Tuesday, January 13, 2009

Fahaman ORANG MELAYU terhadap ISLAM

I want to write about this for a long time ago. It's just I don't have that courage to write about this. Mungkin bagi kebanyakan pihak ini adalah isu yang agak sensitif. Namun, bagi aku tidak sama sekali.

Hm...As everybody who know me know, I have a Chinese look face. That's an advantage which I can easily get discount from Chinese-owned shop. Hahaha...Well, people always confuse about my race. After they already know, then they'll say "Oh, kau Melayu rupanya. Ingatkan Cina". I don't have any problem with that. Things that happen that I'm concern is most of the MALAYS that I met at Masjid or Surau or anywhere will say the different thing "Eh, kau Islam rupanya. Ingatkan Cina".

Nampak perbezaan dua kenyataan ini? Kenyataan pertama membuat perbandingan yang tepat manakala kenyataan kedua membuat kenyataan yang silap sama sekali. Islam= Religion while Chinese=Race. So, kenapa mesti kita membuat perbandingan yang salah?

Tahukah anda populasi Muslim di China (Yang majoritinya berbangsa Cina) adalah lebih kurang 130juta?Jauh melebihi populasi muslim di Malaysia.

Memang tidak boleh dinafikan, populasi Cina beragama Islam di Malaysia adalah sedikit. Namun, bukankah Agama Islam itu untuk semua bangsa?

Ada juga suatu ketika, salah seorang Ustazah yang aku temui berkata sesuatu yang mungkin boleh menjejaskan Akidah dan membawa kepada kesesatan. Mungkin maksudnya lain. Hanya susunan ayatnya tidak betul. Namun anda nilai lah sendiri.

"Kita orang Melayu, jaga Islam baik-baik...Islam milik kita. Bayangkan kalau Islam jatuh ke tangan bangsa lain, macam mana?"

As far as I know, Islam adalah untuk semua bangsa. Bukan untuk sesuatu bangsa semata-mata. Selalu juga kita dapat dengar, orang tua-tua (malah orang muda pun ada) akan mengatakan 'Tahun Hijrah' sebagai 'Tahun Melayu'. Hei, bila masa orang melayu ada kalendar sendiri ni?

Pernah juga aku cuba bergurau dengan seorang teman. Perbualannya lebih kurang begini:

"Siti(bukan nama sebenar). Aku nak ubah bangsa aku la dalam IC.Aku nak ubah jadi bangsa Cina. Boleh?(walhal bangsa tidak ditulis di dalam IC)" Kataku berseloroh

"Ah, kalau macam tu kau MURTAD lah" Jawabnya dengan nada serius.

"Eh, kenape pulak?Tukar bangse je pun" Aku menjawab tidak puas hati.

"Ye lah. kau tukar bangsa. MURTAD LAH. Cina bukan Islam"

Aku terus diam. Biarlah. Tiada gunanya bercakap dengan manusia mentaliti kelas ke3 ni. Aku juga orang Melayu, Islam, walaupun aku bukanlah Muslim yang baik. Aku juga terperangkap dengan pemikiran sebegini. Maka atas sebab itu lah, aku terpanggil untuk meluah rasa. Tidak ada kah jalan penyelesaian masalah ini?

Ada orang berdakwah dengan penuh perasaan, memperjuangkan Islam, menghebahkan kebaikan Islam. Memang, Islam itu agama yang baik. Semua agama pun menyeru kebaikan. Namun, bagaimana dakwah boleh berjaya kalau kefahaman sebegini masih ditanam, 'Islam untuk Melayu'?

Selalu kita dengar, ada kaum Cina di Malaysia yang berminat terhadap Islam, tetepi agak takut untuk memeluk Islam kerana tidak mahu masuk MELAYU. Mereka tidak mahu budaya mereka seperti makan menggunakan 'copstik' tidak dapat di amalkan. Mereka akan jadi MELAYU, bukan CINA lagi. Anda rasa, siapa yang menjadi penyebab pemikiran sebegini?

Pernah dengar kes ajaran sesat 'Nabi Melayu'? -Ajaran kahar? Inilah kerana terlalu taksub dan obses terhadap Islam, tanpa ada ilmu yang kukuh.

Sebagai konlkusinya, marilah kita menuntut ilmu dan memantapkan Iman kita (huhuhu...Insaf). Akhir kata, bolehkah fahaman remeh yang terpesong ini diperbetulkan???

"RENUNG-RENUNGKAN"

5 comments:

allyhanafi said...

ramai manusia di luar sana seringkali membuat tanggapan yang salah antara "Ugama" dan "Budaya"..

Sebagai contoh ugama kita yakni Agama Islam.. seringkali ditafsirkan sebagai MELAYU. Alah.. ibarat kata.. Asal Melayu jer.. mesti ugamanyer Agama Islam.. mungkin betul dan mungkin juga tidak.. apa kes dengan MELAYU MURTAD?! Islam ker dia?! Melayu tetap melayukan?! Mana bleh hilang title Melayu tuh..

Begitu juga Cina.. bangsanya Cina tapi ugamanya Islam.. bila dia makan guna chopstick orang kata.."Ko ni macam bukan Islam ler.." opss!!.. betul ker fahaman macam tuh ek?!! Sah2 silapkan.. Itulah mentaliti orang yang "ala2".. huhu..

Apa pun.. teruskan usaha mengupas isu-isu sebegini.. walaupun pada dasarnya dianggap perkara remeh.. tapi masih ada lagi orang nak support tulisan2 macam nie kan?! Ahaks... aper pun.. gud luck ya..

Anonymous said...

haha...
situasi yg sama tp rasa mcm x teruk kat sini... aku rasala...
ada sorang sabahan... Muslim... but he's not Malay...
bila dia try explain yg dia actually is not MELAYU, trus start proses pemulauan... maybe org keliling x prasan... tp kita yg slalu tgk persekitaran ni perasan benda2 yg obvious mcm ni...
lg 1, waktu junior masuk dlu...
ak ter'curi' dgr perbualan kawan se-batch...
junior ada orang sabah... then dr cara budak tu brcakap, they conclude that she's a kadazan like me... but when they saw her wearing tudung, they were like... MUSLIM? DIA BUKAN MELAYU ka??
so I guess u right...
MELAYU is the new def for Muslim...
but i believe not all of them have that perception...

allyhanafi said...

eh.. baru perasan course kita kat U sama ler.. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan.. huhu.. ok ler tuh.. blajar bersungguh2.. masa depan cemerlang tuh.. hehe..

ruffey said...

aku pun suka introduce kalau aku murut, walaupun dad aku melayu, tapi tak pa la kan kalau aku nak ikut mak aku? hoho

lagi heran kan, ada aku pernah jumpa org smnjg ni, dia igt, org2 sabah ni, tak sembahyang, biasa minum arak, dan sbgnya. aku tak paham mana dia dapat persepsi ni...

sampai aku gi surau utk maghrib pun dia terkejut!

skrg, masalah utama ialah, segelintir (atau kebanyakan?) org smnjg ni, suka membuat persepsi stereotaip tau. bila dorang nampak "sorang" ni perangai macam ni, akan keluarla perkataan ajaib ni
"AH, DORANG SEMUA SAMA JE"

begitu la ceritanya...

Hanis Izzati said...

Nice article... I totally agree with your opinion... last time when i was little, i used to think that all Muslim are Malays... luckily i have a very educated mother who explained to me that not all Muslim are Malays... bcuz Muslim is a religion, while Malay is just a race... hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...