg plastik digunakan pada hari Sabtu. Ini melibatkan pasaraya dan kedai2 terkemuka yang ada di Selangor.

Tapi aku tengok tak lah berkesan mana kempen ni sebab orang still nak guna beg plastik, sebab pasaraya yang terlibat masih membenarkan penggunaan beg plastik. Pengguna tidak kisah sekiranya terpaksa membayar 20 sen untuk sekeping beg plastik.

So, bagi aku kesedaran pengguna tu la yang paling penting. Kepada pembacaku sekalian (ada ke? huhuhu) gunalah beg kitar semula. Kita kurangkanlah penggunaan beg plastik untuk kebaikan generasi akan datang...OK?



ARGGGGHHHH!!!!! (Tensyen exam...)

Monday, October 25, 2010

Yeah. Lesen L B2 & D dah dapat...


Yeah...Lesen L kereta + sikal. Hensem tak gambar rajah ni? hehehe


Berkesinambungan mengenai post yang lepas, maka dengan ini saya mengisytiharkan saya dah dapat lesen L motor + keta. Sungguh teruja bila 1st time pegang lesen ni. Macam pegang baby sendiri rasanya. Jumpa je kawan kat mana-mana, mesti aku akan tunjuk lesen kesayangan aku ni dengan hidung kembang kempis. Macam sewel je kan?

Tapi...yang memalukannya, aku still tak reti bawak motosikal sampai sekarang....huhuhu

Sunday, October 24, 2010

Kedai runcit Cina vs kedai runcit Melayu

(Catitan berdasarkan pemerhatian empirik dan pengalaman penulis semata2)

Kalau diberi pilihan antara kedai runcit Cina dengan kedai runcit Melayu, aku prefer pergi kedai runcit Cina. Bukannya racist, tapi terdapat sebab kenapa aku tak prefer kedai yang dikendalikan atau dimiliki oleh orang Melayu.

“Ada 20 sen tak?”, “Ada syiling tak?”. Pernah tak anda dengar perkataan ni keluar dari mulut mana2 cashier? Yes dan semestinya dari kedai orang Melayu. Aku pulak terkial2 terpaksa mengorek poket dompet yang sempit ni mencarik syiling. “Pemalas betul. Dush dush dush” bisik hatiku.

Kenapa perlu mintak syiling? Kedai runcit tu miskin sangat ke sampai tak cukup duit syiling? Semuanya sebab MALAS mengira, MALAS tukar duit syiling. Apa salahnya, tukarla syiling banyak2 siang2, xrugi pun kan?

Berdasarkan pengalaman korang la kan, ada tak kedai runcit Cina macam tu? Cuba anda curik2 tengok kat laci cashier kedai Cina tu, berapa banyak syiling dorang ada, then compare dgn kedai Melayu.

Tu saja sebab kenapa aku tak suka pergi kedai runcit Melayu. Hahahaha

Saturday, October 23, 2010

Angan-angan sebagai CHEF

Sebenarnya suatu ketika dahulu, time apply nak masuk U, 1st choice aku ialah Seni Kulinari. Impian untuk menjadi chef berkobar2 setelah aku berjaya membuat sebuah kek cheese yang sedap (dan senang untuk di buat). Tapi, nak buat macam mana, bukan rezeki katanya...

Inspirasi daripada blog chef Azli Razali, maka aku pun nak jugak la post benda2 yang aku dah pernah masak. Ni semua aku masak kat rumah sewa, kiranya baru2 lagi la...Hehehe


Spaghetti rojak (sebab aku xtau ni spaghetti apa...Huhuhu)


Oat + susu manis + prune + kismis + almond + coklet keping cadbury = Breakfast


Ni masakan paling spontan aku pernah buat. Ayam goreng oat (eh ayam pandai goreng oat??)


Tadaa!!! Banyak lagi sebenarnya tapi malas nak ambil gambar. Rasa2 boleh jadi chef x macam ni? hehehe

Sunday, October 10, 2010

Orang Amerika dan American idol

Korang pernah tengok American Idol tak? Haritu aku ada la tengok American Idol di channel 8TV. Bosan time tu duk rumah sorang. So tengok2 la peserta2 yang datang untuk audition. macam2 ragam ada.

Selalu kalau korang tengok, kebanyakan dorang tu bila bercakap confident gila, kekadang tu ada yang pakai memang dah cukup pekej jadi artis. Tapi bila dah start menyanyi, hancuss. Pas kena reject, xboleh blah, siap marah2 pengadil. Padahal suara buruk gila...

Kenapa dorang macam tu ek? sebab selalu makan McD ke? hehehe. Dorang tu bengap ke sampai xsedar diri n perasan bagus? Tapi kalau kat Mesia lak, terunderconfident pulak kan...


Orang Amerika sangat berkeyakinan tinggi. "Ukurlah sendiri" (photo taken from rickey.org)

Thursday, October 7, 2010

Merokok, cara untuk bersosial?

I'm very bad at socializing with other people, especially MEN.

I find that it is extremely hard to get along with extremely typical straight men. Let me define what is "extremely typical straight men" for you, which you can't find it in Wikipedia. It can be defined as lelaki2 yang jantan habis with a typical classic straight man's habit such as smoking, enjoy watching and playing football; football fan to be exact (oh hell they really crazy about Chelsea MU Liverpool Arsenal thingy), like to tease beautiful sexy hot woman that cross by, like to be in group rather than alone (and kinda like to make noise too) and so forth.

Now, I don't wanna question about other qualities of a typical straight man which obviously I don't have 'em. I just wanna touch about how smoking can actually become an effective way of socializing.

Haisy susah betul nak spiking ni. Ok korang perasan tak time lepak kat kedai mamak, apa yang korang perasan? Banyak bulu? Bulu lebat? No, bukan tu saya maksudkan. Korang akan perasan ramai lelaki suka lepak di kedai mamak. Betul tak? well korang perasan apa dorang buat?

Satu of course la dorang makan kan, kalau tak makan pun paling2 minum. And if all of you notice, paling kurang mesti ada salah seorang tu merokok, bukan seorang selalunya, mesti ramai la dalam kelompok tu, mesti ada yang merokok.

Now, my theory is, merokok adalah cara untuk bersosial (Ok saintis sosial, boleh buat research proposal untuk buktikan my stupid theory ni) Sebabnya? kalau anda perasan, orang yang merokok tu mesti have something in common with other smokers. Minat bola, minat sama hot chicks sahaja padahal tengok muka dorang, tu nenek kebayan pun pengsan. Dengan rokok ni la para jantan sejati boleh bersosial.

"Bro, ada lighter tak?" selalu mesti ada orang yang tak dikenali approach anda dengan meminta lighter. Kalau anda perokok, mesti anda ada lighter kan? Ok then bagi la pinjam lighter. Pastu merokok la dia dgn anda sekali. Time merokok tu la dari strangers, terus boleh bersembang2 panjang, then terus boleh bertukar jadi geng.


Memula mintak lighter, lama2 jadi geng. (Photo taken from here)

Then ada certain orang tu, disebabkan sangat kaya or sangat bodoh , selalu sponsor orang rokok. Dari sini la, orang yang selalu supply rokok ni dikenali dan disenangi ramai (dan ditinggalkan bila dia kering). Bayangkan, Setiap hari sponsor 3 batang rokok. Sebulan dah 90 batang (4 kotak setengah). Patut lah kawan2 suka berkawan dengan dengan dia kan? Nah, dari sini lah rokok tu berfungsi untuk merancakkan aktiviti sosial antara rakan.

