Tuesday, April 27, 2010

My mandarin video

Baru-baru ni kemas-kemas data dalam laptop. Sangat rimas sebab nota-nota berteraburan dalam laptop so I have to kemas2 sikit la data-data dalam tu. lagi-lagi time exam ni baru terkial-kial mencari past year questions.


Kemas punya kemas, terbukak satu video mandarin ni, FYI, video ni dibuat untuk subject third language di UiTM. Asal 1 minggu sebelum final exam, mesti anda boleh saksikan beberapa kelompok manusia berpeleseran membuat penggambaran di sekitar UiTM. Hah, tu untuk video third language ni lah.


Rasa nak ketawa bila tengok video ni balik. Betul-betul xda bakat jadi pelakon. Aiya...


Friday, April 23, 2010

Biasiswa dan ORANG DALAM...

Sejak di bagku sekolah rendah lagi, aku tidak pernah mendapat apa-apa bantuan biasiswa ataupun zakat atau apa-apa saja bantuan kewangan daripada kerajaan mahupun swasta. Kadang-kadang tu merungut juga, cemburu pun ada sebab kawan-kawan ramai dapat biasiswa. Ada yang bernasib baik dapat biasiswa Petronas, Beribu-ribu setahun. Jelesnya...

Namun sekarang aku sedar, keluarga aku masih mampu menyara aku. Ramai lagi insan di luar sana yang memerlukan bantuan kewangan seperti ini. So buat apa mau cemburu kan? Biar la mereka dapat biasiswa tu, mereka berhak mendapatnya.

Namun dalam ramai-ramai tu, ada juga segelintir yang aku lihat, nak kata miskin, handphone n-gage (ketika itu siapa ada handphone tu kira anak orang kaya lah), pakai perfume mahal, baju branded, tup tap dapat biasiswa pelajar miskin. Apa kes? Selidik punya selidik, parents sebenarnya ada business cuma tidak mengisytiharkan business mereka. So, anak yang kaya ni dapat lah. Kononnya pendapatan bawah RM 700, padahal...

Memula memang cemburu gila babi sebab tak pernah dapat, malah aku rasa aku lagi layak dapat biasiswa tu. Tapi fikir balik, apa kata kalau ada yang lebih miskin daripada budak yang ada Nokia n-gage ni, tapi tak dapat bantuan kewangan tu? Bukankah budak yang ada n-gage ni zalim? Dia telah menyekat peluang mereka yang lebih berhak menerima bantuan tersebut.

Sama juga time di universiti ni. Ada juga orang kaya yang tidak sedar diri yang memohon bantuan zakat. For what? Dah lah kaya, ambil PTPTN lagi, rumah berapa bijik. Kesian bila ada orang yang sepatutnya berhak dapat tapi tak dapat kerana adanya mereka-mereka ni.

The same thing goes to those who masuk universiti atau mendapat biasiswa menggunakan orang dalam. Bagi aku itu adalah perbuatan yang amat keji, jijik dan kotor, because last time, my SPM result was so-so la (7A's). Then I applied for Asasi UIA. The same goes to my friend as well but frankly speaking he got lower than me.

All of a sudden, he got the offer while I don't. Why? because he uses orang dalam. In terms of qualification, I dare to say that I'm far qualified than him. Such a jerk. But I don't blame him cause he's such a spoil kid. Hahaha

Tengok lah sejauh mana kamu boleh hidup dengan menindas orang dan hidup dengan bantuan ORANG DALAM sampai mati. (Apa-apa saja lah janji kamu bahagia)

Lalalalala~ (^^,)

Tuesday, April 20, 2010

Jangan fotostat buku, beli yang ORIGINAL

Baru2 ni pinjam buku kawan, kononnya nak study la. Al-kisah buku dia ni fotostat version

"Eh, kenapa ada page yang hilang ni?" Aku bertanya kehairanan. Belek punya belek, memang banyak page yang missing. Lagi2 buku fotostat version tu sudah usang dimamah tangan rakus sang manusia.

"Ntah aku fotostat yang penting saja" Jawabnya tanpa perasaan

Aik, pelik. Padahal page yang missing tu lah maklumat yang aku mau cari.

Hai kawan2. Pengajarannya jangan fotostat buku, beli yang original. Kalau kedekut taik hidung masin macam aku ni pun, belilah 2nd hand. Kalau kedekut jugak xyah belajar, berenti terus. Huhuhu

Lagipun buku yang fotostat sangat tidak menarik, ibarat melihat rambut Dr. Rozmey. Hahaha kiddin'. Ilmu tu, xkan nak fotostat kan? (Kalau movie kita download free xpa...keh3...)

