Monday, September 19, 2011

Graduan Menganggur...Alahai...

Fenomena kebanjiran graduan yang bekerja sebagai penanam anggur yang berjaya bukan perkara yang baru kita dengar. Memang masalah ini telah menghantui negara sejak bertambahnya graduan dari institusi-institusi pengajian awam. Tambah buruk lagi bila tumbuhnya institusi-institusi swasta bak cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan graduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan ibarat perperangan yang tiada berkesudahan...

Baru-baru ini, ada orang post dalam Facebook, menyatakan bahawa kebanjiran graduan yang menanam anggur (menganggur) ini adalah disebabkan graduan terlalu memilih kerja dan kebanyakannya demand gaji yang tinggi...Lebih menyedihkan dari sudut kompetensi graduan itu sendiri yang dikatakan tidak kompetitif dan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.

Saya tidak menafikan keadaan yang berlaku. Adalah tidak dapat disangkal lagi sememangnya kebanyakan graduan universiti berkehendakkan gaji yang setaraf dengan kelulusan yang dimiliki. Kalau gaji setaraf dengan mereka yang berkelulusan SPM, lebih baik selepas SPM terus bekerja dan tidak perlu lah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...Betul tak?

Maka graduan ini lebih rela menganggur daripada bekerja sebagai kuli dan dibayar gaji yang rendah. Sebab itulah ramai yang menganggur selepas beberapa tahun menamatkan pengajian...

Dari segi penguasaan Bahasa Inggeris pun boleh dikatakan masih kurang mantap dan berdasarkan pengalaman di dalam kelas itu sendiri, ramai yang tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Kadang-kadang penggunaan "is" dengan "are" pun tidak betul.

Namun begitu, adalah tidak adil untuk meletakkan masalah ini di bahu graduan semata-mata. Perlu dilihat dari sudut yang lain iaitu dari perspektif majikan. Pernahkah anda melihat iklan-iklan pekerjaan yang ditampal di ruang iklaneka mahupun di dalam internet? Perasankah anda bahawa majoriti iklan peluang pekerjaan ini mengkehendaki calonnya memiliki pengalaman sekurang2nya 1 tahun/ 2 tahun/3 tahun, alah, yang penting bertahun-tahun lah...pernah tak?

Bagaimana fresh graduate hendak memiliki pengalaman sebegini sedangkan mereka baru sahaja tamat belajar, baru saja merangkak, belum pun ada pengalaman lagi...Kalau fresh graduate ni minta, sudah tentu permohonan mereka ditolak bulat-bulat disebabkan syarat yang tidak relevan dan boleh dianggap berat sebelah ini...

Hanya segelintir saja syarikat yang sanggup mengambil pekerja yang tiada pengalaman...Namun, kadangkala ada udang di sebalik batu. Sebenarnya syarikat tersebut hendak membayar pekerja yang bijak dan boleh buat kerja tapi dengan bayaran gaji yang rendah, atas alasan mereka masih fresh dan tiada pengalaman..BULLSHIT!

Maka tidak hairanlah ramai professional kita yang melarikan diri ke luar negara seperti Australia kerana gaji yang ditawarkan di Malaysia amatlah rendah (sektor awam mahupun sektor swasta, semua sama sahaja). Bukan setakat golongan professional, malah mereka yang berkelulusan tinggi yang bukan professional pun turut sama mencari rezeki di luar negara atas sebab tawaran gaji yang jauh lebih lumayan di luar negara.

Maka sesungguhnya, terlalu kejam untuk menghukum graduan dengan tuduhan bahawa graduan sekarang kebanyakannya tidak berkualiti dan terlalu demand dan choosy dalam memilih pekerjaan. Terimalah kenyataan bahawa majikan juga menyumbang kepada masalah pengangguran graduan ini.

Renung-renungkan...


