Tuesday, November 3, 2009

Lan Berambeh di Bangunan Sirim, Shah Alam


Teman baru ku kenali walaupun tidak di introduce oleh Charles, dari kiri: Syalmee, ehem, Ody dan Dedeng

Ceh, kali ni rajin pulak aku update belog ni walaupun sibuk ngan exam. Kali ini kita ke Sarawak. Bukan ke sarawak pun, tapi ke majlis "Lan Berambeh" (er, kalau tak silap maksudnya mari makan...Hehehe). I'm not Sarawakian though but nobody can tell since I can speak Bahasa Melayu Sarawak moderately. Cewah. Bangga la tek.

Majlis ni ala-ala open house la, walaupun raya telah lama berlalu. Dalam majlis tu macam2 makanan dorang provide like Laksa Sarawak, Mee Kolok, and the very special signature food of Sarawak, Kek Lapis Sarawak. Yum-yum. I like.

Orang Sarawak ni kalau kita tengok, nampak ja seolah2 memiliki semangat kenegerian yang tinggi. Sebenarnya, ini disebabkan faktor bahasa. Mereka lebih senang berbicara menggunakan mother tongue, lebih mesra kata orang. Macam juga orang Kelantan dikatakan "assabiyah" (semangat kesukuan) sebenarnya tidak.

Tulah, macam mana kita nak mencapai 1Malaysia sedangkan masih tidak ada kesetaraan dalam penggunaan bahasa? Even tiada sistem persekolahan yang setara. Kita tengok Indonesia, semua rakyatnya ngak kira asal usul kaum, mereka semua menggunakan satu bahasa yang sama. Sampaikan cerita Korea yang best tu pun dialih suara ke Bahasa Indonesia. Sampai macam tu semangat bahasa mereka. Itu yang kita mahu, eh melalut lagi.Haisy.

Baiklah, apa bestnya belog kalau tiada gambar kan?So saksikanlah sedutan gambar-gambar ini.


Sepadan kan?Hehehe...Aku x minat pun Camelia ni, tapi sebab dia chantek, terpaksa la aku bergambar dengan dia.


Ni bukan joget, tapi dipanggil "menopeng" dalam dialek Sarawak, or umumnya "bertandak" (menari)


Ewah, tompang sekaki


VIP pun turun padang menari Pocho-pocho...Sporting la...


Masih lincah beraksi...Oh yeah, oh yeah...


Mari belajar dialek Melayu Sarawak

Ngegeh = Mengada-ngada
Gagoh = Sibuk
Sik = Tidak/Bukan
Kenak = Kenapa?
Ya = Itu
Tok = Ini
Kedak = macam
Bisak = Koyak
Paloi = Bodoh
Aok = Ya
Bulak = Tipu
Siney = Di mana?
Nya = Dia
Kamek = Saya
Kitak = Awak
Sidak = Mereka
Padah/madah = Bagitahu

*Teringin mau makan lagi Kek Lapis Sarawak...Really,really like it (When it's free la...Huhuhu. Expensive ma..)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...