Di tempat kerja mahupun di IPT, mesti ada suatu masa dimana kebanyakan lelaki akan keluar untuk berehat. Bagi perokok yang sihat, mereka akan kerap keluar walaupun bukan waktu rehat. Biasanya, mesti keluar secara berjemaah. Pergi tandas. Time ni la mereka bersosial di mana masing2 akan berborak kosong. Can you see how it works?


Not only effective among men, but also with women. (Courtesy of Huffingtonpost.com)

Perokok juga ada persamaan iaitu mereka merokok. So maybe ada masa bila mereka berkumpul, mereka akan membincangkan isu2 semasa berkenaan rokok seperti harga rokok naik jadi RM 10 sekarang. Selain tu, mereka juga mungkin menyuarakan rasa tak puas hati sebab kerajaan letak gambar hodoh depan kotak rokok, rokok mana sedap, berapa batang sehari, bila start merokok, bini duk komplen, 'barang' xleh naik, dada sakit, kawan mati kena sakit jantung dan kanser paru2 and so on. Wow, it seems that plenty of stories that they can share.


Isu2 yang mungkin boleh dibincangkan sewaktu merokok (Curik gambar ni dari Momoque's)

So cane ni, aku kena merokok untuk bersosial ke? huhuhu susah la, seriously. Aku rasa macam ada satu gap antara aku dengan orang yang merokok. Okay perokok biasanya adalah peminat bola sepak dan tak semestinya peminat bola sepak adalah perokok. Biasanya kalau certain non-smokers tu boleh get along very well with smokers, they must be somehow like football. true or not? Tapi aku tak minat bola, so technically speaking, I have no point to socialize with smokers cause we don't have anything in common.

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu....... (T_T) I really need male companions...By mean, extremely straight male companions.


Perghh, stylo dowh... (Gambar ambek dari republicreport.com)


Kau ade??? (Courtesy of Aduka5)

Friday, September 24, 2010

Xda jawatan = Malas

Semester ni adalah semester yang aku rasa aku paling malas. Walaupun kurang satu tahun lagi nak habis belajar (degree) tapi perasaan malas tu makin menebal.

Assignment jarang buat, kalau buat pun hantar lewat. Grouping assignment lagi lah habis terbengkalai. Kalau xda orang push memang xjalan. Huhuhu

Suatu malam yang sunyi, aku pun berfikir lah n muhasabah diri," Kenapa aku malas sangat ni?".

Tetiba ada lampu mentol atas kepala.

TING!

Baru gue sadar, semester ni aku langsung xpegang apa2 jawatan, sebab biasa sebelum ni aku mesti akan jadi class rep. (Wakil kelas) untuk sekurang2nya 4 subject. But now, since I have no position at all, I become lazy and unproductive. Bila kita ada pegang sesuatu jawatan, kita akan lebih cergas, selalu bergerak dan terpaksa melupakan untuk bermalas2 kerana kita ada tanggungjawab yang harus dipikul.

Macam mana ni? exam nak dekat...Waaa (T_T)

Monday, September 6, 2010

Homesick

Ceh, esok dah nak balik kampung, tapi baru hari ni homesick. Bukan apa, sebab housemate semua dah balik kampung, tinggal sorang je kat rumah. Sunyi .Xdapat bayangkan mereka2 yang hidup sebatang kera sampai ke tua, mesti bosan gila babeng...

Dalam kehomesickan ni, terfikir pulak keadaan parents kat kampung, sihat ke tidak? Dah makan atau belum? Untuk pengetahuan semua, parents aku tinggal berdua saja di rumah (Labuan), Kakak paling sulung kat KL, kak ngah kat Sandakan n abang pun kat KL.

Dulu bila 1st time datang KL, wah, rasa xnak balik kampung dah, macam nak stay terus n kerja di KL nih. seriously memang nak terus menetap di KL after graduate.

Apa la ada sangat di Labuan tu, just pantai yang bersih. Shoping kompelek? Hai apa la sangat dibandingkan dengan Mid Valley, Berjaya Times Square..Nak tengok wayang pun xda. Clubbing je lah yang menarik kat Labuan tu. Harga barang pun mahal, harapkan coklet kereta dan rokok je murah. Cuaca pulak panas giler...

Bila terasa sunyi ni, baru terpikir balik, kesian mak bapak kita kesunyian di kampung, anak2 kadang2 je datang menjenguk, maybe time raya je lah datang, tu pun kalau dapat cuti. Lagi teruk yang tinggal seberang laut nih, mana nak mengorek duit lagi2 tiket flight sangat mahal dekat2 musim perayaan ni.

So, aku pun fikirla, xpayah lah nak kerja jauh2 sangat. Kalau boleh biarlah dekat dengan parents. Bukan anak mak, tapi terima lah hakikat, bila lagi anda nak meluangkan masa bersama mak ayah, membalas jasa mereka? My dad is 65 years old and my mum is 58 so I don't think that I have much time left to be spent with them.

So kepada anda di luar sana, balik lah kampung di hari raya ni. Ingat lah orang yang tersayang, anda mampu mengubahnya, cewah

Saya sangat suka satu iklan Chinese New Year ni (walaupun sekarang hari raya) tapi anda tontonlah sendiri, pasti anda tersentuh.


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dah jangan baca belog ni lagi, pergi balik kampung tolong mak abah kemas rumah...

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!!!

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 Tahun. "1Malaysia Menjana Transformasi"

Monday, August 30, 2010

Student dan balik kampong

Hairan...

Hairan...?(-_-)?

Saya tengok ramai kawan2 saya yang berasal dari semenanjung Malaysia pulang ke kampong ada tu sampai seminggu sebelum start cuti, sekarang pun ada yang sedang berada di kampong menikmati waktu berkualiti bersama family. Nak kata raya, lama lagi kut.

"Ala, tiket bas habis lah" Itulah antara alasan mereka.

"Aik, kereta api kan ada" Aku membalas, geram dengan alasan bodoh yang dorang bagi.

"Alah, naik train lambat lah, lagipun I xselesa lah naik train, leceh, penat blablabla" (ceh ber 'I' 'I' pulak walhal orang kampong pedalaman)

"Naik la kapal terbang kalau macam tu, cepat, xde lah penat sangat"

"HELO! Naik kapal terbang mahal kut..." (Ceh beli baju beratus2 mampu lak)


Geram. Sangat tidak bersyukur. Kalau ktorang dari seberang ni, kapal terbang sajalah mode of transportation yang ada. Kalau besampan alamat bulan depan baru sampai kampong. Sangat2 bersyukur kalau dapat tiket flight murah.

Then, nama pun dekat, buat apa nak tergesa2 balik ke kampung. Lainlah orang jauh macam I ni.


Sebnarnya jealous orang balik awal sebab aku terbeli tiket lambat, 7 September baru balik kampong..Waaaa (T_T)

Wednesday, August 25, 2010

My favourite blogs

I'm not really a good blogger, I have very small followers, my stories are boring and most of them are about my concern about civic awareness and about shiyok sendiri. lol.

I don't read a lot, but when it comes to read blog, I really enjoy it, really. So here are some of my favourite blogs that I often read 'em whenever I'm free.


1. Blog of a bright-future indie film makers
I like the way this "Shin Chan-eye-brow" guy think. He sure has balls cause he dares to say something controversial to public, often something provoking. He never cares of what people are going to say because he knew that he was right. Plus, he's kinda a Yasmin Ahmad's successor which he makes a lot of good videos. He already won several competitions and I think he's continuously making more good videos in the future. I like this blog also because his English is superb. Ladies, this good-looking guy is just 23 and he's single!!!


