Saturday, October 30, 2010

Kurangkan penggunaan beg plastik

Sekarang ni aku semakin poyo. Bila mana nak beli barang kat pasaraya atau kedai runcit mamak dekat rumah aku, aku mesti akan bawak benda ni.


Tadaaa... Aku punya jenama milo


Time tu pukul 2.30 pagi, aku pun pergi la kedai runcit mamak 24 jam Puncak Alam untuk membeli roti gardenia dan ubat sakit kerongkong dan 1 tin sardin. Sewaktu membayar, aku pun menghulurkan beg recycle jenama milo aku. Aney (maksudnya "abang" dalam bahasa tamil) itu tersenyum seraya menunjukkan isyarat jari (bukan jari tengah ye, ibu jari). Aku pun turut tersenyum bangga, hidung ni pun kembang kempis. hehehe. (astaghfirullahalazim...riak)

Sebenarnya kesedaran alam ni timbul setelah menonton "Desperate Housewives Season 7 Episode 2". Dan untuk pengetahuan semua, kerajaan Negeri Selangor turut melancarkan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" sejak awal tahun 2010 yang lalu yang mana tiada beg plastik digunakan pada hari Sabtu. Ini melibatkan pasaraya dan kedai2 terkemuka yang ada di Selangor.

Tapi aku tengok tak lah berkesan mana kempen ni sebab orang still nak guna beg plastik, sebab pasaraya yang terlibat masih membenarkan penggunaan beg plastik. Pengguna tidak kisah sekiranya terpaksa membayar 20 sen untuk sekeping beg plastik.

So, bagi aku kesedaran pengguna tu la yang paling penting. Kepada pembacaku sekalian (ada ke? huhuhu) gunalah beg kitar semula. Kita kurangkanlah penggunaan beg plastik untuk kebaikan generasi akan datang...OK?



ARGGGGHHHH!!!!! (Tensyen exam...)

Monday, October 25, 2010

Yeah. Lesen L B2 & D dah dapat...


Yeah...Lesen L kereta + sikal. Hensem tak gambar rajah ni? hehehe


Berkesinambungan mengenai post yang lepas, maka dengan ini saya mengisytiharkan saya dah dapat lesen L motor + keta. Sungguh teruja bila 1st time pegang lesen ni. Macam pegang baby sendiri rasanya. Jumpa je kawan kat mana-mana, mesti aku akan tunjuk lesen kesayangan aku ni dengan hidung kembang kempis. Macam sewel je kan?

Tapi...yang memalukannya, aku still tak reti bawak motosikal sampai sekarang....huhuhu

Sunday, October 24, 2010

Kedai runcit Cina vs kedai runcit Melayu

(Catitan berdasarkan pemerhatian empirik dan pengalaman penulis semata2)

Kalau diberi pilihan antara kedai runcit Cina dengan kedai runcit Melayu, aku prefer pergi kedai runcit Cina. Bukannya racist, tapi terdapat sebab kenapa aku tak prefer kedai yang dikendalikan atau dimiliki oleh orang Melayu.

“Ada 20 sen tak?”, “Ada syiling tak?”. Pernah tak anda dengar perkataan ni keluar dari mulut mana2 cashier? Yes dan semestinya dari kedai orang Melayu. Aku pulak terkial2 terpaksa mengorek poket dompet yang sempit ni mencarik syiling. “Pemalas betul. Dush dush dush” bisik hatiku.

Kenapa perlu mintak syiling? Kedai runcit tu miskin sangat ke sampai tak cukup duit syiling? Semuanya sebab MALAS mengira, MALAS tukar duit syiling. Apa salahnya, tukarla syiling banyak2 siang2, xrugi pun kan?

Berdasarkan pengalaman korang la kan, ada tak kedai runcit Cina macam tu? Cuba anda curik2 tengok kat laci cashier kedai Cina tu, berapa banyak syiling dorang ada, then compare dgn kedai Melayu.

Tu saja sebab kenapa aku tak suka pergi kedai runcit Melayu. Hahahaha

Saturday, October 23, 2010

Angan-angan sebagai CHEF

Sebenarnya suatu ketika dahulu, time apply nak masuk U, 1st choice aku ialah Seni Kulinari. Impian untuk menjadi chef berkobar2 setelah aku berjaya membuat sebuah kek cheese yang sedap (dan senang untuk di buat). Tapi, nak buat macam mana, bukan rezeki katanya...

Inspirasi daripada blog chef Azli Razali, maka aku pun nak jugak la post benda2 yang aku dah pernah masak. Ni semua aku masak kat rumah sewa, kiranya baru2 lagi la...Hehehe


Spaghetti rojak (sebab aku xtau ni spaghetti apa...Huhuhu)


Oat + susu manis + prune + kismis + almond + coklet keping cadbury = Breakfast


Ni masakan paling spontan aku pernah buat. Ayam goreng oat (eh ayam pandai goreng oat??)


Tadaa!!! Banyak lagi sebenarnya tapi malas nak ambil gambar. Rasa2 boleh jadi chef x macam ni? hehehe

Sunday, October 10, 2010

Orang Amerika dan American idol

Korang pernah tengok American Idol tak? Haritu aku ada la tengok American Idol di channel 8TV. Bosan time tu duk rumah sorang. So tengok2 la peserta2 yang datang untuk audition. macam2 ragam ada.

