Saturday, July 31, 2010

Hutang oh hutang

Nak cerita sikit mengenai kawan aku ni. Dia punya duit pinjaman PTPTN tinggal RM 350 daripada asal RM 2750. Padahal belum sampai sebulan lagi.

Nak kata budak ni membazir, x la membazir sangat. Shopping pun xjugak aku tengok. Tapi kenapa duit dia berkurang sampai macam tu sekali?

Rupa2nya kakak dia pinjam, dalam RM 1250. Ishk3. Kakak dia tu kerja, gaji pun ok boleh tahan, tapi adakah patut pinjam duit dari adik yang masih belajar ni? pelik la aku. Dah tu xreti nak bayar balik. Aku kesian jugak tengok member aku ni, monyok je selalu sebab fikirkan masalah duit dia ni.

Pas tu dia terpaksa kerja tiap2 hujung minggu sebab nak tampung perbelanjaan dia. Mana nak bayar sewa rumah lagi, makan lagi.

Kawan aku ni bukan apa, dia tak sampai hati kang xbagi pinjam duit kang, anak2 kakak dia ni nanti kebulur xmakan pulak. So dia pun baik hati la bagi pinjam. Kakak dia janji nak bayar hari jumaat lepas, tapi sampai jumaat ni xbayar lagi. SMS tak reply, call tak angkat...

Apa nak jadi da...




(Sebenarnya kawan saya tu adalah saya sendri...Huhuhu)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...