2. Blog "Mak Hayam" that makes me laugh all the time

meriahuoll.blogspot.com

This blog sure will makes you laugh. He always has something funny to share, whatever about what happen to his life, and most of the time, it's funny (I think all the time). This mak hayam is known as "Kak Senduk" cause his face looks like senduk (spoon) shape and he lives in Puchong, Selangor. The way he writes his blog is interesting. One of the blog that you must read!!! (Recommended).

Oh yeah, he's quite good at using Adobe Photoshop cause if you notice, he often edit his picture into other women body such as Mariah Carey and Beyonce.


3. Velog perempuan Chantek + bijak + model + serba serbi

Okay saya xtahan menulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris cause my English is bad!!! Belog pilhan ke tiga ini adalah belog seorang perempuan Melayu-Jawa yang cantik bernama Hamis Zalikha, kini menuntut di UiTM Segamat, Johor. My first impression was she's just like another girl blogger who is tergedik2 mencapub but empty. But after read her blog, I changed my mind.

She's so beautiful, and got brain too! She scored like CGPA 3.90 ~ something every semester. In addition, she's a part-time model, she joins some uniform club in her university but surprisingly, manage to get her blog updated. I hope to meet her one day...In person. (.^_^ ) <--Blushing


4. Comic Blog that also a bit funny lol

koudamainframe.blogspot.com

This blog belongs to a friend of mine who rarely see each other, cause I just knew him for about 3 days and then we never met again. "Don't judge the book by its cover" and it's true. My first taught, he's a nerd cause he took microbiology~ something which requires nerd people to study them. (No offense). But, damn he's great and creative and his comics kinda cute you know. But sadly, he's not updating his blog, you know how hard to make a comic, right?. I wonder how he drew all his comics, using what software?)


5. Self-obsess handsome guy blog

danieldeadie.blogspot.com

I don't know why I categorize this blog as self obsess. Maybe because this guy like to tell about his shopping story. But this decent guy is just an ordinary guy, but I don't understand how he manages to get over 300 followers in just one year of blogging, he must be good at something. And my envious leads me to follow his blog. Maybe his charm I suppose. All ladies (and maybe guys too) will scream if they met this guy in person. huh (.-_-!). Ya lah, I know he's handsome and you wanna follow his blog, nobody's going to care of what I bought from shop, cause I don't have charm (But hey, I'm thankful)


6. Blog masak-memasak

rozzan.blogspot.com

Ya lah, bersempena mau raya ni, saya pun tercari-cari lah resepi kek yang boleh di buat. At last I found this blog. Oh yeah, there are millions of recipe in this blog (LIAR!!) nah, just hundreds I suppose. I'm not really into cooking but baking? oh I wish that I'm expert in baking. If you wish to make some cakes especially kek lapis Sarawak, you can use this blog as reference. But make sure you follow the recipe exactly cause "The secret to baking is precision" (Bree Hodge, desperate housewives season 6, episode 15)


7. Serious-shit blog

mazidulakmal.blogspot.com

Oh, ini antara blog yang jarang aku baca. But, whenever I feel I wanna read some news, there! semua ada. Mazidul, the guy behind rancangan 360 on TV3 always come up with some serious shit, i.e about immigrants, crimes, pelacuran, sex, etc. Yeah, sekali sekala boleh la but kalau selalu mampuslah...

8. My friend's blog

tekidingbubus.blogspot.com

Blog is mostly an expression of oneself. So whenever I wanna know about my friends, I will browse through their blog. It's an easy way to know about what happen to your distant friends which you don't have 24-hours to stay connected with them. Hence, I will not feel far apart from them.


There! A list of my favourite blog... Feel free to browse their blog.

Wednesday, August 18, 2010

Produk untuk yang mengalami masalah keradangan ketiak

Aku suka makan bawang. Kata nenek aku, kalau makan bawang ketiak kita berbau, betul kah? Tapi macam betul jugak sebab ketiak aku selalu saja berpeluh dan mengeluarkan bau semerbak. Huhuhu

Ketika zaman muda-muda dulu, aku cuma pakai deodorant jenama Rexona. Tapi entah kenapa suatu hari tu, ketiak aku mula mengalami keradangan; merah, gatal dan agak pedih. Puas mencari obat tapi tidak ketemu. Setelah berjumpa ke dokter, akhirnya dokter meminta aku untuk menghentikan penggunaan deodorant tersebut.

Berkesan! Keradangan dah hilang. Namun, timbul masalah lain iaitu aku sukar untuk mendapat teman hidup kerana ketiak aku berbau...Huhuhu

Setelah beberapa tahun menyendiri, akhirnya aku terbaca satu surat khabar ni, mengenai Dr. Mist. Kata Ah-pek iaitu tauke Dr. Mist ni, dia pun pernah mengalami masalah yang sama. Setelah beberapa tahun menjalankan penyelidikan, akhirnya terhasil lah Dr. Mist ni.


Tadaa...(Dush dush bunga api) - Eh my extra finger

Berkesan? Yes sangat berkesan. Produk ini tidak mengandungi alkohol, terdiri dari garam mineral sahaja. So, memang lepas guna keradangan tu xkan ada. Sudah hampir setahun saya menggunakan produk ini. TERBUKTI BERKESAN!!!

Tak payah la nak cerita panjang2. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Sesiapa yang ada masalah seperti saya, boleh lah mencuba produk ni. Kat Guardian, Watson ada jual.


*So taukeh Dr Mist, cepat bayar saya. Penat oh saya post dalam ini blog kasi promote lu punya produk.

Friday, August 13, 2010

Saat paling memalukan dalam hidup

Pernahkah anda melalui saat paling memalukan dalam hidup? Ya saya pernah dan baru sahaja melaluinya hari Sabtu yang lalu (7 Ogos 2010).

Hari sabtu tu, pergi la ambil bengkel motosikal di PMKK (pusat Memandu Kenderaan Klang). Yeah, another interesting event in my life, ambil lesen. What a bad start bila aku dimarahi oleh pakcik tua kat cafe dekat PMKK tu. Dahlah macam CI!@#$. Aku tanya elok2, suruh dia bagitahu harga satu2 apa yang aku makan; nasi lemak tu berapa harga, kuih karipap berapa harga, skali pakcik kurang ajar tu p maki aku...Memang aku bengang gila la time tu...Yelah, kita ni pembeli, kena la tau harga apa yang kita beli, ni kira macam haram, ntah2 dia salah kira ke, mana kita tau kan. Dia tu manusia, bukan Tuhan... (Sabar..)

OK then dengar lah ceramah motosikal yang boring..blablabla..Terus tengah hari tu dia suruh bawak motosikal sorang2.

GULP!

Untuk pengetahuan semua, aku tidak tahu membonceng motosikal, seumur hidup tidak pernah belajar. Belajar teori tu, ada lah, tapi amali xda...Huhuhu

Then aku adalah orang ketiga diminta untuk bawa motosikal atas trek.

GULP!GULP!

Start enjin, tekan gear satu, pusing minyak. Memula tu OK. Yes, hidung pun kembang kempis, bangga sebab berjaya bawak motosikal dengan jayanya.

Masuk saja trek berbentuk 8, tukar gear....Then...

"Eh, eh, eh..." Aku panik. Xdapat pusing motosikal tu, terus telanggar bahu jalan yang belang2 hitam putih tu. (Nasib sempat brek. tapi jeans aku tersangkut di brek kaki)

"Awak pandai ke tak bawak motor ni?" Tanya Pakcik yang mengajar ceramah tadi.

Aku menggelengkan kepala. Kelihatan beberapa lelaki ketawa, termasuk seorang warganegara Indonesia. Sial! Bisik hatiku.

Tidak terbayang betapa malunya aku ketika itu. Tu lah, lain kali kalau xtau bawak motosikal jangan pandai2 macam tahu kan... Huhuhu kan dah malu.

