Friday, August 13, 2010

Saat paling memalukan dalam hidup

Pernahkah anda melalui saat paling memalukan dalam hidup? Ya saya pernah dan baru sahaja melaluinya hari Sabtu yang lalu (7 Ogos 2010).

Hari sabtu tu, pergi la ambil bengkel motosikal di PMKK (pusat Memandu Kenderaan Klang). Yeah, another interesting event in my life, ambil lesen. What a bad start bila aku dimarahi oleh pakcik tua kat cafe dekat PMKK tu. Dahlah macam CI!@#$. Aku tanya elok2, suruh dia bagitahu harga satu2 apa yang aku makan; nasi lemak tu berapa harga, kuih karipap berapa harga, skali pakcik kurang ajar tu p maki aku...Memang aku bengang gila la time tu...Yelah, kita ni pembeli, kena la tau harga apa yang kita beli, ni kira macam haram, ntah2 dia salah kira ke, mana kita tau kan. Dia tu manusia, bukan Tuhan... (Sabar..)

OK then dengar lah ceramah motosikal yang boring..blablabla..Terus tengah hari tu dia suruh bawak motosikal sorang2.

GULP!

Untuk pengetahuan semua, aku tidak tahu membonceng motosikal, seumur hidup tidak pernah belajar. Belajar teori tu, ada lah, tapi amali xda...Huhuhu

Then aku adalah orang ketiga diminta untuk bawa motosikal atas trek.

GULP!GULP!

Start enjin, tekan gear satu, pusing minyak. Memula tu OK. Yes, hidung pun kembang kempis, bangga sebab berjaya bawak motosikal dengan jayanya.

Masuk saja trek berbentuk 8, tukar gear....Then...

"Eh, eh, eh..." Aku panik. Xdapat pusing motosikal tu, terus telanggar bahu jalan yang belang2 hitam putih tu. (Nasib sempat brek. tapi jeans aku tersangkut di brek kaki)

"Awak pandai ke tak bawak motor ni?" Tanya Pakcik yang mengajar ceramah tadi.

Aku menggelengkan kepala. Kelihatan beberapa lelaki ketawa, termasuk seorang warganegara Indonesia. Sial! Bisik hatiku.

Tidak terbayang betapa malunya aku ketika itu. Tu lah, lain kali kalau xtau bawak motosikal jangan pandai2 macam tahu kan... Huhuhu kan dah malu.

2 comments:

nur.sa said...

hehe. sy start bawak motor waktu umur 15tahun.

takpe awk malu skang dari malu masa nak test bebetul nanti. anwyay, good luck!

epul said...

Nur comel:

Bagus la. Saya tak reti lagi nak start enjin motor...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...