P/S: Saya juga fresh graduate, namun sekadar Ijazah Sarjana Muda saja lah...Kini sudah mendapat pekerjaan di sebuah hotel. Namun, gaji bersih hanya kira-kira RM 6XX. Maka, dari sudut pandangan anda, adakah saya memilih peluang pekerjaan? Adakah majikan memberikan bayaran yang setimpal dengan kelulusan yang saya miliki? Dengan gaji sedemikia rupa ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi, adakah saya boleh bekerja dengan hati yang gembira? T_T

Tuesday, August 16, 2011

Bujang di dapur

Siapa pernah baca majalah Maskulin? Dalam majalah tu pernah ada segmen "Bujang di dapur" (sekarang dah ganti "info makanan"). Kan? Kalau korang nak tau, aku lah yang bagi suggestion dulu pasal segmen tu..hehehe (Hidung kembang kempis bangga)

Anyway...memandangkan tak lama lagi nak raya, so aku nak tunjuk sikit lah kuih / kek yang berjaya aku buat untuk raya nanti...Bila aku post gambar2 ni dalam Facebook, terus ada yang nak tempah...hehehe. tak sangka..TQ guys... T_T

Siapa bilang anak teruna tak reti memasak? Tapi memang aku tak reti memasak pun, aku just rujuk resepi ja...Tup tap, eh, jadi pulak kan...hehehe

Okeh mempersembahkan "Bujang di dapur" bersama saya, Chef Saiful... (^^,)/


Chocolate Chip Cookies...The taste and texture really like Famous Amos cookie


Kek Tapak Kuda...kek ni famous di Brunei dan Sarawak...


And the specialty of my kitchen, Labuan Cheesecake...Yang ni dah boleh tutup buku resepi dan buat terus sambil tutup mata...hehehe


Recipe? Maybe in the next posts...So stay tuned and follow my blog...


P/S: Teringin buat Kek Lapis Sarawak...tapi takut xjadi...huhuhu

Monday, August 1, 2011

Jalan-Jalan Cari Mamam: Kota Kinabalu

Firstly, selamat berpuasa kepada semua umat Islam..Hehe..Baru-baru ni aku melancong ke Kota Kinabalu sebab ada Padini Sale 50 %...Aku pun apa lagi. Hehehe

Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Kalau aku travel pergi mana-mana, tidak sah kalau tidak singgah ke kedai makan paling popular di sesuatu tempat tu...So, terimalah sajian istimewa dari negeri di bawah bayu, Sabah...


Kedai Kopi Wan Wan

Makanan di kedai kopi ni membuatkan aku tersandar lemah di atas bangku...Selepas habis semangkuk, aku tambah lagi semangkuk...Percayalah, kalau anda kaki makan macam saya, mesti anda akan akur dengan fakta bahawa makanan di Kedai Kopi Wan Wan adalah antara makanan paling sedap di Kota Kinabalu...Anda pergi lah sendiri dan tengok keadaan di kedai kopi ni, penuh sesak dengan orang. Kedai ni dibuka dari jam 6.30 pagi sampai 2.30 petang sahaja...


Tom Yam Bihun isi ikan...pergh...Lazatnya tak terkata...

Kawan aku mula-mulanya yang beriya-iya bawa aku makan sini. Aku layan saja dan tidak meletakkan expectation yang tinggi. Ya lah, takut dia kata sedap tapi bila kita yang makan, tidak sedap pulak...Tapi selepas makan tomyam isi ikannya yang sedap, ditambah lagi dengan isi ikannya yang fresh dan bermutu tinggi, fuyoo...Memang best lah...kalau turun KK, mesti akan singgah di sini...

Second food heaven di Kota Kinabalu ni ialah Japan Boat Takoyaki...Makanan ni lebih kepada snek ringan yang cukup enak...Takoyaki ni adalah bebola sotong, sejenis makanan berasal dari negara terbitnya mentari, Jepun. Tidak tergambar betapa sedapnya bebola sotong di kedai ni. Sayangnya kedai ni cuma ada satu sahaja di Malaysia iaitu di Wisma Merdeka, KK. Which this makes JB Takoyaki very exclusive...


Proses membuat bebola sotong @ Takoyaki...