Thursday, August 12, 2010

你是华人ma?

"这件衬衫很便宜!@#$%^&?" Kata seorang pekedai Cina di Jusco Bukit Tinggi kepadaku. Argh..Not again...I'm not Chinese, though I can speak a little but honestly I don't understand sepatah haram apa yang lelaki itu cuba sampaikan.

"对不起, 華語" Aku menjawab

Lelaki bernama Alex itu kebingungan. Aik? kata xpandai cakap Mandarin, tapi kenapa tau pulak balas dalam Mandarin.

"马来人" Aku menjawab lagi. Barulah dia tahu aku ni orang Melayu dan tidak tahu bertutur dalam Bahasa Mandarin. Terpancar blusher di pipinya walaupun dia tidak mengenakan blusher.

I'm tired already. Everywhere I go especially in KL area, people will taught that I'm a Chinese, maybe because I have a beautiful fair skin (Alhamdulillah) and mata yang sepet, no one will care if I eat at McDonald's during lunch this month...Hohoho

I think it's great if I can speak Mandarin fluently. For those who can speaks Mandarin, you can listen how I speak in Mandarin in this video and comment on how far that I can learn, with this "already-hard-tongue". T_T

Do I have any chance to become one of a Malay man who can speak Mandarin fluently like Baki Zainal? Huhuhu I hope so. (Anyone can give me free Mandarin Lessons? I would go for that.,but make sure it's for free. Hahaha)

P/s: Fuh..It took me an hour to get the Chinese font. I don't know whether they are correct or not.


" Hey, do I look like a Chinese to you? 马来人 la...Huhuhu"

Saturday, July 31, 2010

Hutang oh hutang

Nak cerita sikit mengenai kawan aku ni. Dia punya duit pinjaman PTPTN tinggal RM 350 daripada asal RM 2750. Padahal belum sampai sebulan lagi.

Nak kata budak ni membazir, x la membazir sangat. Shopping pun xjugak aku tengok. Tapi kenapa duit dia berkurang sampai macam tu sekali?

Rupa2nya kakak dia pinjam, dalam RM 1250. Ishk3. Kakak dia tu kerja, gaji pun ok boleh tahan, tapi adakah patut pinjam duit dari adik yang masih belajar ni? pelik la aku. Dah tu xreti nak bayar balik. Aku kesian jugak tengok member aku ni, monyok je selalu sebab fikirkan masalah duit dia ni.

Pas tu dia terpaksa kerja tiap2 hujung minggu sebab nak tampung perbelanjaan dia. Mana nak bayar sewa rumah lagi, makan lagi.

Kawan aku ni bukan apa, dia tak sampai hati kang xbagi pinjam duit kang, anak2 kakak dia ni nanti kebulur xmakan pulak. So dia pun baik hati la bagi pinjam. Kakak dia janji nak bayar hari jumaat lepas, tapi sampai jumaat ni xbayar lagi. SMS tak reply, call tak angkat...

Apa nak jadi da...




(Sebenarnya kawan saya tu adalah saya sendri...Huhuhu)

Wednesday, June 30, 2010

What happen to me within 20 years after graduate?

Day by day during this holiday at my hometown make me sick. I feel bored because I didn't bring my laptop with me for this holiday. So what I do just laying on my bed, keep on thinking what happen to me within 10 years after graduation? (Plus I also watch World Cup 2010. I take my words back. I do love football. Hehehe. I hope German will be the champion of this FIFA World Cup)

Okay, the typical Malaysian will have this plan after their graduation:

"I want to work with government. After the first 3 monts, I'll get a loan to buy a new car. Hmmm.. Myvi I suppose, or a New Saga. Then I want to save some money every months and after 5 years then, I can get married. Then I'll make a 20 years loan to buy a new house for my lovely family."

But, this is my plan:

" I want to work with either government or private sector. First thing, I will drive 2nd and car to work and make a 10 years payback loan so that I can buy maybe 2 apartments at Puncak Alam so that I can rent them expensively to UiTM students there. At the same time I'll stay at my father's house in Labuan, for free. Haha (With evil face) Hey I'll pay some money. Then after 7 years of working, I'll get married with lots of savings from rental house that I rent to students in Puncak Alam, after 10 years of working, I'll make another 20 years loan and build a 2-storrey house at my own land which my father gave to me as present. I already draw a plan for the house. Hahaha. Then for my children, I'll save RM 200/month, and the money will be theirs after 18...............blablabla(Too long to explain since there's a lot more plan in my head. Hehehe)"

What I'm trying to say is, whatever we plan for our future, the most important thing is we have to plan, from now. Lack of planning will make us suffer, not only you, your spouse and your children as well.

So for those who just graduate, starts plan, FROM NOW!!!

Tuesday, June 15, 2010

Oh Bola!

Piala dunia kini kembali. Oh yeah. Siapakah pasukan yang anda rasa menjadi juara musim ini? Saya rasa German. Lihat saja mereka berjaya menumpaskan pasukan Australia 4-0. Hebat!!!

Hmm...Sebenarnya dari kecik lagi aku sudah dididik untuk tidak ada minat terhadap bola sepak. Tanya lah aku peraturan2 bola sepak..Offside, free kick, semua pun aku xtau. Yang berbaris pegang2 anu tu apa nama dia? hah kan, aku xtau...huhuhu

Pelik kan lelaki tak tau and tak minat pasal bola. Tapi kepada para isteri di luar sana yang berlakikan kaki bola, tidakkah anda makan hati bila mana anda hendak menonton drama Melayu TV, tiba2 saja suami anda menukar siaran kerana hendak menonton bola, atau suami anda tidak ada di sisi anda pukul 2 pagi kerana keluar ke kedai mamak untuk menonton bola? makan hati x?

Sometimes when I'm trying to make some conversation with some guys, I find that it's difficult for me to find a good topic which we can share, not even an interest in life. Rokok? sori aku xreti hisap. Bola? Huhu Kaka, who's that? Oh my god, I'm so GAY.

Aku menyampah bila dengar iklan Kopi Jantan dalam radio yang lebih kurang berbunyi begini:

"Anda bukan jantan, kalau anda tidak dapat menyaksikan keseluruhan perlawanan FIFA World Cup...(and so many crap things that I don't wanna listen)"

Adakah penting/perlu seseorang meminati bola sepak untuk menunjukkan dia tu seorang jantan/lelaki sejati yang tulen lagi berkualiti?

AKU MEMANG TIDAK MINAT BOLA SEPAK. JADI???

Sunday, June 13, 2010

Etika makan di hotel-hotel mewah

Salam 1 Malaysia. Cewah . Lama xupdate blog disebabkan sibuk membanting tulang kerja part time di hotel2. Kerjanya? Oh bukan kerja yang itu ya...hahaha. Kerjanya serve makanan atau ringkasnya jadi waiter di hotel2 mewah.. Gaji bolehla tahan, bolehlah membayar deposit rumah sewa RM 300, Shopping >RM 300 etc

Nak cakap pasal time serving ni, aku selalu perhatikan kepintaran/kebodohan guest dalam menggunakan sudu garfu atau ringkasnya cutlery yang disediakan di atas meja. Ada jugak yang pandai (tahniah) tapi rata2 blurr, xtau dan bingung macam mana mau guna sudu dan garfu.

Kerana kesian kan, mari lah aku ajar macam mana mau guna sudu garfu pisau segala and sedikit tambahan dan tips bagi mereka yang akan menghadiri apa2 majlis di hotel mewah, terutamanya yang melibatkan makanan western.


