Monday, September 19, 2011

Graduan Menganggur...Alahai...

Fenomena kebanjiran graduan yang bekerja sebagai penanam anggur yang berjaya bukan perkara yang baru kita dengar. Memang masalah ini telah menghantui negara sejak bertambahnya graduan dari institusi-institusi pengajian awam. Tambah buruk lagi bila tumbuhnya institusi-institusi swasta bak cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan graduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan ibarat perperangan yang tiada berkesudahan...

Baru-baru ini, ada orang post dalam Facebook, menyatakan bahawa kebanjiran graduan yang menanam anggur (menganggur) ini adalah disebabkan graduan terlalu memilih kerja dan kebanyakannya demand gaji yang tinggi...Lebih menyedihkan dari sudut kompetensi graduan itu sendiri yang dikatakan tidak kompetitif dan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.

Saya tidak menafikan keadaan yang berlaku. Adalah tidak dapat disangkal lagi sememangnya kebanyakan graduan universiti berkehendakkan gaji yang setaraf dengan kelulusan yang dimiliki. Kalau gaji setaraf dengan mereka yang berkelulusan SPM, lebih baik selepas SPM terus bekerja dan tidak perlu lah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...Betul tak?

Maka graduan ini lebih rela menganggur daripada bekerja sebagai kuli dan dibayar gaji yang rendah. Sebab itulah ramai yang menganggur selepas beberapa tahun menamatkan pengajian...

Dari segi penguasaan Bahasa Inggeris pun boleh dikatakan masih kurang mantap dan berdasarkan pengalaman di dalam kelas itu sendiri, ramai yang tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Kadang-kadang penggunaan "is" dengan "are" pun tidak betul.

Namun begitu, adalah tidak adil untuk meletakkan masalah ini di bahu graduan semata-mata. Perlu dilihat dari sudut yang lain iaitu dari perspektif majikan. Pernahkah anda melihat iklan-iklan pekerjaan yang ditampal di ruang iklaneka mahupun di dalam internet? Perasankah anda bahawa majoriti iklan peluang pekerjaan ini mengkehendaki calonnya memiliki pengalaman sekurang2nya 1 tahun/ 2 tahun/3 tahun, alah, yang penting bertahun-tahun lah...pernah tak?

Bagaimana fresh graduate hendak memiliki pengalaman sebegini sedangkan mereka baru sahaja tamat belajar, baru saja merangkak, belum pun ada pengalaman lagi...Kalau fresh graduate ni minta, sudah tentu permohonan mereka ditolak bulat-bulat disebabkan syarat yang tidak relevan dan boleh dianggap berat sebelah ini...

Hanya segelintir saja syarikat yang sanggup mengambil pekerja yang tiada pengalaman...Namun, kadangkala ada udang di sebalik batu. Sebenarnya syarikat tersebut hendak membayar pekerja yang bijak dan boleh buat kerja tapi dengan bayaran gaji yang rendah, atas alasan mereka masih fresh dan tiada pengalaman..BULLSHIT!

Maka tidak hairanlah ramai professional kita yang melarikan diri ke luar negara seperti Australia kerana gaji yang ditawarkan di Malaysia amatlah rendah (sektor awam mahupun sektor swasta, semua sama sahaja). Bukan setakat golongan professional, malah mereka yang berkelulusan tinggi yang bukan professional pun turut sama mencari rezeki di luar negara atas sebab tawaran gaji yang jauh lebih lumayan di luar negara.

Maka sesungguhnya, terlalu kejam untuk menghukum graduan dengan tuduhan bahawa graduan sekarang kebanyakannya tidak berkualiti dan terlalu demand dan choosy dalam memilih pekerjaan. Terimalah kenyataan bahawa majikan juga menyumbang kepada masalah pengangguran graduan ini.

Renung-renungkan...


P/S: Saya juga fresh graduate, namun sekadar Ijazah Sarjana Muda saja lah...Kini sudah mendapat pekerjaan di sebuah hotel. Namun, gaji bersih hanya kira-kira RM 6XX. Maka, dari sudut pandangan anda, adakah saya memilih peluang pekerjaan? Adakah majikan memberikan bayaran yang setimpal dengan kelulusan yang saya miliki? Dengan gaji sedemikia rupa ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi, adakah saya boleh bekerja dengan hati yang gembira? T_T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...