1 Boat = RM3 = RM1/biji. Terdapat dalam 2 perisa, original dan spicy. Boleh request wasabi jugak


Berseri-seri wajah si pelahap ini selepas menikmati JB Takoyaki...

P/S: Will miss KK... Already back to Labuan...Huhuhu

Friday, July 29, 2011

Cheap flight = Cheap service

I don't know why I hate this airline so much...Maybe because I learn hospitality and I demand good service in everything (ceh poyonya...) Nah...I'm not really a demanding person...I don't mind staying at a very cheap motel, or use an old car, or using a cheap flight...But when it comes to this airline ( I bet you know)...Aiya...Bikin panas...

Last time when I went to the airport to send my sister and her family back to KL, I was surprised when I saw a weighing scale placed near the terminal entrance...The weighing scale is placed by this airline to ensure that the passengers will not bring heavy things inside the cabin..

For security reason, yes, it is a good effort.But I don't think that is meant for the sake of safety. It's for money, where if you bring a luggage exceeding 7 kg, you're going to pay for that.

The funny part is that this airline is using food weighing scale in order to measure the weigh of the luggage...The weighing scale is normally used at market to measure weigh of fish...I shake my head million of time just by looking at the scale...how sad...

That is why I will always choose Malaysia Airlines whenever I want to travel...People might say I'm demanding but you might need to use a calculator sometime, and see the price is not that cheap after you plus this and that, luggage, blah blah blah...No frills but not hassle-free...


This is the picture that was taken at the Airport...See what I mean?


And this is a video which people make fun of cheap airlines, which is somehow true...



P/S: I love Malaysia Airlines...

Wednesday, July 27, 2011

Menghadapi kritikan si pendengki...

Baru-baru ni, aku telah ditawarkan jawatan Sales Coordinator, di hotel aku bekerja sekarang...Secara lisan, aku telah terima tawaran tersebut dan akan berkuatkuasa 1 Ogos ini. Tapi, atas arahan HR, aku tidak memaklumkan kepada sesiapapun mengenai hal ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada kuasa HR untuk memaklumkan kepada F&B manager aku.

Sekarang manager sudah maklum. Rakan2 lain dalam department pun tahu. Even department lain pun tahu.

Seperti yang dijangka, sambutan mereka agak dingin, especially F&B manager, sebab mungkin rasa kesal dengan tindakan aku tidak memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu. Mungkin juga pening kerana staff F&B (server) tidak pernah cukup...

Yang aku kesalkan juga, kebanyakan rakan lain dalam department memberi komen negatif, dalam bentuk peringatan.

"Wah, ko masuk sales? Ko tau x ramai yang berhenti, tidak sampai seminggu, ada yang tidak sampai 3 hari..."

"Habislah kau masuk Sales...Bersiap sedia lah...mental mau kuat"

"Kau masuk Sales? Kalau kau boleh tahan 3 bulan pun saya respect kau..."

"Bila kau masuk Sales nanti, jangan ambil last minute function. Awas kau!"


Beginilah antara respon negatif yang aku terima dan hanya sedikit saja respon positif yang aku dapat.

Soalnya kenapa mereka ni hampir semua memberikan respon yang tidak menggalakkan? Adakah mereka iri hati atau ikhlas memberi peringatan?

Apa pun aku harap keputusan aku menerima tawaran sebagai Sales Coordinator adalah tepat...

P/S: Alangkah bagusnya dapat kerja kerajaan...Huhuhu

Saturday, July 23, 2011

New world part II: Alam pekerjaan

Alam pekerjaan tidak seindah yang disangkakan. Time belajar dulu, terlampau tidak sabar mau kerja. Tapi sekarang sudah kerja, terasa hendak kembali ke zaman belajar dulu...

Sekarang aku bekerja sebagai waiter di sebuah hotel terkemuka di Labuan. Banyak pengalaman yang aku kutip di sini, terutama soal kehidupan....Betapa susahnya mencari duit untuk menyara kehidupan. Di sini lah aku mula bergaul dengan mereka yang tidak tinggi tahap pelajaran...paling tinggi pun yang aku jumpa sampai STPM saja...Pelajar yang ada kelulusan tinggi jangan harap mau kerja begini.