Sila rujuk gambar ini
  1. Ini adalah napkin, untuk diletak atas riba guest supaya makanan tidak mengotorkan pakaian guest disamping untuk mengelap bibir yang kotor kerana gelojoh melahap makanan. Sebaik sahaja guest duduk, waiter akan merentangkan napkin ini untuk anda dan direntanglan dalam bentuk segitiga.
  2. Ini appetizer knife (Kanan) dan appetizer fork (kiri). Kedua2 dua objek unik ini digunakan ketika makanan yang pertama, iaitu appetizer (pembuka selera). Makanan biasanya salad, seafood dalam saiz yang kecil, apa2 lah yang boleh membangkitkan selera guest dan biasanya berasa masam.
  3. Soup spoon atau sudu sup, ni perlu ka aku explain? (Orang jarang melakukan kesilapan dalam menggunakan objek keras ini). Ok la ni sudu untuk sup, digunakan untuk menghirup sup. Sup biasanya dihirup dalam tempoh 3-5 minit. Sup tidak sepatutnya dihidangkan sejuk, that's why kena sedut cepat2. kepada yang lambat tu, time sup ni je, please habiskan cepat2.
  4. Ni main course fork (kiri) dan main course knife (kanan), digunakan untuk makanan utama atau klimaks hidangan pada hari tu. Makanannya berat iaitu seperti steak, lamb, fish fillet dsbg. Kadang2 pisau tu ditukar jadi sudu, kalau makan nasik atau spaghetti. Hidangan main course terdiri daripada 3 element iaitu daging, starch and vege. daging terdiri daripada apa2 jenis daging; daging ayam, ikan, kambing. Starch pula sumber karbohidrat seperti kentang dan nasi manakala vege adalah apa2 jenis sayuran.
  5. Ni desert spoon (atas) dan desert spoon (bawah). Waiter akan menyusun kedua-dua objek ni di kiri dan kanan guest. Makanan desert pun saya rasa anda tau kan, ada kek, puding dan buah.
  6. Orang panggil ni BB Plate (Bread and Butter Bread), digunakan untuk meletak roti yang ideal dimakan bersama sup.
  7. Ini gelas, diletak di kanan guest. So jangan la terambil gelas di sebelah kiri ya.
Bulatan: Di sini biasanya akan diletakkan coffee cup atau cawan kopi dan kopi/teh akan ditawarkan kepada pelanggan semasa atau setelah habis pencuci mulut.

Secara asasnya, penggunaan sudu garfu dan pisau ini dimulakan dengan yang paling luar sekali, dan di ikuti dengan yang di dalam yakni mendekati pinggan, sampaila habis semua cutlery.

Harap tips panjang berjela ini boleh membantu anda untuk tidak kelihatan kuno di hotel mewah. Hehehe.

Saturday, May 15, 2010

Kutuk orang, kau hebat ke?

Tadi baru saja menyaksikan siaran langsung perlawanan badminton Piala Thomas antara Malaysia-China di TGI Friday The Curve. Tengok Dato' Lee Chong Wei berentap dgn Lin Dan. Sambil menyuap cebisan demi cebisan Rib Eye steak ke mulut, sambil itu aku bersorak. Bukan sebab gembira tapi geram sebab Malaysia kalah dalam perlawanan tu. China menang mudah 3-0...Huhuhu. Walaupun xminat sukan langsung, tapi debaran memang terasa ketika menyaksikan perlawanan badminton tadi.

Dalam kekalahan Malaysia, ada saja mulut sumbang yang memaki "Eleh, xpandai main la Lee Chong Wei ni. Dah bagi Dato' pun xmenang jugak. Kata No. 1 dunia". Apa-apa kekalahan dalam apa jua sukan pun, begitu lah komen yang biasa kita dengar.

Mau saja aku cakap ke muka mereka-mereka ni "Kalau kau yang main, boleh menang ke???"

Apa-apa pun, sungguh sedap steak di TGI Friday ni. Portion pun besar, sangat kenyang sebab aku makan full course, dari appetizer sampai la dessert mini...Uh, naik la 5 kg lepas ni. Huhuhu

Wednesday, May 5, 2010

VIDEO SEX REMAJA 18 TAHUN

ANDA BOSAN? INGINKAN KEPUASAN?
INGIN MELIHAT VIDEO SEX REMAJA 18 TAHUN? SILA KLIK DI SINI

Tak dapat klik link di atas? Sila klik pada link ini



















Tak dapat jugak? Oh tu sebabnya anda kena tipu!!!


Hahaha lol


Tu la gila seks...Suka lah tu...


Sebenarnya saja nak lepaskan tensyen, baru habis paper kedua terakhir. One more to go this Saturday. Wish me luck!!

(^^,)/ Peace (^^,)/

Tuesday, May 4, 2010

Kes budak 15 tahun mati di tembak polis

Huh aku baru tahu cerita ni. Alahai nampak sangat jarang membaca akhbar. Pertamanya, takziah buat keluarga arwah. semoga roh budak itu dicucuri rahmatNya.

Saya tidak layak memberikan komen panjang berjela kerana hakikatnya saya tidak berada di tempat kejadian, saya tidak tahu pun mana satu cerita benar, dan mana satu salah.

Namun ada satu perkara yang saya rasa kita semua patut ambil iktibar.

KAWAL ANAK KITA, DIDIK MEREKA SEBAIK-BAIKNYA

Ya, itulah pengajaran yang kita patut ambil. Saya ingin bertanya kepada anda semua (cewah macam motivator pulak), mana lebih banyak; Kanak-kanak memandu tanpa lesen atau kanak-kanak ditembak mati polis? nah of course lah kes kanak-kanak memandu tanpa lesen lebih banyak kan? Maka perkara itu yang kita harus cegah.

(Tidak merujuk kepada keluarga mangsa) Pelik dan hairan ada segelintir ibu bapa membenarkan anak-anak mereka memandu kereta atau membonceng motosikal walhal belum memiliki lesen. Lagi teruk, seperti post saya sebelum ni, ada ibu bapa yang tidak hiraukan keselamatan anak-anak mereka semasa membonceng motosikal atau membawa kereta.

When I was young (actually till now) I'm never allowed to ride a motorcycle, or drive a car. NEVER! Even baru start enjin pun my mum dah menjerit dari jauh.

Kalau anak degil dan tidak mendengar kata, sembunyikanlah kunci tersebut sebaik-baiknya. Saya ingin bertanya kepada ibu bapa di luar sana, adakah anda berbuat demikian? Atau pada hemat anda anak anda baik2 belaka? Adakah anda menyemak dalam telefon bimbit mereka ada video apa dalam tu? Dalam almari mereka apa yang mereka sembunyikan?

Anak-anak masih mentah. Tidak tahu berfikir dengan baik sebab tu lah ibu bapa yang perlu kawal anak sebaik-baiknya. Undang-undang? Mana mereka tahu. Saya yang sudah dewasa pun tidak arif.

Memanglah kita tidak boleh kawal anak kita 24 jam tapi fikir sejenak, apa yang telah anda lakukan untuk mendidik anak? Anda memberi contoh yang baik buat anak-anak anda?


* mati aku lepas ni mesti ada komen kata "kau ingat kau baik sangat?" hahaha apa2 aje lah.

Monday, May 3, 2010

Yeah...Addicted to blogging


Anyway, it's hard to gain high number of followers unless you have interesting stories to share which makes people laugh or even touched, and nobody wants to read about your personal life unless it is interesting or you are a beautiful hot young woman or a handsome young man which make all girls hysteria...

Surprisingly, my followers reach 30 today. There are some who I know and some I don't. For some reasons, I feel that blogging is quite interesting and fun. So thanks to my 30th follower, I'll keep on posting interesting entries next time...

