Saturday, October 25, 2008

Datuk Shah Rukh Khan

1. Isu ini merupakan antara isu terhangat yang sering diperkatakan kebelakangan ini. Tidak boleh dinafikan, pengurniaan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan agak kurang sesuai. Lebih ramai lagi yang layak dikurniakan gelaran tersebut di Malaysia ini.

2. Tidak ketinggalan para karyawan Malaysia melahirkan rasa tidak puas hati. Mungkin kerana cemburu kerana mereka tidak mendapat gelaran tersebut.

3. Namun, dari pengamatan saya, pemberian darjah yang membawa gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah wajar.

4. Kewajaran tersebut datang daripada keghairahan kerajaan negeri Melaka untuk merancakkan industri pelancongan di Melaka. Kurniaan tersebut merupakan salah satu taktik ataupun strategi untuk menarik tumpuan pelancong ke Melaka.

5. Pastinya akan ada liputan mengenai penerimaan darjah kebesaran itu di India kerana Shah Rukh Khan merupakan pelakon paling terkenal bukan sahaja di India, malah dunia.

6. Secara tidak langsung, ini akan memperkenalkan Melaka kepada dunia. Bukan sahaja Melaka, malah Malaysia. Sebelum ini pun, ada beberapa buah filem Shah Rukh Khan yang di lakonkan di Malaysia. Filem ini secara tidak langsung merupakan promosi yang berguna kepada Malaysia.

7. Sememangnya terdapat pro dan kontra. Namun, bak kata pepatah,(ntah pepatah atau apa ni) " Buang yang keruh, ambil yang jernih"..hahahaha..apa daa...

8. Ringkasnya, LU PIKIRLA SENDIRI!!!

Hehehe...No offence k?

2 comments:

Anonymous said...

this time sa kurang stuju sma ko Pullah...

sa antara yg bangkang pengurniaan tu...

sa ada point sa tp sa nda buat specific entry utk isu ni... erm... ko baca last paragraph utk post sa yg btjk "i posted this 10min b4 my anal chem lab session"

epul said...

Hehehe...Because I only can see the positive side of giving away the title to Shah Rukh Khan.

It's obviously so stupid to give the foreigner the award but as for me, the award is nothing. It's just a title that valid in Malaysia. Even Shah Rukh Khan will never appreciate it as the local people do.

But, I don't care cause the title itself is meaningless for me. I just care about the allowance that I will get through the title...hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...