Ada juga yang aku jumpa tidak habis sekolah, setakat tingkatan dua sahaja...Di saat itu, hatiku tersentuh (cewah puitisnya...).Kesian...Orang-orang begini tidak tamat sekolah. Susah untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan menjamin masa depan...

Kepada sesiapa yang ingin menjadi waiter atau waitress, bersedialah dari segi fizikal dan mental sebabnya kerja sebegini menuntut komitmen yang tinggi. Bukan calang-calang orang mampu menjadi waiter/waitress. Hanya orang yang kuat fizikal dan mental saja mampu bertahan untuk tempoh yang lama. But the best part of being waiter or waitress is the tips. Kebanyakan orang di hotel especially Mat Salleh akan bagi tips (duit). Ada kadang-kadang boleh bagi RM 50 sekaligus...Memang best kalau dapat tips....

Harap-harap kehidupan selepas ni akan bertambah baik.Huhuhuhu

P/S: Siapa mau jadi waiter/waitress? Hehehe...

Tuesday, April 26, 2011

Student dan toyol

Buat semua pelajar UiTM yang sedang menduduki peperiksaan sekarang, good luck....Jangan bawak toyol time exam nanti...Hehehe

Wait...Toyol? (Dahi berkerut...)


Oh yeah, itu adalah istilah yang cukup sinonim dengan pelajar. Toyol disini bermaksud "Nota-nota yang dibawa bersama untuk membantu seseorang pelajar dalam menjawab kertas ujian atau peperiksaan".


Ada pelbagai jenis toyol yang dibela oleh student untuk tujuan peperiksaan seperti:

1. Toyol Henpon

Ini adalah antara toyol paling popular sebab paling simple dan canggih. Kalau yang pakai smart phone tu siap boleh letak toyol dalam format PDF. Yang tak berapa canggih akan letak nota-nota penting dalam message draft ataupun dalam bentuk gambar.

2. Toyol Poket

Cara untuk membawa toyol yang mudah. Masukkan nota kecil ke dalam poket, kalau pengawas exam tak nampak, bolehlah keluarkan dari poket. Tidak kurang juga ada yang letak nota dalam sweater baju atau bawah tudung labuh

3. Toyol Tandas

Kalau takut hendak simpan nota dalam poket atau HP, bolehlah simpan dalam tandas, kat atas divider dinding tandas atau belakang tangki simbah. Ini adalah cara paling selamat kerana pengawas exam xtahu milik siapakah nota tersebut.

4. Toyol Belajar

Ini adalah toyol paling baik dan berbudi pekerti mulia...Student biasanya menyembunyikan toyol ini di dalam otak dan ketika exam, toyol ni lah yang membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan...Hehehe

Sekian...

P/S: Sedang membuat toyol...Lalalala

Wednesday, April 20, 2011

Susahnya bercakap dengan perempuan cantik...

Hai semua, mari dekat..mari dekat...(macam iklan mayonis Shiela Rusly)

Post ni khusus untuk jejaka2 di luar sana...Aku nak tau ni...bila korang terserempak atau terjumpa dengan perempuan yang saaaaangat cantik dan seksi dan menawan, apa reaksi korang:

A. Tenung dia macam nak makan perempuan tu
B. Curik2 jeling tengok longkang atau bukit atau gunung
C. Terus tegur and mintak BB pin/no phone
D. Speechless dan jadi gagap --> lagu Stacy


Ni yang jadi masalah aku sekarang...(dan dari dulu). Bila berdepan dengan perempuan cantik, je, mesti aku akan jadi gugup dan takut2 nak bercakap...walaupun perempuan cantik tu aku kenal...huhuhu...

Ada la sorang kawan perempuan aku time sekolah menengah, sampai sekarang aku susah nak bercakap dengan dia...aku rasa malu...Sebab dia cantik, muka dia macam Liv Tyler...Macam orang korea dalam filem pun ada sebab dia ada darah kacukan...Hehehe...aku xda perasaan cinta pun kat dia, tapi, tu lah. Bila aku bercakap dengan dia, mesti aku kontrol gila babi...Suara pun nak romantik and macho je...