Selalu kalau korang tengok, kebanyakan dorang tu bila bercakap confident gila, kekadang tu ada yang pakai memang dah cukup pekej jadi artis. Tapi bila dah start menyanyi, hancuss. Pas kena reject, xboleh blah, siap marah2 pengadil. Padahal suara buruk gila...

Kenapa dorang macam tu ek? sebab selalu makan McD ke? hehehe. Dorang tu bengap ke sampai xsedar diri n perasan bagus? Tapi kalau kat Mesia lak, terunderconfident pulak kan...


Orang Amerika sangat berkeyakinan tinggi. "Ukurlah sendiri" (photo taken from rickey.org)

Thursday, October 7, 2010

Merokok, cara untuk bersosial?

I'm very bad at socializing with other people, especially MEN.

I find that it is extremely hard to get along with extremely typical straight men. Let me define what is "extremely typical straight men" for you, which you can't find it in Wikipedia. It can be defined as lelaki2 yang jantan habis with a typical classic straight man's habit such as smoking, enjoy watching and playing football; football fan to be exact (oh hell they really crazy about Chelsea MU Liverpool Arsenal thingy), like to tease beautiful sexy hot woman that cross by, like to be in group rather than alone (and kinda like to make noise too) and so forth.

Now, I don't wanna question about other qualities of a typical straight man which obviously I don't have 'em. I just wanna touch about how smoking can actually become an effective way of socializing.

Haisy susah betul nak spiking ni. Ok korang perasan tak time lepak kat kedai mamak, apa yang korang perasan? Banyak bulu? Bulu lebat? No, bukan tu saya maksudkan. Korang akan perasan ramai lelaki suka lepak di kedai mamak. Betul tak? well korang perasan apa dorang buat?

Satu of course la dorang makan kan, kalau tak makan pun paling2 minum. And if all of you notice, paling kurang mesti ada salah seorang tu merokok, bukan seorang selalunya, mesti ramai la dalam kelompok tu, mesti ada yang merokok.

Now, my theory is, merokok adalah cara untuk bersosial (Ok saintis sosial, boleh buat research proposal untuk buktikan my stupid theory ni) Sebabnya? kalau anda perasan, orang yang merokok tu mesti have something in common with other smokers. Minat bola, minat sama hot chicks sahaja padahal tengok muka dorang, tu nenek kebayan pun pengsan. Dengan rokok ni la para jantan sejati boleh bersosial.

"Bro, ada lighter tak?" selalu mesti ada orang yang tak dikenali approach anda dengan meminta lighter. Kalau anda perokok, mesti anda ada lighter kan? Ok then bagi la pinjam lighter. Pastu merokok la dia dgn anda sekali. Time merokok tu la dari strangers, terus boleh bersembang2 panjang, then terus boleh bertukar jadi geng.


Memula mintak lighter, lama2 jadi geng. (Photo taken from here)

Then ada certain orang tu, disebabkan sangat kaya or sangat bodoh , selalu sponsor orang rokok. Dari sini la, orang yang selalu supply rokok ni dikenali dan disenangi ramai (dan ditinggalkan bila dia kering). Bayangkan, Setiap hari sponsor 3 batang rokok. Sebulan dah 90 batang (4 kotak setengah). Patut lah kawan2 suka berkawan dengan dengan dia kan? Nah, dari sini lah rokok tu berfungsi untuk merancakkan aktiviti sosial antara rakan.

Di tempat kerja mahupun di IPT, mesti ada suatu masa dimana kebanyakan lelaki akan keluar untuk berehat. Bagi perokok yang sihat, mereka akan kerap keluar walaupun bukan waktu rehat. Biasanya, mesti keluar secara berjemaah. Pergi tandas. Time ni la mereka bersosial di mana masing2 akan berborak kosong. Can you see how it works?


Not only effective among men, but also with women. (Courtesy of Huffingtonpost.com)

Perokok juga ada persamaan iaitu mereka merokok. So maybe ada masa bila mereka berkumpul, mereka akan membincangkan isu2 semasa berkenaan rokok seperti harga rokok naik jadi RM 10 sekarang. Selain tu, mereka juga mungkin menyuarakan rasa tak puas hati sebab kerajaan letak gambar hodoh depan kotak rokok, rokok mana sedap, berapa batang sehari, bila start merokok, bini duk komplen, 'barang' xleh naik, dada sakit, kawan mati kena sakit jantung dan kanser paru2 and so on. Wow, it seems that plenty of stories that they can share.


Isu2 yang mungkin boleh dibincangkan sewaktu merokok (Curik gambar ni dari Momoque's)

So cane ni, aku kena merokok untuk bersosial ke? huhuhu susah la, seriously. Aku rasa macam ada satu gap antara aku dengan orang yang merokok. Okay perokok biasanya adalah peminat bola sepak dan tak semestinya peminat bola sepak adalah perokok. Biasanya kalau certain non-smokers tu boleh get along very well with smokers, they must be somehow like football. true or not? Tapi aku tak minat bola, so technically speaking, I have no point to socialize with smokers cause we don't have anything in common.

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu....... (T_T) I really need male companions...By mean, extremely straight male companions.


Perghh, stylo dowh... (Gambar ambek dari republicreport.com)


Kau ade??? (Courtesy of Aduka5)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...