Sunday, June 13, 2010

Etika makan di hotel-hotel mewah

Salam 1 Malaysia. Cewah . Lama xupdate blog disebabkan sibuk membanting tulang kerja part time di hotel2. Kerjanya? Oh bukan kerja yang itu ya...hahaha. Kerjanya serve makanan atau ringkasnya jadi waiter di hotel2 mewah.. Gaji bolehla tahan, bolehlah membayar deposit rumah sewa RM 300, Shopping >RM 300 etc

Nak cakap pasal time serving ni, aku selalu perhatikan kepintaran/kebodohan guest dalam menggunakan sudu garfu atau ringkasnya cutlery yang disediakan di atas meja. Ada jugak yang pandai (tahniah) tapi rata2 blurr, xtau dan bingung macam mana mau guna sudu dan garfu.

Kerana kesian kan, mari lah aku ajar macam mana mau guna sudu garfu pisau segala and sedikit tambahan dan tips bagi mereka yang akan menghadiri apa2 majlis di hotel mewah, terutamanya yang melibatkan makanan western.


Sila rujuk gambar ini
  1. Ini adalah napkin, untuk diletak atas riba guest supaya makanan tidak mengotorkan pakaian guest disamping untuk mengelap bibir yang kotor kerana gelojoh melahap makanan. Sebaik sahaja guest duduk, waiter akan merentangkan napkin ini untuk anda dan direntanglan dalam bentuk segitiga.
  2. Ini appetizer knife (Kanan) dan appetizer fork (kiri). Kedua2 dua objek unik ini digunakan ketika makanan yang pertama, iaitu appetizer (pembuka selera). Makanan biasanya salad, seafood dalam saiz yang kecil, apa2 lah yang boleh membangkitkan selera guest dan biasanya berasa masam.
  3. Soup spoon atau sudu sup, ni perlu ka aku explain? (Orang jarang melakukan kesilapan dalam menggunakan objek keras ini). Ok la ni sudu untuk sup, digunakan untuk menghirup sup. Sup biasanya dihirup dalam tempoh 3-5 minit. Sup tidak sepatutnya dihidangkan sejuk, that's why kena sedut cepat2. kepada yang lambat tu, time sup ni je, please habiskan cepat2.
  4. Ni main course fork (kiri) dan main course knife (kanan), digunakan untuk makanan utama atau klimaks hidangan pada hari tu. Makanannya berat iaitu seperti steak, lamb, fish fillet dsbg. Kadang2 pisau tu ditukar jadi sudu, kalau makan nasik atau spaghetti. Hidangan main course terdiri daripada 3 element iaitu daging, starch and vege. daging terdiri daripada apa2 jenis daging; daging ayam, ikan, kambing. Starch pula sumber karbohidrat seperti kentang dan nasi manakala vege adalah apa2 jenis sayuran.
  5. Ni desert spoon (atas) dan desert spoon (bawah). Waiter akan menyusun kedua-dua objek ni di kiri dan kanan guest. Makanan desert pun saya rasa anda tau kan, ada kek, puding dan buah.
  6. Orang panggil ni BB Plate (Bread and Butter Bread), digunakan untuk meletak roti yang ideal dimakan bersama sup.
  7. Ini gelas, diletak di kanan guest. So jangan la terambil gelas di sebelah kiri ya.
Bulatan: Di sini biasanya akan diletakkan coffee cup atau cawan kopi dan kopi/teh akan ditawarkan kepada pelanggan semasa atau setelah habis pencuci mulut.

Secara asasnya, penggunaan sudu garfu dan pisau ini dimulakan dengan yang paling luar sekali, dan di ikuti dengan yang di dalam yakni mendekati pinggan, sampaila habis semua cutlery.

Harap tips panjang berjela ini boleh membantu anda untuk tidak kelihatan kuno di hotel mewah. Hehehe.

4 comments:

ruffey said...

haha. utensil dia punya banyak, kalah2 ba doktor mau bedah haha

orang_letrik said...

info yg sangat membantu..
thanks a lot
=)

SePuLaH said...

Rafshan:

Tu lah. tapi ni kalau salah guna, makanan tu nda 'mati' la

SePuLaH said...

Orang Lektrik:

Semoga bejaya makan di hotel mewah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...