Baru Jumaat malam lepas, aku bertandang ke KFC seksyen 2 Shah Alam untuk menikmati Supper. Waktu itu, dalam jam 11 malam. Biasalah, baru sahaja tamat kelas malam.
Ketika aku dan beberapa rakan yang lain beratur menunggu giliran di kaunter, aku didatangi oleh sa-orang kanak-kanak, ku kira usianya dalam 10 tahun.
"Bang, nk mintak duit. Mak saya patah tangan." Dengan wajah yang sayu dan pilu, sambil menadah tangannya ke arah ku.
"Adik, adik dari mana ni?" Aku bertanya dengan sopan.
"Dari Vietnam. Saya lari ke sini" Jawabnya.
"Adik ni datang dengan siapa? Siapa bawak adik ke sini?" Aku mengasaknya dengan pertanyaan. Kanak-kanak tersebut hanya mampu diam membisu. Namun, wajah sedih dan meraih simpati sebentar tadi masih ditunjukkan.
"Adik, siapa bawak adik ke mari? Adik tinggal kat mana? Mari abang panggil polis bawak adik" Aku sudah naik angin, namun tetap cool memandangkan ada kawan perempuan, kena la kontrol macho...hehehe
"AAAAAH!!!" Muka kanak-kanak tersebut yang tadinya penuh dengan kesedihan bertukar menjadi marah. Kanak-kanak tersebut menarik muka masam lalu beredar ke tempat lain.
Cerita belum tamat...
Ketika kami sedang enak menjamu Snack Plate (Original recipe...my favourite), kami didatangi lagi oleh seorang kanak-kanak perempuan, mungkin bersahabat baik dengan yang tadi, lalu melakukan perkara yang sama (Menghulurkan tangan ke arah kami sambil membuat mimik muka yang menimbulkan rasa simpati yang menggunung dalam jiwa dan raga)
Rakan aku segera mencapai sebungkus Milo snack bar miliknya lalu dihulurkan kepada budak tersebut.
Namun, dia menolak dan membuat aksi yang sama yakni menarik muka masam.
"HEI!!!" Aku menyergahnya, dia terus meninggalkan kami mencari insan-insan yang lain yang sudi menghulurkan bantuan.
"Huh,hilang macho..."
*Hati-hati. Kebanyakan daripada mereka didalangi oleh sindiket. Kasihan kanak-kanak ini. Mereka menjadi mangsa kepada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
4 comments:
ish ish ish orang zaman sekarang x suka budak2...
Aaaaah...
hurm~ kdg2 mmg kesian~ bila mcm ni jd serba salah nak bg huhu dlu my dad use to blanja da boy makan2 so0o0 then the sindiket won't get the money but the kid will end up with full stomach heee :)
Tu lah...Masalahnya ktorang memang bagi makanan, but they refuse...Tu yang geram tu.
Post a Comment