Tuesday, March 17, 2009

Kenapa orang Cina pandai dan berjaya?

Isu yang agak sering kita dengar; kenapa orang Cina kaya, pandai; kenapa orang Melayu bila belajar malas, buka bisnes gulung tikar, kaum subsidi dan sebagainya. Kenapa? Persoalan sekarang bukan kenapa orang Melayu malas. Itu namanya mencari alasan. Sedangkan untuk menyelesaikan masalah, kita perlukan penyelesaian.

Apa kata anda bawa pemikiran anda kepada diskusi saya kali ini, mengenai bagaimana Kaum Cina boleh bijak, pandai dan kaya raya. Adakah mereka kaum yang hanya goyang kaki, dan akhirnya turun hujan duit yang lebat kepada mereka?Adakah mereka merebus buku dan minum airnya untuk berjaya?

Sama ada korang setuju dengan pendapat aku atau tidak, terserah dan terpulang kepada individu untuk menilai.

1. Orang Cina telah belajar sesuatu yang diskrit sejak kecil lagi. Mereka telah belajar perkara2 yang sukar sejak kecil iaitu dari segi tulisan Cina dan bahasa yang rumit. Bayangkan, satu perkataan saja boleh membawa banyak maksud. Belum lagi dengar 4 bunyi dalam bahasa Mandarin. Rumit! Kalau anda lihat pada tulisannya pula, ya Allah, rumit benar. Ngak ngerti kok. Ada beribu-ribu tulisan yang perlu mereka pelajari. Semuanya susah.

Bak kata pepatah Melayu, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Tengok apa jadi, ramai orang Cina yang bersenang-senang sekarang dengan kekayaan yang dimiliki. Top 10 orang yang terkaya di Malaysia adalah dalam kalangan Kaum Cina.

2. Kaum Cina menggunakan perkataan yang ringkas dan pendek untuk pengiraan. Contoh, kalau Bahasa Melayu kita sebut "satu", dalam Mandarin misalnya, mereka menyebut "Yi". Maka dalam pengiraan, mereka agak cepat dan tangkas berbanding orang yang menggunakan Bahasa Melayu. Tak perlu sebut panjang-panjang. Idea mengenai pengiraan ini telah dicetuskan sendiri oleh rakan saya, Liew Chee Ing.

3. Perasaan minoriti yang terdapat dalam diri mereka. Apabila perasaan minoriti ini wujud, mereka lebih kuat berusaha. Memandangkan peluang mereka dalam negara terhad (disebabkan terlalu banyak subsidi yang memalaskan golongan Bumiputera diwujudkan), maka mereka berusaha lebih keras, terutamanya dalam pelajaran dan perniagaan bagi memastikan masa depan yang cerah. Golongan Bumiputera (termasuk saya sendiri) seringkali memandang enteng dan remeh terhadap peluang yang telah diberikan.

Bayangkan, disebabkan senang sangat masuk Matrikulasi, aku jadi malas belajar. Hasilnya, lihatlah. Kebanyakan yang 4flat di matrikulasi tu siapa?Orang Cina kan?Walaupun mereka hanya 10 % dalam matrikulasi. Sebab apa? Sebab mereka merasakan mereka ini minoriti. So, diorang belajar lebih kuat dan gigih.

4. Budaya berniaga yang telah ada dalam diri masyarakat Cina. Dalam Hadis Rasulullah itu sendiri ada menyebut "9/10 daripada pintu rezeki adalah melalui perniagaan". Kaum Cina memang terkenal dengan otak bisnesnya. Mereka memang bijak mencari peluang perniagaan, sedangkan orang Melayu (bukan semua), bila diberi bantuan perniagaan, menyalahgunakan kemudahan yang diberikan. Contoh yang jelas adalah pemberian AP (Approved permit) untuk menggalakkan golongan Bumiputera membuka perniagaan kereta. Apa yang telah terjadi, permit yang dikhaskan untuk orang Bumiputera ini kebanyakannya telah dijual kepada orang Cina untuk mendapat keuntungan yang cepat. Bukankah bodoh tu?

Bila disebut pasal berniaga, masing-masing takut sebab apa?Takut rugi, takut gulung tikar sedangkan belum cuba lagi tu. Kita lihat pula di sebalik kedai runcit mahupun restoran Cina, anak2 taukeh mereka ada di permis perniagaan tersebut, sama ada turut bekerja atau mentelaah pelajaran. At the end, he or she then turns up into a succesful businessman. Sebab apa?Dari kecil lagi, mereka telah dibudayakan untuk berniaga.