Korang rasa, kenapa ek???(.'_' )???


Inilah perempuan yang aku maksudkan dari pandangan belakang...Sorry tak dapat tunjuk muka dia kat sini sebab terlampau cantik.hahaha


P/S: So kalau aku susah nak bercakap dengan korang (perempuan), maksudnya korang tu cantik la...hehehe

Saturday, April 9, 2011

Orang Putih yang tuuut...

Baru-baru ni aku berpeleseran di Bandaraya KL yang penuh noda pada waktu malam... Singgah la satu restoran ni, restoran Mc X... Time tu ramai gila pelancong asing di dalam restoran tu...Ketika beratur hendak membeli makanan, aku terdengar perbualan mat salleh boroi belakang aku dengan aweknya dan beberapa rakannya yang lain.

Berikut lebih kurang butiran perbualan mereka:


"Look at the guy in front of us. He has a nice ass" Kata mat salleh boroi tu.

"Darling don't say that...He might understands..blablaba (Accent yang sukar difahami...)"
Align Center
"No seriously look at that" Jawab pakwe minah salleh tu.

Siapa lagi orang di depan dorang kalau bukan aku kan? Aku pun rasa kurang selesa, lalu memasukkan kedua-dua tanganku ke dalam poket belakang jeans lusuh yang aku pakai. Ala2 gaya model posing camtu la...

Terus orang belakang aku ni ketawa dengan biadabnya...

"See? he understands what you were saying..." Kata minah salleh tu. Nasib baik cantik...

Dalam hati aku macam mau tampar ja mat salleh boroi tu. Kurang asam btul, ni baru namanya mengumpat depan-depan...hampeh...



P/S: Time berbaris kat restoran Mc X tu, aku rasa akulah manusia terkecil di dunia...Huhuhu

Thursday, April 7, 2011

Tips stay up time exam

Hm..Pelajar-pelajar university especially UiTM sekarang memang sibuk. Yelah, exam dah dekat. Masing-masing muka kiut macam panda sebab tak cukup tido.

Kalau kat UiTM Shah Alam, pergi je McD Seksyen 3, garenti kechewa sebab semua student kat situ. Plug pun berebut siap bawak extension wire 10 meter lagi sebab nak guna laptop. Stay la kat situ sampai 5 pagi. Kopi berapa kali refill, nak stay up punya pasal…Haisy…

Bercakap pasal stay up ni, sebenarnya ada banyak cara supaya kita boleh stay up lama dan tak mengantuk.

Masa aku maseh budak hingusan dulu, bapak aku selalu bercerita dan show off pasal keputusan exam dia yang gempak time darjah 5 (Time tu dipanggil ‘distinction’). Bapak aku cakap dia siap berendam kaki dalam air sejuk dalam baldi sebab nak stay up punya pasal (Aku: Geleng kepala dalam hati). (’_’)!!

Begini agaknya bapak aku rendam kaki untuk stay-up. Kalau nak kaki lagi cantik dan wangi, taruk bunga sekali...


Time aku sekolah asrama dulu, senior aku yang jahat ada bagi tips, kalau tak nak mengantuk time stay up, makanlah megi (.‘_’ )? WTH…Lepas tu time matrik pulak lain ceritanya, kalau nak stay up kena ramai2, baru tak boring dan segar. Tapi dalam ramai-ramai tu, kitorang main daun terup la, bersembang lah, memanglah stay up but watdehell?

Then setelah aku meningkat dewasa, aku start stay up minum coffee Starbucks McD (Perasan kejap jadi orang Amerika)...Pergh, memang tak dapat tido. Tapi entah la, aku tak dapat tahan caffeine so kepala pening kalau minum banyak.

Baru-baru ni aku teringat pernah baca dalam majalah Remaja, kalau mata letih dan mengantuk, ada satu tips mudah yang tak perlukan kos.

