Apabila perdana menteri baru mula mentadbir negara, pasti beliau akan memperkenalkan polisinya yang tersendiri. Tun Dr Mahathir dengan "Wawasan 2020" manakala Dato' Seri Najib dengan gagasan "1Malaysia".
Memetik gagasan baru ni, nampaknya Dato' Seri berkeinginan melihat rakyat Malaysia bersatu padu. Tapi...Tapi...Bagaimana hendak bersatu kalau masing2 tidak menggunakan bahasa yang sama? Ibarat ayam mematuk itik menyudu...
Aku terdetik untuk menggali perkara ini sewaktu bekerja sambilan di Shangri-La KL. Ada seorang pekerja ni, kaum Cina. Namanya Chong. Menariknya, dia langsung tidak bergaul dengan pekerja yang sama kaum dengannya sebaliknya hanya berinteraksi dengan kaum lain (Melayu, India) dengan menggunakan bahasa Melayu yang aku kira lancar untuk seorang Cina. Aku hairan dan bingung. Lalu, aku menunjukkan kepandaian bertutur dalam bahasa Mandarin kepada Chong.
"Saya tidak pandai cakap Mandarin" Jawab Chong.
WHAT???!!! Aku pekak kah? "Kau tidak pandai cakap Mandarin? Kau kan Cina. Jadi di rumah kau cakap apa?" Aku terkezut. Heran lah kan seorang Cina tidak tahu bertutur bahasa Mandarin
"Di rumah saya cakap Hakka saja" Dia menjawab.
Dari perbualan aku dengan Chong, aku dapati bahawa Bahasa lah merupakan cara terbaik untuk mencapai 1Malaysia. Dia bersekolah di sekolah kebangsaan, jadi sebab itu dia tidak tahu bertutur dalam bahasa Mandarin.
Maka, bahasa kebangsaan sepatutnya digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum. Chong dapat bergaul dengan baik dengan kaum lain kerana Chong menggunakan bahasa kebangsaan dan menggunakannya dengan baik, berbanding mereka yang bersekolah jenis kebangsaan, mereka agak sukar bertutur dalam Bahasa Melayu.
Seperti juga orang Kelantan, mereka dikatakan hanya bergaul dengan orang Kelantan, satu faktor utama adalah sebab bahasa. Ada yang Kelantannya pekat, maka sukar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. Mereka lebih selesa bertutur dalam dialek mereka sahaja.
Sekolah Jenis Kebangsaan sepatutnya dimansuhkan, hanya ada 1 sistem persekolahan saja. Maaf, tetapi UiTM juga perlu dibuka kepada semua bila 1 sistem persekolahan ini dibuat. Saya mengibaratkan, sekawan rusa bila dalam kelompoknya sendiri, apa mereka buat? Berehat, makan tidur kan?Namun apabila ada jseekor singa datang, terus semua cergas, masing2 bertempiaran lari...Kan,kan???
Kita curi la contoh dari negara jiran yang selalu menuduh kita mencuri, Indonesia. Mereka semua bertutur dalam Bahasa Indonesia sampaikan ada kaum Cina di sana yang tidak tahu langsung bertutur dalm Bahasa Cina.
Ini cuma pandangan saya yang cetek ilmu pengetahuan. Sebarang komen amat dialu-alukan.
Akhir kata, "Bahasa Jiwa Bangsa"
2 comments:
kalau sistem bertukar tapi manusia tak jugak bertukar..what's the point? 1 malaysia tak bergantung dengan jenis sekolah ok.depends dengan rakyat nak atau tidak.bukannya sjk tak ajar bahasa malaysia atau english kan? btw, sy budak sekolah berasrama penuh kebangsaan. the only thing i learnt from my ex school is hypocrisy.both sjk and sk is good
It's true SJK teaches Bahasa Malaysia. Tapi adakah mereka mengaplikasikan bahasa ini? Sama juga Bahasa Inggeris, tapi adakah semua pelajar mengaplikasikannya? Bukan apa, mungkin lebih bagus kalau semua kaum bercampur dalam satu sistem yang sama. Ini boleh membantu dalam meningkatkan lagi kesefahaman antara kaum.
Betul tu, tidak ada fungsi jika manusia tidak ada tindakan untuk berubah. Saya berharap agar kita boleh berubah. So, we have to give it a try, kita mesti sahut cabaran PM...Huh...Over pulak.. Anyway, thanks for commenting Jenny(^^,)
Post a Comment