Tuesday, April 27, 2010

My mandarin video

Baru-baru ni kemas-kemas data dalam laptop. Sangat rimas sebab nota-nota berteraburan dalam laptop so I have to kemas2 sikit la data-data dalam tu. lagi-lagi time exam ni baru terkial-kial mencari past year questions.


Kemas punya kemas, terbukak satu video mandarin ni, FYI, video ni dibuat untuk subject third language di UiTM. Asal 1 minggu sebelum final exam, mesti anda boleh saksikan beberapa kelompok manusia berpeleseran membuat penggambaran di sekitar UiTM. Hah, tu untuk video third language ni lah.


Rasa nak ketawa bila tengok video ni balik. Betul-betul xda bakat jadi pelakon. Aiya...


Friday, April 23, 2010

Biasiswa dan ORANG DALAM...

Sejak di bagku sekolah rendah lagi, aku tidak pernah mendapat apa-apa bantuan biasiswa ataupun zakat atau apa-apa saja bantuan kewangan daripada kerajaan mahupun swasta. Kadang-kadang tu merungut juga, cemburu pun ada sebab kawan-kawan ramai dapat biasiswa. Ada yang bernasib baik dapat biasiswa Petronas, Beribu-ribu setahun. Jelesnya...

Namun sekarang aku sedar, keluarga aku masih mampu menyara aku. Ramai lagi insan di luar sana yang memerlukan bantuan kewangan seperti ini. So buat apa mau cemburu kan? Biar la mereka dapat biasiswa tu, mereka berhak mendapatnya.

Namun dalam ramai-ramai tu, ada juga segelintir yang aku lihat, nak kata miskin, handphone n-gage (ketika itu siapa ada handphone tu kira anak orang kaya lah), pakai perfume mahal, baju branded, tup tap dapat biasiswa pelajar miskin. Apa kes? Selidik punya selidik, parents sebenarnya ada business cuma tidak mengisytiharkan business mereka. So, anak yang kaya ni dapat lah. Kononnya pendapatan bawah RM 700, padahal...

Memula memang cemburu gila babi sebab tak pernah dapat, malah aku rasa aku lagi layak dapat biasiswa tu. Tapi fikir balik, apa kata kalau ada yang lebih miskin daripada budak yang ada Nokia n-gage ni, tapi tak dapat bantuan kewangan tu? Bukankah budak yang ada n-gage ni zalim? Dia telah menyekat peluang mereka yang lebih berhak menerima bantuan tersebut.

Sama juga time di universiti ni. Ada juga orang kaya yang tidak sedar diri yang memohon bantuan zakat. For what? Dah lah kaya, ambil PTPTN lagi, rumah berapa bijik. Kesian bila ada orang yang sepatutnya berhak dapat tapi tak dapat kerana adanya mereka-mereka ni.

The same thing goes to those who masuk universiti atau mendapat biasiswa menggunakan orang dalam. Bagi aku itu adalah perbuatan yang amat keji, jijik dan kotor, because last time, my SPM result was so-so la (7A's). Then I applied for Asasi UIA. The same goes to my friend as well but frankly speaking he got lower than me.

All of a sudden, he got the offer while I don't. Why? because he uses orang dalam. In terms of qualification, I dare to say that I'm far qualified than him. Such a jerk. But I don't blame him cause he's such a spoil kid. Hahaha

Tengok lah sejauh mana kamu boleh hidup dengan menindas orang dan hidup dengan bantuan ORANG DALAM sampai mati. (Apa-apa saja lah janji kamu bahagia)

Lalalalala~ (^^,)

Tuesday, April 20, 2010

Jangan fotostat buku, beli yang ORIGINAL

Baru2 ni pinjam buku kawan, kononnya nak study la. Al-kisah buku dia ni fotostat version

"Eh, kenapa ada page yang hilang ni?" Aku bertanya kehairanan. Belek punya belek, memang banyak page yang missing. Lagi2 buku fotostat version tu sudah usang dimamah tangan rakus sang manusia.

"Ntah aku fotostat yang penting saja" Jawabnya tanpa perasaan

Aik, pelik. Padahal page yang missing tu lah maklumat yang aku mau cari.

Hai kawan2. Pengajarannya jangan fotostat buku, beli yang original. Kalau kedekut taik hidung masin macam aku ni pun, belilah 2nd hand. Kalau kedekut jugak xyah belajar, berenti terus. Huhuhu

Lagipun buku yang fotostat sangat tidak menarik, ibarat melihat rambut Dr. Rozmey. Hahaha kiddin'. Ilmu tu, xkan nak fotostat kan? (Kalau movie kita download free xpa...keh3...)

Friday, April 16, 2010

Kereta orang kaya

Sejak belajar subjek ekonomi di universiti dan sejak pengurusan kewangan teruk disebabkan keborosan berbelanja, maka aku pun start fikir tentang perbelanjaan aku yang amat membimbangkan. Well bukan apa, aku dah la merantau di negeri orang, makan pakai semua pun cukup-cukup saja. Mintak dengan mama? Oh aku malu, kecuali bila terdesak. Huhu

Aku pernah berborak-borak kosong dengan kengkawan aku. Aku cakap la yang aku nanti bila dah kaya aku nak beli kereta proton or produa or kereta tempatan saja. Mereka memandang dengan dahi yang berkerut2, pelik dengan taste aku yang low class orang kata.

"Apa kelassss pakai kereta tempatan. Cuba lah Toyota ke, Honda ke, baru bergaya beb"

"Xnak. Aku nak meningkatkan pendapatan negara (ceh dan2)"

Bukan apa, bila kita banyak membeli barang import, duit akan masuk ke negara yang kita import. namun bila kita banyak membeli barang BUATAN MALAYSIA, wang itu akan berpusing2 dalam negara.

Namun pendapat aku berubah sejak kebelakangan ini...

Selalunya pak guard di UiTM Puncak Alam ni akan tahan kenderaan yang masuk di entrance especially yang tiada sticker kenderaan dan pada waktu malam.

Pernah suatu ketika tu aku naik kereta ngan kawan aku, balik UiTM lewat malam. Dia pakai kereta tempatan saja. Di depan kami pula sebuah kereta import (Toyota if I'm not mistaken). Bila lalu saja gate, kereta itu automatik dilepaskan terus. Tapi bila kami sampai gate tu, pak guard tu tahan dan tanya, baru bagi lepas masuk.

Nak kata kereta tu staff punya, tak, sebab kereta tu ada pelekat kenderaan student. So, I made my conclusion.

"KERETA IMPORT LEBIH DIHORMATI BERBANDING KERETA TEMPATAN"

So bila anda sudah kerja dan ada banyak uwang, jangan beli kereta tempatan. Belilah kereta import supaya anda dipandang hormat dan disanjung tinggi. hahaha

Kereta Viva je? orang tak pandang beb...Huhuhu

Thursday, April 8, 2010

Si jelik, Si chantek...

Hi.. Sejak kebelakangan ni macam-macam aku fikir. Maklumlah assignment bertimbun, tu adat lah kan hujung2 sem ni. Tapi ada satu benda yang sejak kebelakangan ni menghantui pemikiran aku.. Ceh menghantui.

Hm...ni soal paras lupa luaran la..About looks. Kebanyakan orang mesti akan memandang luaran. Betul x? Yalah, cuba kau fikir balik, member2 kau atau kau sendiri, bila yang lelaki tengok perempuan cantik mesti kata "Fuyooo..chantek siot.." Kalau yang jelik tu mesti kutuk2. Apa ingat kau hensem sangat?Ingat kau chantek sangat?