Caranya, ambil sudu besi dan masukkan dalam freezer. Dah agak2 sejuk, tutup mata, then letakkan sudu itu di kelopak mata kita sampai sudu tu tak sejuk dah…

Cepat pergi buat sekarang!!! So amacam? Rasa segar kan?

P/s: Beli sudu besi banyak-banyak pas ni.

Monday, April 4, 2011

Pasangan dulu, pasangan sekarang

Korang perasan tak zaman sekarang ni banyak gila kes penceraian, terutamanya artis seperti Erra dan Yusri, Nurul dan Ajai, (Sebab dorang artis dan terkenal)... Aku terfikir la kejap, kenapa la banyak sangat kes penceraian ni kan...Tak paham aku (Ceh poyonya aku, padahal kahwin pun belum...huhuhu).

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2009, satu pasangan bercerai setiap 15 minit..("Aku ceraikan kau!!!...Pause kejap 15 minit,, lepas tu ada lagi bercerai).Fuyooo..so dalam sehari ada 96 pasangan bercerai...Kata Datuk Dr. Mashitah, puncanya adalah kurang penghayatan agama dalam kalangan suami isteri termasuklah mengabaikan solat...(klik sini untuk lebih lanjut)

Selain tu, banyak lagi faktor lain...Berdasarkan pemerhatian aku yang poyo ini, salah satu sebab adalah dari segi mudah/susahnya pasangan tersebut berhubungan dalam percintaan.

Kalau orang dulu-dulu, bayangkan la cerita Bujang Lapok tu, macam mana S. Shamsudin berhubung dengan kekasihnya? guna botol kan? Siap curik-curik jumpa, lepas tu terpaksa bagi 20sen kat budak kecik tu supaya tak report ngan mak dia. Bayangkan sukarnya mereka bercinta time tu...

Maju sikit, pakai public phone...Tu pun susah nak kena tunggu kat public phone tu pada waktu tertentu. kalau terlepas atau terlupa, habislah...

Up lagi sikit, guna telefon rumah. Tu yang sampai bil rumah bapak aku beribu ringgit tu..opps...(yg penting bukan aku yang buat)...Tu pun susah jugak sebab banyak kos yang perlu ditanggung untuk membayar bil telefon.

Sekarang dah canggih...Pakai HP Blueberry la, strawberry la, Helle Berry la..nak communicate punya lah senang, guna BBM je...Disebabkan senang ni la, kita kadang2 lupa. Bila nak bercerai tu senang je, kekadang melalui FB pun dah boleh bercerai. Kalau orang dulu-dulu, berfikir beribu kali, betapa susahnya la nak mengorat anak gadis orang ni...Yang perempuan pun sama akan terfikir betapa sayangnya kalau dorang bercerai setelah pelbagai kesusahan dan dugaan yang mereka terpaksa tempuhi sepanjang percintaan...



Kesimpulan: Delete FB, jangan pakai henpon, pakai telefon rumah je...Hahaha (Cadangan bernas yang bongok)

Nasihat buat pasangan bercinta:

Hati si dara tiada keruan,
Dalam tidur terkenang-kenang,
Kalau hati sudah berkenan,
Apa lagi, masuklah meminang.

Tuesday, March 29, 2011

Kejelitaan adalah hak milik setiap insan...

Wah tajuk...bukan main lagi. Bukan apa, baru2 ni time orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Earth Hour 2011, ktorang plak sibuk untuk bengkel grooming yang dianjurkan oleh Men's Health Malaysia bertempat di MyCookBook...Thanks Men's Health sebab sponser ktorang untuk bengkel ni...(tapi kena bayar jugak sikit la...)


Aku yg tgh pakai baju GAY bergambar dgn bakal Hero Remaja...keh3... (seriously he already in Majalah Remaja for ruangan Hero)



Align CenterHadiah kami dapat...Foam pencuci muka IDI bernilai RM 1++...Thanks Men's Health and IDI


Dalam kesibukan kami bergambar-gambar di Sunway Giza yang kelass ni, ada jugak 1 couple mat salleh & minah salleh celup tu duk usha ktorang...Hensem sangat ke ktorang atau overdress? cuba tgok bulatan merah dalam gambar kat bawah ni...Siap dua-dua skali menjeling ktorang...Haisy...