Friday, April 16, 2010

Kereta orang kaya

Sejak belajar subjek ekonomi di universiti dan sejak pengurusan kewangan teruk disebabkan keborosan berbelanja, maka aku pun start fikir tentang perbelanjaan aku yang amat membimbangkan. Well bukan apa, aku dah la merantau di negeri orang, makan pakai semua pun cukup-cukup saja. Mintak dengan mama? Oh aku malu, kecuali bila terdesak. Huhu

Aku pernah berborak-borak kosong dengan kengkawan aku. Aku cakap la yang aku nanti bila dah kaya aku nak beli kereta proton or produa or kereta tempatan saja. Mereka memandang dengan dahi yang berkerut2, pelik dengan taste aku yang low class orang kata.

"Apa kelassss pakai kereta tempatan. Cuba lah Toyota ke, Honda ke, baru bergaya beb"

"Xnak. Aku nak meningkatkan pendapatan negara (ceh dan2)"

Bukan apa, bila kita banyak membeli barang import, duit akan masuk ke negara yang kita import. namun bila kita banyak membeli barang BUATAN MALAYSIA, wang itu akan berpusing2 dalam negara.

Namun pendapat aku berubah sejak kebelakangan ini...

Selalunya pak guard di UiTM Puncak Alam ni akan tahan kenderaan yang masuk di entrance especially yang tiada sticker kenderaan dan pada waktu malam.

Pernah suatu ketika tu aku naik kereta ngan kawan aku, balik UiTM lewat malam. Dia pakai kereta tempatan saja. Di depan kami pula sebuah kereta import (Toyota if I'm not mistaken). Bila lalu saja gate, kereta itu automatik dilepaskan terus. Tapi bila kami sampai gate tu, pak guard tu tahan dan tanya, baru bagi lepas masuk.

Nak kata kereta tu staff punya, tak, sebab kereta tu ada pelekat kenderaan student. So, I made my conclusion.

"KERETA IMPORT LEBIH DIHORMATI BERBANDING KERETA TEMPATAN"

So bila anda sudah kerja dan ada banyak uwang, jangan beli kereta tempatan. Belilah kereta import supaya anda dipandang hormat dan disanjung tinggi. hahaha

Kereta Viva je? orang tak pandang beb...Huhuhu

Thursday, April 8, 2010

Si jelik, Si chantek...

Hi.. Sejak kebelakangan ni macam-macam aku fikir. Maklumlah assignment bertimbun, tu adat lah kan hujung2 sem ni. Tapi ada satu benda yang sejak kebelakangan ni menghantui pemikiran aku.. Ceh menghantui.

Hm...ni soal paras lupa luaran la..About looks. Kebanyakan orang mesti akan memandang luaran. Betul x? Yalah, cuba kau fikir balik, member2 kau atau kau sendiri, bila yang lelaki tengok perempuan cantik mesti kata "Fuyooo..chantek siot.." Kalau yang jelik tu mesti kutuk2. Apa ingat kau hensem sangat?Ingat kau chantek sangat?

Aku tak kata orang kutuk wajah aku yang tak berapa hensem ni kan, tapi sedih la jugak macam diri ini dipinggiran, macam dalam lagu Francesca Peter Sekadar Di Pinggiran... Asal jalan sebelah member aku yang hensem sikit, mesti ada perempuan tengok dan senyum-senyum. "Eh kenapa perempuan ni senyum2 kan, nak ngorat aku ke?" (Ni angan2 saja lah) Of course la perempuan tu tengok member aku ni..Huhuhu

Kadang2 bila jalan ngan perempuan mesti bila tengok lelaki hensem sikit "Ei,hensemnya..ei, kiutnya macam pelakun Korea". Kadang2 hati yang sensitip ni sedih dan mepersoalkan, kenapa aku tak hensem? Kalau tak mesti ramai tergila2kan aku

Tapi terima la hakikat apa yang kita ada, bersyukurlah. ada lagi insan yang lagi tidak sempurna daripada kita, kan kan???

Pernah jugak terfikir nak buat plastic surgery, tapi fikir balik for what?

"I am who I am"

Aku tak hensem...Tapi aku suka makan steak...Lalalala

Saturday, April 3, 2010

Lelaki membahaskan diri dengan nama???



Pernahkah anda mempunyai kawan lelaki yang membahaskan diri mereka dengan nama sendiri atau mungkin anda lah yang dimaksudkan? Macam pelik kan lelaki bahaskan diri mereka dengan nama...Ei paham tak ni???

Contoh la, nama aku Saiful kan,

"Epul lapar la, Epul nak makan kejap" "Epul nak pergi kedai, nak ikut Epul tak" dan seumpamanya.

Setakat ni baru seorang yang aku jumpa...Tapi bila dengar dia cakap ok pun, tapi bila aku try bahaskan diri aku "Epul", macam menggelikan...

Membahaskan diri dengan nama lebih sesuai untuk kaum hawa. Sama juga perkataan "amboi", lebih sinonim dengan golongan wanita. Cuba anda dengar golongan lelaki menyebut "amboi", mesti kedengaran pelik kan?

Hm...Jom kita try, tengok apa reaksi kawan2 kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...