Thursday, July 10, 2008

Dua Dunia...

Salam pertemuan...

Aku sebenarnya buntu idea untuk mengarang. Maklumlah, sudah lama meninggalkan arena penulisan. Namun, aku ingin kongsikan kisah dua dunia yang mungkin menarik bagi anda dan mungkin juga tidak.

Untuk pengetahuan kalian, di dalam kumpulan kami iaitu yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan ini,cuma ada 1 dozen. Apa yang menariknya, dalam kalangan 12 orang ini, ada seorang pelajar antarabangsa yang berasal dari Iran.

"My name is Nahid and I'm from Iran" Begitulah butir bicaranya apabila diminta memperkenalkan diri. Selang beberapa hari selepas sesi ta'aruf, aku memberanikan diri mendekati wanita yang aku kira dalam lingkungan 30-an

"How are you?" Aku memulakan bicara. Mula-mula, takut juga sebab aku bukanlah pandai sangat bahasa omputih ni.

Wanita itu menguntum senyuman manis dan menjawab sapaanku dengan penuh sopan. Kami pun berbual-bual, agak rancak juga walaupun kekok pada mulanya. Aku bertanya menenai pelbagai perkara; mengapa memilih Malaysia sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian, mengapa tidak Iran dan mengenai perbezaan budaya antara negara Iran dan Malaysia.

Aku terkejut apabila Nahid menjawab
" In Iran, we have to wear hijab and it's a must! It is the country's rule. You'll be punished for not wearing it. It's country's rule, not religion"

Maka, tidak hairanlah ramai wanita Iran yang bertandang ke Malaysia, sudah tidak ada tudung yang menutupi kepalanya mahupun mengenakan jubah hitam yang bagiku kelihatan anggun dan bergaya.

Dia menyifatkan pemakaian hijab dan jubah itu sebagai suatu paksaan yang mengongkong yang mana bukan datang daripada Agama, tetapi daripada negara itu sendiri.

Hm...No komen...Mungkin kerana fahaman yang berbeza (Syi'ah), maka dia berpendapat sedemikian.

Di UiTM. majoritinya beragama Islam. Agak segan rasanya untuk melakukan kejahatan di sini kerana majoritinya patuh dan tunduk pada suruhan Agama.Sebelum ini, aku terlupa seketika nilai-nilai dalam Islam..Insafnya diri ini...huhuhu...(panas...panas...)

Kepada yang belum insaf tu, sama-sama lah kita menginsafkan diri ya...hehehe...

p/s - Bahasa pertuturan masyarakat Iran bukanlah Bahasa Arab, tetapi Bahasa Parsi

1 comment:

Anonymous said...

Hmmm....letak chat kat blog ko ni. Lepas tu panggil ramai lagi orang datang tengok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...