Tuesday, May 19, 2009

"Mamak, kasi saya rokok tak ada gambar"

Sudah terlalu lama jari-jemari ini tidak menekan papan kekunci komputer riba Compaq ku ini. Terasa kekok kerana sudah lebih dari sepurnama aku tidak memuntahkn buah fikiranku di dalam blog ini. Maklumkah, dek kesibukan menimba ilmu telah sedikit sebanyak membataskan waktu untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini. Cewah.Berbunga-bunga gitu

Berbalik kepada posting sebelum ni mengenai kotak rokok yang 'dihias' dengan gambar yang cukup menginsafkan. Sebenarnya aku ingatkan gambar tu memang dicetak oleh syarikat berkenaan untuk menyedarkan masyarakat. Rupanya itu merupakan syarat yang dikenakan kepada syarikat pengeluar rokok untuk produk mereka mendapat tempat di pasaran. Baru aku tahu.

Lucunya, pada suatu hari, ketika aku ke sebuh kedai runcit di Seksyen 2 Shah Alam, tiba-tiba pendengaranku tertumpu kepada seorang lelaki yang hendak membeli rokok di kaunter.

"Mamak,mamak. Kasi saya rokok tak ada gambar"

Gambar yang dimaksudkan adalah gambar seperti tertera dalam posting sebelum ini, yang mengandungi gambar kesan merokok.

Lucu kan?ketawa la...hahahahahahahaha....

LOL!!!

1 comment:

ruffey said...

hahah.

mereka sedar, cuma susah nak brenti je.

hehe

kalau tgk gambar2 kat textbook medicine, lg la dahsyat.

byk je pun calon2 doktor yg merokok,
mereka lg tau, tp tetap susa nak brenti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...