Bayangkan bila kita tiap2 hari bawa anak kecil kita memotong getah, menangkap ikan,ataupun mengutip tin untuk dikitar semula, apa akan jadi?Fikirlah sendiri.


Konklusinya, marilah kita sama-sama mengambil iktibar. Kepada yang malas tu, rajinkanlah. Kepada yang miskin, kayakanlah, yang bodoh, pandaikanlah. Buat yang lemah, kuatkanlah. Apa yang penting, semangat kita, our determination to achieve the stars, reach excelence in our lives. And the main gateway is by learn, BELAJAR, menuntut ilmu.

Surah yang pertama sekali diturunkan, Surah Al-'Alaq ada menyebut, yang bermaksud

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" (Ayat 1)

"Iqra'". BACALAH. Maksudnya di sini, kita dituntut untuk mencari ilmu. Ini diterjemahkan melalui perkataan "baca" yang melambangkan betapa pentingnya kita membaca untuk memperoleh ilmu. Kalau tak baca, macam mana nak dapat ilmu kan?

Hadith Rasulullah juga ada menyebut "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Ini melambangkan betapa pentingnya kita menuntut ilmu sebanyak yang mungkin.

Fikir-fikirkan. Bak kata Professor Izzi Haji Ali( hot FM):

"Renung-renungkan dan selamat beramaaaal"

5 comments:

ClumsySyafiq said...

Orang yang berjaya adalah orang yang berusaha, rajin dan tidak berputus asa.

Sekarang ni pon.. orang melayu sudah lebih pandai dan berjaya dari orang cina..

epul said...

Ya..Memang ada.. Tapi, tidak dinafikan masih ramai yang belumberjaya. Sedangkan Orang Melayu lagi ramai Di Malaysia ni.

In addition, siapa cakap 'semua Melayu bodoh?'. Sila fahamkan dalam post ini mengajak kita supaya mengambil perkara yang baik-baik daripada kaum Cina

Soal lebih pandai, masing-masing memiliki tahap kepandian yang berbeza dan perkara ini tidak bisa dikira. Cuma, yang kita nampak la kan, kalau kita tengok Cina dapat straight A SPM misalnya, mesti kita kata "Ala, Cina.Biasla. memang terrer". Kalau orang Melayu, "Waaaaa, pandainyaaa." kadang-kadang ada suara dengki yang berkata "Ala, peratus turun."

See? Bukan maksud saya untuk mengatakan orang kita tidak pandai. Cuma, something yang kita perlu belajar daripada orang yang pandai yang berjaya supaya kita pandai dan berjaya.

Salahkah kita mencontohi mereka???

Anonymous said...

Saya seorang yang berasal daripada kaum cina. Saya di sini memang gembira kerana telah pun mendapat cari satu hakikatini bahawa orang melayu kini memang pun berfikiran maju. Mari saya memuji tentang kerasionalan pemilik blog ini, bukannya sebab dia memuji kaum saya tetapi dia tahu bahawa kita haruslah mengambil satu iktibar yang baik tanpa menngira kaum. Tidak menafikan melayu ini terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan tetapi kerana setitik nila rosak susu sebelangga dan kerbau membawa lumpur semuanya terpalit. Kerana sesetengah pemuda melayu yang berfikiran tidak matang seperti khairil yang memberi pendapat yang begiu aggresif yang bersifat perkauman.
Di sini dengan sukacitanya ingin saya meminta untuk berkawan dengan pemilik blog yang pandai ini.

Doctor Aziz Hashim said...

Yes Epul, I agree with u and your points. U must take a lead step to move into a private institution (IPTS)where u can compete and prove yourself of what u have mentioned. Do be like NATO( No actions talk only).
U have to proof of what u have said. Take the challenge. UiTM is sourroudded with students 90% of what u just poited out. U have to act now.

Ryo said...

Im a chinese, I read this blog from my malay friend. She show me this post and ask me why......
Even you are kaum melayu, or kaum cina or kaum india or else, you must change your mind set, aprreciate what you have now and forcus to what you want.
We are all human, We all can successful in the world.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...