Friday, May 22, 2009

Farah Fauzana BERTUDUNG?

Ni ala-ala tajuk majalah Mangga gitu.. Tajuk-tajuk sebegini pastinya akan menjadi bahan tatapan utama anda di dalam blog aku selepas ini. Malas rasanya memberatkan kepala dengan bahan ilmiah mahupun pandangan dan buah pemikiran ku yang berat-berat belaka.

Sememangnya aku agak terlewat menyedari hal ini iaitu Farah Fauzana bertudung. Then, mesti ada yang cakap "Hm...Bagusla macam tu" Hm...Anyway, kunjungan ku ke Kelantan kali ini telah membawa aku kepada satu penemuan yang unik di mana aku telah menemui dan menyedari bahawa gambar-gambar papan iklan di Kelantan memaparkan model wanitnya bertudung.

Ni la gambar yang berjaya ditangkap sewaktu penulis berada di Rantau Panjang (Berdekatan sempadan Thailand) iaitu gambar iklan Nescafe yang modelnya adalah Farah Fauzana yang bertudung.

No issue here. Just a post...He he he...

1 comment:

ruffey said...

menarek =D

mudah dicernakan otak aku yg sedang serabut skrgg.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...