Aku tak kata orang kutuk wajah aku yang tak berapa hensem ni kan, tapi sedih la jugak macam diri ini dipinggiran, macam dalam lagu Francesca Peter Sekadar Di Pinggiran... Asal jalan sebelah member aku yang hensem sikit, mesti ada perempuan tengok dan senyum-senyum. "Eh kenapa perempuan ni senyum2 kan, nak ngorat aku ke?" (Ni angan2 saja lah) Of course la perempuan tu tengok member aku ni..Huhuhu

Kadang2 bila jalan ngan perempuan mesti bila tengok lelaki hensem sikit "Ei,hensemnya..ei, kiutnya macam pelakun Korea". Kadang2 hati yang sensitip ni sedih dan mepersoalkan, kenapa aku tak hensem? Kalau tak mesti ramai tergila2kan aku

Tapi terima la hakikat apa yang kita ada, bersyukurlah. ada lagi insan yang lagi tidak sempurna daripada kita, kan kan???

Pernah jugak terfikir nak buat plastic surgery, tapi fikir balik for what?

"I am who I am"

Aku tak hensem...Tapi aku suka makan steak...Lalalala

Saturday, April 3, 2010

Lelaki membahaskan diri dengan nama???



Pernahkah anda mempunyai kawan lelaki yang membahaskan diri mereka dengan nama sendiri atau mungkin anda lah yang dimaksudkan? Macam pelik kan lelaki bahaskan diri mereka dengan nama...Ei paham tak ni???

Contoh la, nama aku Saiful kan,

"Epul lapar la, Epul nak makan kejap" "Epul nak pergi kedai, nak ikut Epul tak" dan seumpamanya.

Setakat ni baru seorang yang aku jumpa...Tapi bila dengar dia cakap ok pun, tapi bila aku try bahaskan diri aku "Epul", macam menggelikan...

Membahaskan diri dengan nama lebih sesuai untuk kaum hawa. Sama juga perkataan "amboi", lebih sinonim dengan golongan wanita. Cuba anda dengar golongan lelaki menyebut "amboi", mesti kedengaran pelik kan?

Hm...Jom kita try, tengok apa reaksi kawan2 kita.

Tuesday, March 30, 2010

Aku bukan lelaki sejati, bukan juga bapok pecah lobang

Baru-baru ni aku bersembang kosong dengan beberapa orang rakan sekelas, semua perempuan. Sembang punya sembang, aku pun bercerita lah mengenai perkara baru yang aku belajar iaitu bermain bola sepak. Lantas seorang demi seorang mencelah, seolah-olah membuka segala isi yang terbuku dalam dada

"Sepul ni x cukup lelaki lah...Main bola pun xpandai. Naik motor pun xreti. Dahlah cerewet tak macam lelaki lain, malam mesti nak kene minum susu. Nak beli barang nak pilih berjam-jam." (rumusan daripada komen mereka semua)

"Xcukup lelaki? Aku ni bapok ke? huhuhu" Tersentap seketika, namun tidaklah sampai terasa hati.

"Eh tak, cuma kau ni tak cukup nakal sebagai seorang lelaki. Kau baik, tapi tak lah baik sangat. Cuma tak ada kenakalan seorang lelaki. Pendek kata, skema lah" jawab mereka.


So aku berfikir sejenak, betul jugak apa yang mereka katakan. Mungkin ini sebab-sebabnya:

  1. Ketika kecil, aku tidak dibenarkan bermain di luar kerana kawasan sekitar kediaman aku didiami oleh pendatang asing. Mama aku risau kalau-kalau aku terikut-ikut dengan perangai anak-anak pendatang asing ini yang nakal dan suka mencuri megi di kedai runcit mak aku. So in terms of adventurous life, I don't have much to say.
  2. Ibu mengajar aku untuk sentiasa kemas dan teratur. Begitu juga dengan babah. Katil mesti sentiasa kemas, baju dalam almari tidak boleh disepahkan. Kalau tidak, free2 dapat ceramah 3 jam.
  3. Aku ada nama untuk dijaga iaitu ayah aku. Beliau merupakan seorang guru di sekolah ku dan juga dikenali ramai di Labuan. Maka aku mestilah berkelakuan baik untuk menjaga nama baik beliau.
  4. Dalam soal mematuhi peraturan, ask my parents. They're expert cause bila mana aku naik kereta, pasti akan diingatkan untuk pakai tali pinggang keledar (Sampai sekarang). So when I tumpang my friend's car, I'll always put my seat belt even though I'm at the back seat. Aku pernah try bawa kereta beberapa kali di rumah (curi2) tapi baru start enjin, sudah kedengaran jeritan dari dapur "Heii..!!!!!!!"
  5. Aku tinggal di asrama dari Form 1 (13 tahun) sampai sekarang (22 tahaun...What?Almost 9 years). So I was trained to be a damn skema person.
  6. I don't like to be scolded, especially in front others. So to avoid that, I'll always try not to break any rules in school such as 'fly' dari asrama, escape sekolah. If once scolded, kecut perut...Huhuhu. (Sometimes I could cry)
  7. Aku anak manja sebab aku anak bongsu. Aku masih tidur dengan mama sampai umur 13 tahun...Huahuhahua.Time kecil dulu sikit2 mama, sikit2 mama. Sikit2 nangis. Hehehe.
Aku memang begini, tidak suka main bola sebab kawan aku time form 2 dulu kedekut bola (Nama dia Along).

Aku tidak pandai naik motorsikal sebab ibu bapa aku mahu aku ambil lesen dulu baru boleh naik motorsikal, which is good for me I guess. So I'm not allowed to ride them. Same goes to car.

Aku cerewet beli barang macam perempuan sebab aku sudah terbiasa. Selalu bila temankan mama beli tudung, mesti mama cerewet, terutamanya soal harga. Tawar menawar tu sudah menjadi sebati dalam diri. Lepas tu mesti mau pilih yang murah.

Lagi, aku mesti minum susu malam sebab susu boleh menyenyakkan tidur (Sila baca buku teks PJK form 4), which showing that I concern about my health. Aku menari bukan sebab aku bapok, tapi itulah pengganti aku sebab kaki bangku, menari boleh menyebabkan perpeluhan dan menyihatkan badan.

Aku tidak suka barang bersepah, rumah kotor dan barang aku serabut sebab aku akan rimas dan otak aku berserabut kalau tengok barang xkemas. Adakah anda selesa kalau rumah anda bersepah?huhuhu

So, salahkah aku untuk skema dan tidak menjadi nakal seperti lelaki lain? Perlukah aku nakal untuk digelar lelaki sejati? Tidak normalkah aku kerana tidak pandai bermain bola sepak? Huhuhu...Buntu aku memikirkannya.

Salahkah aku kalau loker aku sekemas dan se skema ini? Hehehe

Wednesday, March 24, 2010

Salahkan ibu bapa di rumah...


Gambar blurr sebab dicuri tangkap dari kereta Hasnoraenira binti Hamsi

Sibuk sebenarnya (Tak habis-habis sibuk lagi). Tapi nak jugak mencapub. Maklumlah, followers dah meningkat (walaupun semua tu kawan2)...Hehehe. Okay hari ni nak gosip pasal pesalah jalan raya, terutama yang tidak memakai topi keledar keselamatan dan tidak memakai tali pinggang keselamatan dalam kereta.


Sila perhatikan gambar rajah di atas. apakah kesalahan yang dilakukan?

1. Anak2 si bapak menggunakan songkok untuk menggantikan topi keledar yang keras itu dengan berharap songkok itu dapat melindungi kepala mereka dari kecederaan sekiranya berlaku eksiden.

