Wednesday, March 24, 2010

Salahkan ibu bapa di rumah...


Gambar blurr sebab dicuri tangkap dari kereta Hasnoraenira binti Hamsi

Sibuk sebenarnya (Tak habis-habis sibuk lagi). Tapi nak jugak mencapub. Maklumlah, followers dah meningkat (walaupun semua tu kawan2)...Hehehe. Okay hari ni nak gosip pasal pesalah jalan raya, terutama yang tidak memakai topi keledar keselamatan dan tidak memakai tali pinggang keselamatan dalam kereta.


Sila perhatikan gambar rajah di atas. apakah kesalahan yang dilakukan?

1. Anak2 si bapak menggunakan songkok untuk menggantikan topi keledar yang keras itu dengan berharap songkok itu dapat melindungi kepala mereka dari kecederaan sekiranya berlaku eksiden.

2. Mereka naik secara berjemaah yang lebih dari 2 di atas satu motosikal ituuu...

3. Hanya si bapak sayangkan nyawanya. Dia langsung tidak menyayangi anak2nya.


4. Anak2 nya nanti sudah besar sudah terbiasa tidak memakai topi keledar keselamatan kerana tidak didik oleh bapaknya (Dan akan berterusan ke generasi berikutnya).

Then, jangan lah salahkan anak2 kalau tidak berdisiplin ketika di sekolah, ataupun menyalahkan guru-guru kalau anak buat silap di sekolah. Walhal, aspek disiplin itu sepatutnya dipupuk dari rumah lagi. Macam mana anak2 nak mematuhi peraturan jalan raya kalau begini cara ibu bapa mendidik anaknya???Cakap...cakap!!!

Tidak kurang juga ramai ibu-bapa yang membenarkan anak2 mereka membonceng motosikal walaupun belum ada lesen.

Tapi jeles jugak sebenarnya kerana ibu-bapa I terlampau berdisiplin. Sampai sekarang, asal naik kereta mesti my mum said "Pakai tali pinggang..." Rimas sebenarnya but thanks to them, sampai sekarang aku terbiasa untuk pakai.

Ok nak sambung buat assignment...Tonight ada pertandingan dikir barat...Huhuhu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...