Saturday, May 15, 2010

Kutuk orang, kau hebat ke?

Tadi baru saja menyaksikan siaran langsung perlawanan badminton Piala Thomas antara Malaysia-China di TGI Friday The Curve. Tengok Dato' Lee Chong Wei berentap dgn Lin Dan. Sambil menyuap cebisan demi cebisan Rib Eye steak ke mulut, sambil itu aku bersorak. Bukan sebab gembira tapi geram sebab Malaysia kalah dalam perlawanan tu. China menang mudah 3-0...Huhuhu. Walaupun xminat sukan langsung, tapi debaran memang terasa ketika menyaksikan perlawanan badminton tadi.

Dalam kekalahan Malaysia, ada saja mulut sumbang yang memaki "Eleh, xpandai main la Lee Chong Wei ni. Dah bagi Dato' pun xmenang jugak. Kata No. 1 dunia". Apa-apa kekalahan dalam apa jua sukan pun, begitu lah komen yang biasa kita dengar.

Mau saja aku cakap ke muka mereka-mereka ni "Kalau kau yang main, boleh menang ke???"

Apa-apa pun, sungguh sedap steak di TGI Friday ni. Portion pun besar, sangat kenyang sebab aku makan full course, dari appetizer sampai la dessert mini...Uh, naik la 5 kg lepas ni. Huhuhu

Wednesday, May 5, 2010

VIDEO SEX REMAJA 18 TAHUN

ANDA BOSAN? INGINKAN KEPUASAN?
INGIN MELIHAT VIDEO SEX REMAJA 18 TAHUN? SILA KLIK DI SINI

Tak dapat klik link di atas? Sila klik pada link ini



















Tak dapat jugak? Oh tu sebabnya anda kena tipu!!!


Hahaha lol


Tu la gila seks...Suka lah tu...


Sebenarnya saja nak lepaskan tensyen, baru habis paper kedua terakhir. One more to go this Saturday. Wish me luck!!

(^^,)/ Peace (^^,)/

Tuesday, May 4, 2010

Kes budak 15 tahun mati di tembak polis

Huh aku baru tahu cerita ni. Alahai nampak sangat jarang membaca akhbar. Pertamanya, takziah buat keluarga arwah. semoga roh budak itu dicucuri rahmatNya.

Saya tidak layak memberikan komen panjang berjela kerana hakikatnya saya tidak berada di tempat kejadian, saya tidak tahu pun mana satu cerita benar, dan mana satu salah.

Namun ada satu perkara yang saya rasa kita semua patut ambil iktibar.

KAWAL ANAK KITA, DIDIK MEREKA SEBAIK-BAIKNYA

Ya, itulah pengajaran yang kita patut ambil. Saya ingin bertanya kepada anda semua (cewah macam motivator pulak), mana lebih banyak; Kanak-kanak memandu tanpa lesen atau kanak-kanak ditembak mati polis? nah of course lah kes kanak-kanak memandu tanpa lesen lebih banyak kan? Maka perkara itu yang kita harus cegah.

(Tidak merujuk kepada keluarga mangsa) Pelik dan hairan ada segelintir ibu bapa membenarkan anak-anak mereka memandu kereta atau membonceng motosikal walhal belum memiliki lesen. Lagi teruk, seperti post saya sebelum ni, ada ibu bapa yang tidak hiraukan keselamatan anak-anak mereka semasa membonceng motosikal atau membawa kereta.

When I was young (actually till now) I'm never allowed to ride a motorcycle, or drive a car. NEVER! Even baru start enjin pun my mum dah menjerit dari jauh.

Kalau anak degil dan tidak mendengar kata, sembunyikanlah kunci tersebut sebaik-baiknya. Saya ingin bertanya kepada ibu bapa di luar sana, adakah anda berbuat demikian? Atau pada hemat anda anak anda baik2 belaka? Adakah anda menyemak dalam telefon bimbit mereka ada video apa dalam tu? Dalam almari mereka apa yang mereka sembunyikan?

Anak-anak masih mentah. Tidak tahu berfikir dengan baik sebab tu lah ibu bapa yang perlu kawal anak sebaik-baiknya. Undang-undang? Mana mereka tahu. Saya yang sudah dewasa pun tidak arif.

Memanglah kita tidak boleh kawal anak kita 24 jam tapi fikir sejenak, apa yang telah anda lakukan untuk mendidik anak? Anda memberi contoh yang baik buat anak-anak anda?


* mati aku lepas ni mesti ada komen kata "kau ingat kau baik sangat?" hahaha apa2 aje lah.

Monday, May 3, 2010

Yeah...Addicted to blogging


Anyway, it's hard to gain high number of followers unless you have interesting stories to share which makes people laugh or even touched, and nobody wants to read about your personal life unless it is interesting or you are a beautiful hot young woman or a handsome young man which make all girls hysteria...

Surprisingly, my followers reach 30 today. There are some who I know and some I don't. For some reasons, I feel that blogging is quite interesting and fun. So thanks to my 30th follower, I'll keep on posting interesting entries next time...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...