Baru-baru ni aku bersembang kosong dengan beberapa orang rakan sekelas, semua perempuan. Sembang punya sembang, aku pun bercerita lah mengenai perkara baru yang aku belajar iaitu bermain bola sepak. Lantas seorang demi seorang mencelah, seolah-olah membuka segala isi yang terbuku dalam dada
"Sepul ni x cukup lelaki lah...Main bola pun xpandai. Naik motor pun xreti. Dahlah cerewet tak macam lelaki lain, malam mesti nak kene minum susu. Nak beli barang nak pilih berjam-jam." (rumusan daripada komen mereka semua)
"Xcukup lelaki? Aku ni bapok ke? huhuhu" Tersentap seketika, namun tidaklah sampai terasa hati.
"Eh tak, cuma kau ni tak cukup nakal sebagai seorang lelaki. Kau baik, tapi tak lah baik sangat. Cuma tak ada kenakalan seorang lelaki. Pendek kata, skema lah" jawab mereka.
So aku berfikir sejenak, betul jugak apa yang mereka katakan. Mungkin ini sebab-sebabnya:
- Ketika kecil, aku tidak dibenarkan bermain di luar kerana kawasan sekitar kediaman aku didiami oleh pendatang asing. Mama aku risau kalau-kalau aku terikut-ikut dengan perangai anak-anak pendatang asing ini yang nakal dan suka mencuri megi di kedai runcit mak aku. So in terms of adventurous life, I don't have much to say.
- Ibu mengajar aku untuk sentiasa kemas dan teratur. Begitu juga dengan babah. Katil mesti sentiasa kemas, baju dalam almari tidak boleh disepahkan. Kalau tidak, free2 dapat ceramah 3 jam.
- Aku ada nama untuk dijaga iaitu ayah aku. Beliau merupakan seorang guru di sekolah ku dan juga dikenali ramai di Labuan. Maka aku mestilah berkelakuan baik untuk menjaga nama baik beliau.
- Dalam soal mematuhi peraturan, ask my parents. They're expert cause bila mana aku naik kereta, pasti akan diingatkan untuk pakai tali pinggang keledar (Sampai sekarang). So when I tumpang my friend's car, I'll always put my seat belt even though I'm at the back seat. Aku pernah try bawa kereta beberapa kali di rumah (curi2) tapi baru start enjin, sudah kedengaran jeritan dari dapur "Heii..!!!!!!!"
- Aku tinggal di asrama dari Form 1 (13 tahun) sampai sekarang (22 tahaun...What?Almost 9 years). So I was trained to be a damn skema person.
- I don't like to be scolded, especially in front others. So to avoid that, I'll always try not to break any rules in school such as 'fly' dari asrama, escape sekolah. If once scolded, kecut perut...Huhuhu. (Sometimes I could cry)
- Aku anak manja sebab aku anak bongsu. Aku masih tidur dengan mama sampai umur 13 tahun...Huahuhahua.Time kecil dulu sikit2 mama, sikit2 mama. Sikit2 nangis. Hehehe.
Aku memang begini, tidak suka main bola sebab kawan aku time form 2 dulu kedekut bola (Nama dia Along).
Aku tidak pandai naik motorsikal sebab ibu bapa aku mahu aku ambil lesen dulu baru boleh naik motorsikal, which is good for me I guess. So I'm not allowed to ride them. Same goes to car.
Aku cerewet beli barang macam perempuan sebab aku sudah terbiasa. Selalu bila temankan mama beli tudung, mesti mama cerewet, terutamanya soal harga. Tawar menawar tu sudah menjadi sebati dalam diri. Lepas tu mesti mau pilih yang murah.
Lagi, aku mesti minum susu malam sebab susu boleh menyenyakkan tidur (Sila baca buku teks PJK form 4), which showing that I concern about my health. Aku menari bukan sebab aku bapok, tapi itulah pengganti aku sebab kaki bangku, menari boleh menyebabkan perpeluhan dan menyihatkan badan.
Aku tidak suka barang bersepah, rumah kotor dan barang aku serabut sebab aku akan rimas dan otak aku berserabut kalau tengok barang xkemas. Adakah anda selesa kalau rumah anda bersepah?huhuhu
So, salahkah aku untuk skema dan tidak menjadi nakal seperti lelaki lain? Perlukah aku nakal untuk digelar lelaki sejati? Tidak normalkah aku kerana tidak pandai bermain bola sepak? Huhuhu...Buntu aku memikirkannya.