Friday, July 18, 2008

Kisah si pemandu GILA...

Suatu perkara yang paling aku tidak suka adalah mengenai orang yang suka melanggar peraturan lampu isyarat. Tidak hairanlah kadar kemalangan di Malaysia tidak pernah surut-surut.

Nak dijadikan cerita, tadi, sewaktu hendak pergi ke Pusat Islam UiTM untuk menunaikan solat Jumaat, aku melintas lah jalan. Tapi, aku tekan lah siap-siap button untuk melintas jalan (di labuan xda, kan 'kekamps'...) demi keselamatan. Cewah...

"HIJAU"

Jadi, aku pun melintas tanpa menoleh kiri dan kanan. Tiba-tiba, satu kereta Produa Viva membrek mengejut, betul-betul berada dihadapanku, kurang dari 0.5 meter. Terkejut? Ketika itu, perasaan ku tidak terkata, terkesima, terkejut, tungkal dan tekinjat (dialek Brunei) bukan kepalang. Nyaris-nyaris aku accident. Huh...

Pemandu kereta buatan Malaysia itu merupakan seorang wanita, berambut lurus rebonding, student UiTM rasanya. Aku pun dengan geramnya memberi isyarat kepada wanita itu, menyatakan yang dia tidak mematuhi lampu isyarat. Dengan tak malunya, wanita itu menunjukkan muka marah. Uish, mukanya yang cantik bertukar, macam singa kelaparan...DAHSYAT!!!Macam orang gila meroyan pun ada...

Beginilah lumrah manusia, sukar untuk mengaku kesalahan diri sendiri. Sendiri mau ingat la...Aku betul-betul geram ni.Grrr...

Kepada pemandu-pemandu di luar sana, berhati-hati di jalan raya.

Peace!!! (^^,)/

2 comments:

rezz said...

uih..sandi jua bini2 atu.. inda bemata kali..hehe

Syurga said...

Apakan ni Shin Chan!!! Hahaha. Eeiiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...