2. Mereka naik secara berjemaah yang lebih dari 2 di atas satu motosikal ituuu...

3. Hanya si bapak sayangkan nyawanya. Dia langsung tidak menyayangi anak2nya.


4. Anak2 nya nanti sudah besar sudah terbiasa tidak memakai topi keledar keselamatan kerana tidak didik oleh bapaknya (Dan akan berterusan ke generasi berikutnya).

Then, jangan lah salahkan anak2 kalau tidak berdisiplin ketika di sekolah, ataupun menyalahkan guru-guru kalau anak buat silap di sekolah. Walhal, aspek disiplin itu sepatutnya dipupuk dari rumah lagi. Macam mana anak2 nak mematuhi peraturan jalan raya kalau begini cara ibu bapa mendidik anaknya???Cakap...cakap!!!

Tidak kurang juga ramai ibu-bapa yang membenarkan anak2 mereka membonceng motosikal walaupun belum ada lesen.

Tapi jeles jugak sebenarnya kerana ibu-bapa I terlampau berdisiplin. Sampai sekarang, asal naik kereta mesti my mum said "Pakai tali pinggang..." Rimas sebenarnya but thanks to them, sampai sekarang aku terbiasa untuk pakai.

Ok nak sambung buat assignment...Tonight ada pertandingan dikir barat...Huhuhu

Wednesday, March 17, 2010

Sekadar luahan...Huhuhu


Ngauuum...Ngaumm...

Sejak kebelakangan ini aku amat tertekan. Sungguh sibuk sangat-sangat. Assignments, competitions, trips - you name them. I just want to narrow down all activities that I have to complete before exam

20/03 - Pertandingan Tarian Traditional (I'm the leader)
22/03 - Submit report to HEP
23/03 - Presentation + hantar report FRIM
- Test CTU 553
24/03 - Submit blog (HTT 560)
- Pertandingan Dikir Barat (I'm the leader also)
25/03 - Test HTT 557
26/03 - Test HTH 485

Others:
Assignments
- Report CTU 553
- Projek besar HTT 557
- Projek sederhana HTH 485
- Projek kecil HTH 500

Aku TEGANG!!!!

Thursday, February 18, 2010

MLM = Multi Level Manipulation?

Warning: This article is based on the writer's opinion

Yeah musim MLM kembali lagi...Beribu2 mesej aku terima dalam Fesbuk (Er actually xsampai sepuluh pun) mengajak aku ke lembah MLM. MLM? What the hell is that? I'm pretty sure that many of us dah tau apa tu MLM.

For me MLM is best defines as Multi-Level Manipulation, not Multi-Level Marketing. This is a gateway to be rich in a quick time. Tapi kemana jutawan-jutwan tu sekarang? Adakah mereka tersenarai dalam Forbes 10 terkaya di Malaysia?

Ramai mendakwa MLM adalah sistem piramid tapi semua taik2 MLM menafikan sekeras-keras batu bahawa MLM adalah sistem piramid sebaliknya menegaskan sekeras-kers batu bahawa MLM adalah perniagaan yang menjanjikan pulangan lumayan dan anda akan jadi jutawan dalam sekelip mata. (Okay kelip mata anda sekarang...Eh, xkaya pun) Lepas tu dalam gambar mula lah menunjuk kereta Mercedes la, BMW la sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
Oh anda tak tahu apa tu MLM?

MLM ni sebenarnya kononnya macam jualan langsung. Cuma mereka tidak jaul produk dan MLM ni adalah networking business dimana anda beli produk/slot/kedai virtual/whatever, then anda carik orang untuk bernaung di bawah nama anda, then anda dapat bonus. Lazimnya ada 3 bonus. Pertama adalah bonus kepala dimana bila anda dapat satu kepala, anda akan dapat jumlah wang sekian-sekian. Then bila anda dapat lagi satu orang, anda akan dapat bonus satu lagi kepala dan bonus kedua iaitu bonus pasangan atau pairing bonus. Semakin ramai orang di bawah anda, semkin banyak la duit anda dapat. Bonus ketiga err...tak ingat lah...hehehe..


Contoh rangkaian MLM


Apa yang tidak kena pada MLM ni?

Anda lihat bagaimana orang di atas makin kaya dan makin kaya dan makin kaya. What happen bila tiada lagi orang yang bermint untuk join MLM ni? Bukan kah itu satu manipulasi atau penganiyaan kepada yang di bawah? I think it's extremely selfish if you want to rich but you manipulte people below you to get money.

No such thing kita boleh kaya dengan mudah. Apa yang saya perhatikan sepanjang mendengar talk MLM adalah saya tidak pernah jumpa orang Cina join MLM ni mahupun ajak saya join. Yang saya jumpa hanyalah orang Melayu. Saya bukanlah ingin mengagung-agungkan orang Cina dan merendah-rendahkan orang Melayu tapi kita lihat pada statistik la kan. Ramai daripada mereka menguasai ekonomi di Malaysia sedangkn mereka hanyalah minoriti. Dan pada hemat saya, mereka tidak berminat join MLM ni sebab mereka tahu MLM ni tidak menguntungkan. Lebih baik mereka bekerja keras daripada berangan-angan hidup senang dengan cepat.

Saya sebenarnya telah join 2 MLM tapi satu pun tak jalan sebab malas. Itu satu hal tapi apa yang membuatkan saya tawar hati adalah selepas mencari apakah hukumnya MLM ni dalam internet. Anda boleh google sendiri atau klik pada link atau jumpa sendiri JAKIM ka, atau ustaz2 yang berdekatan dengan anda.

So, nak join MLM lagi ke lepas ni? Katakan TAK NAK MLM

Wallahu'alam.

Tuesday, February 9, 2010

Baju Gay, Pendatang Asing, atau Mafia???


Ini adalah baju yang aku pakai ke kelas pagi tadi. Alkisahnya sebab nak berurusan di pejabat sebab nak mintak approval dari bahagian kewangan fakulti lepas kelas nanti.

Sampai saja kelas, semua orang tengok. Tidak kurang ada yang meng "Woo-woo" macam anjing...What's wrong with my outfit?

Baju ni jenama Malaysia, Padini. Aku beli tahun lepas tapi jarang gila pakai sebab terlampau menonjol.

Sebaik saja habis kelas, datang salah seorang classmate (perempuan singa) menghampiri aku lalu berkata

"Lain kali jangan pakai baju ni" Katanya dengan muka yang serius.

Lalu aku hairan dan pelik dan weird. Tetiba pulak minah ni. Gelpren aku pun xda la sampai suruh aku itu ni.

"Kenapa pulak?" Aku bertanya pada perempuan itu

"Sebab macam GAY. Ada kawan aku pakai baju macam ni. Dia GAY"

HEH! Bila masa pula baju ni ditulis "HANYA UNTUK ORANG GAY SAHAJA"? Everybody can wear this la..Even if I'm GAY and I wear this GAY shirt, so what? Did you pay for it?Hm...?

Lepas tu Wani pula berkata "Ei u pakai baju ni macam pekerja asing la..Macam orang Nepal je"

Masih tersentap dengan kenyataan perempuan singa tadi, aku tidak mengendahkan teguran Wani sebab hanya dia seorang sahaja berpandangan sedemikian.

Okey secara ringkasnya ni comment2 dari beberapa orang yang lain:
- Alfairez dan Redha : Very exotic
- Zati : Cantik shirt ni. I like
- Eli : Baju ular
- Iqbal : Wow cantik baju macam Mafia
- Emilia : Berani kau pakai baju macam ni!!!

But I like this shirt. I like what I like when I like it and I like to like myself!!! I think it looks stylish. But only people around me mostly couldn't accept fashion. Fashion is something bizarre for them I guess...

What do you think?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...