Friday, October 10, 2008

Wow!!!Pakai baju Melayu.

Di UiTM, tiap-tiap hari jumaat, aku akan mengenakan pakaian busana Melayu lengkap(bersampin dan bersongkok) ke kelas. Siapa2 yang kenal aku tu tau la kan mcm mana glamourousnya baju yang aku pakai..hehehe...

Pastinya tiap2 kali aku mengenakan baju kebangsaan yang menjadi kebanggaanku, pasti ada saja mata yang melihat, dari atas ke bawah. Mcm mo telan aku ja. Tp kemudiannya, berbisik2 kepada temannya sambil menunjuk2 ke arahku. Lepastu, tersengih2. Bodoh!Macam la aku tidak nampak.

Tidak kurang juga, pasti ada yang menegur "Pergh,pakai baju Melayu...Giler..Aku malu nak pakai macam ni"

MALU???

MALU???

Besar juga kemaluanmu sampai pakai baju Melayu pun malu. Ishk...Kenapa mesti malu dengan identiti bangsa sendiri?

Lihat sahaja bangsa Arab. Walaupun di mana mereka berada, pasti kita dapat meneka sama ada mereka berbangsa Arab ataupun bukan. Bagaimana???Sudah tentulah daripada pakaiannya. Anda rasa, adakah dia malu untuk mengenakan pakaian segala jubah dan yang penutup kepala tu(ntah apa namanya)?

Beginilah orang Melayu(segelintir), malu tidak bertempat. Malu tu penting, tapi malu untuk melakukan perkara baik tu penting kah?

1 comment:

ruffey said...

itulah.
di matric dulu semua mo bergaya pakai baju melayu, sampin songket plak tuh!

meriah + best jak pun tau

walaupun kita2 dulu di matric bukanlah melayu mana.

kawan aku dusun, kadazan, melanau, iban, dll semua bergaya sakan.

wiiiee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...