Friday, September 24, 2010

Xda jawatan = Malas

Semester ni adalah semester yang aku rasa aku paling malas. Walaupun kurang satu tahun lagi nak habis belajar (degree) tapi perasaan malas tu makin menebal.

Assignment jarang buat, kalau buat pun hantar lewat. Grouping assignment lagi lah habis terbengkalai. Kalau xda orang push memang xjalan. Huhuhu

Suatu malam yang sunyi, aku pun berfikir lah n muhasabah diri," Kenapa aku malas sangat ni?".

Tetiba ada lampu mentol atas kepala.

TING!

Baru gue sadar, semester ni aku langsung xpegang apa2 jawatan, sebab biasa sebelum ni aku mesti akan jadi class rep. (Wakil kelas) untuk sekurang2nya 4 subject. But now, since I have no position at all, I become lazy and unproductive. Bila kita ada pegang sesuatu jawatan, kita akan lebih cergas, selalu bergerak dan terpaksa melupakan untuk bermalas2 kerana kita ada tanggungjawab yang harus dipikul.

Macam mana ni? exam nak dekat...Waaa (T_T)

Monday, September 6, 2010

Homesick

Ceh, esok dah nak balik kampung, tapi baru hari ni homesick. Bukan apa, sebab housemate semua dah balik kampung, tinggal sorang je kat rumah. Sunyi .Xdapat bayangkan mereka2 yang hidup sebatang kera sampai ke tua, mesti bosan gila babeng...

Dalam kehomesickan ni, terfikir pulak keadaan parents kat kampung, sihat ke tidak? Dah makan atau belum? Untuk pengetahuan semua, parents aku tinggal berdua saja di rumah (Labuan), Kakak paling sulung kat KL, kak ngah kat Sandakan n abang pun kat KL.

Dulu bila 1st time datang KL, wah, rasa xnak balik kampung dah, macam nak stay terus n kerja di KL nih. seriously memang nak terus menetap di KL after graduate.

Apa la ada sangat di Labuan tu, just pantai yang bersih. Shoping kompelek? Hai apa la sangat dibandingkan dengan Mid Valley, Berjaya Times Square..Nak tengok wayang pun xda. Clubbing je lah yang menarik kat Labuan tu. Harga barang pun mahal, harapkan coklet kereta dan rokok je murah. Cuaca pulak panas giler...

Bila terasa sunyi ni, baru terpikir balik, kesian mak bapak kita kesunyian di kampung, anak2 kadang2 je datang menjenguk, maybe time raya je lah datang, tu pun kalau dapat cuti. Lagi teruk yang tinggal seberang laut nih, mana nak mengorek duit lagi2 tiket flight sangat mahal dekat2 musim perayaan ni.

So, aku pun fikirla, xpayah lah nak kerja jauh2 sangat. Kalau boleh biarlah dekat dengan parents. Bukan anak mak, tapi terima lah hakikat, bila lagi anda nak meluangkan masa bersama mak ayah, membalas jasa mereka? My dad is 65 years old and my mum is 58 so I don't think that I have much time left to be spent with them.

So kepada anda di luar sana, balik lah kampung di hari raya ni. Ingat lah orang yang tersayang, anda mampu mengubahnya, cewah

Saya sangat suka satu iklan Chinese New Year ni (walaupun sekarang hari raya) tapi anda tontonlah sendiri, pasti anda tersentuh.


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dah jangan baca belog ni lagi, pergi balik kampung tolong mak abah kemas rumah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...