Baru kini aku berkesempatan memuatkan cerita mengenai bantahan yang telah masuk berita utama pada 12 Ogos 2008.
Mula-mula, ada lah notis ditampal di cermin notis board Kolej Jati. Korang tengok la sendiri notis ni..hehehe...
Gambar diambil di stesyen bas Kolej Seroja
Aku pun dengan penuh bersemangat balik bilik, tido.hahaha..I never interested to join any kind of demonstrations like this. Even though they promise to do in manners, but usually it'll turns into bad things. My mom reminds me when she saw the TV3 news.
"Wang, jangan tah di ikut demonstrasi atu. Karang inda pedah2 kana umbankan batu ka, apa ka. Membari watir jua tu"
Hehehe..I love my mom very much. Caring sangat. Berbalik kepada cerita demonstrasi ni, mereka berkumpul seawal 7.30 pagi dengan berpakaian serba hitam. wah, kelass gitu. Masing-masing dengan penuh semangat berarak ke pejabat Menteri Besar Selangor untuk mengahantar momarandum bantahan. Ceh, mo hantar surat bantahan pun sampai beribu-ribu orang mo hantar..
Aku tidaklah tergolong dalam kumpulan yang menyokong kemasukan 10% bukan Bumiputera ini. Namun, dalam masa yang sama aku juga tidak menyokong bantahan ini. Mengapa?
Lihatlah sendiri bagaimana penguasaaan golongan Bumiputera dalam bidang ekonomi, jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bukan Bumiputera. Di daerah kelahiranku saja, berapa kerat sahaja yang golongan Bumiputera yang berjaya dalam pelajaran. Perniagaan, semua dikuasai oleh kaum Cina dan India.
Apatah lagi dari segi pendidikan, jauh ketinggalan. Termasuk lah aku sendiri, agak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan golongan bukan Bumiputera.
Golongan yang sedar, hanyalah golongan yang bijak pandai, yang ingin membela nasib golongan Bumiputera yang miskin supaya mereka tidak ketinggalan daripada menjejakkan kaki ke menara gading. Namun, adakah golongan yang dibela ini sedar?
Berapa ramai golongan Bumiputera yang berada di pusat serenti mahupun pusat pemulihan akhlak berbanding pusat pengajian tinggi? Berapa ramai yang menjadi perempit jalanan?Terlibat dengan jenayah? Pemimpin turut tidak ketinggalan, terlibat dengan rasuah, skandal.
Maksudnya disini, kesedaran di peringkat nasional itu penting. Semua perlu bersatu-padu. Ingatkah anda pada sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu untuk kebebasan daripada penjajah? Apakah yang menyebabkan penentangan mereka menemui kegagalan? Dato' Maharajalela, Dol Said, semua pejuang-pejuang ini tidak mendapat sokongan padu daripada penduduk setempat.
Penat-penat pelajar-pelajar UiTM mengadakan demonstrasi bantahan. Pelajar-pelajar Melayu Bumiputera, orang awam yang mengaku dirinya Melayu Bumiputera, di mana?Mengapa tidak turun padang, sama-sama membantah? Hal ini kerana mereka tidak nampak kepentingan mereka untuk turut mebngadakan bantahan.
Maka, tidak perlulah semua bantahan ini dibuat andai orang melayu Bumiputera itu sendiri tidak sedar. Ini bukan soal hak kesamarataan. Ini soal HAK MILIK, HAK ISITIMEWA. Termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan.
Sekiranya anda mempunyai sebidang tanah, sanggupkah anda berikan secara percuma kepada orang yang tidak ada talian darah mahupun orang yang anda tidak kenali? Orang Melayu sudah serik dijajah, lebih daripada 400 tahun. Sudah tentu agak sukar untuk menerima perubahan seperti ini.
Pernahkah anda lihat di dalam suatu majlis yang berpestij ,kerusi untuk VIP dipersilakan untuk orang yang 'bukan VIP'? Sudah tentu awal-awal lagi orang tersebut diminta mengosongkan kerusi tersebut. Namun, tidaklah dihalau meninggalkan majlis. Mungkin, orang yang 'bukan VIP' itu diminta untuk duduk di tempat lain. Begitu lah analoginya buat sesiapa yang masih kurang faham tentang apa yang saya cuba sampaikan.
Mungkinkah akibat terlalu banyak keistimewaan yang diberikan, orang Melayu lupa diri, lupa daratan?
Renung-renungkan...
3 comments:
itulah. jgn emosi sgt.
syarikat2 kaya raya di msia ni milik bukan bumi putera jugak.
kalau durang mo demo2 cam tu,
nt syarikat2 kaya raya tu boikot graduan uitm plak,
sapa yg susah?
hoho
tak yah la nak over react kan =D
itulah. jgn emosi sgt.
syarikat2 kaya raya di msia ni milik bukan bumi putera jugak.
kalau durang mo demo2 cam tu,
nt syarikat2 kaya raya tu boikot graduan uitm plak,
sapa yg susah?
hoho
tak yah la nak over react kan =D
p/s - gi blog aku wei, komen =P
Actually, dah ada ura2 mengatakan majikan2 syarikat2 di M'sia berhasrat untuk memboikot graduan2 UiTM..
Keja gomen la jwbnya...
Post a Comment