P/S: APA TENGOK-TENGOK?KAU INGAT KAU CHANTEEK??? (Sila baca ayat ni dengan lenggok pondan. Terima kasih)

Saturday, March 19, 2011

PROMOSI McDonald's Breakfast: Spend minimum RM 5, get 2 Big Breakfast Meal for FREE

Oh yeah...I love to do free advertising. Especially benda-benda free. So entry kali ni nak promote pasal Mekdi aka McDonald's. Sampai hujung bulan Mac ni, Uncle McDonald's ada buat promotion untuk breakfast. So sesapa yang xtau nak breakfast kat mana, bolehla bertandang ke McD yang berhampiran dengan membawa bersama kupon bawah ni...Spend minimum RM 5, dah boleh dapat 2 Big Breakfast Meal...Makan la berdua so purata sorang spend RM 2.50 je...Jimat kan? apa lagi, jom la...Bawak semua orang kampong makan kat Mekdi...(^^,)/


Untuk download, klik pada gambar, then right klik, then save as...


P/s: Okeh cepat ucap terima kasih kat saya....Kehkehkeh...

Tuesday, March 15, 2011

Ahli MLM yang membosankan...


Korang tau tak pasal MLM? (Multilevel Marketing)..Kalau tak tau, pandai2la korang google ye...Apa pun aku malas dah nak cerita pasal business plan MLM ni. Apa yang aku nak cerita pasal perangai mereka2 yang join MLM ni.

Kalau korang perasan la kan, orang yang join MLM ni mesti akan berubah dia punya perangai selepas join MLM. Perasan tak? Perasan tak? or korang lah yang join MLM tu? hehe jangan terasa or melenting. Buka lah minda. Ni negara demokrasi semua orang boleh bersuara...Hihihi

Maksud aku perangai mereka berubah in positive way la. mereka lebih bersemangat dalam apa yang mereka usahakan. Tapi apa yang aku nampak on negative side, hidup mereka telah mengecil, it's like after join this MLM, their life is all about the MLM. MLM this, MLM that...blabla MLM, MLM here and there...Annoying giler. Kalau korang tengok post kat FB tu, 80 % post kat wall dorang plus gambar dorang semua pasal perniagaan MLM tu...

Lepas tu aku rasa dorang ni macam manusia yang diculik oleh alien and then kena hantar semula ke bumi untuk eksperimen. Pas tu dorang ada pattern perangai yang sama...Yang penting agak annoying untuk pembenci MLM macam aku...Hisy, memang pelik lah. dorang akan berperangai seolah2 MLM tu adalah segala-galanya bagi dorang...

Salah satu syarikat MLM yang famous sekarang ialah Her**l*fe...hehe korang tau kot, saja je sensored. Produk yang ditawarkan kononnya sangat bagus dan menyihatkan badan...Itu aku tak peduli. Yang penting korang tengok macam mana pattern perangai mereka yang join Her**l*fe ni...Hm....

P/S: Say No to MLM

Tuesday, March 1, 2011

Maher Zain LIVE in Concert 2011 (Stadium Malawati Shah Alam)

Hi semua... (Sambil meniup habuk2 dalam blog ni <---Cliche sangat ayat ni...). Sesaja nak mencapub mengenai event yang berlaku baru-baru ni. Konsert Maher Zain...oh yeah...walaupun tak la minat sangat penyanyi yang berjaya meraih jeritan tertinggi dalam kalangan wanita2 di Malaysia ini, tapi rasa best pulak dapat tengok macam mana orang entertainment industry bekerja... So dengan hidung kembang kempis, dipersembahkan gambar2 aku sebagai krew penghias bilik VIP merangkap backstage crew...

Gambar ni diambil dengan susah payah...Manager dia strict gila...


Berjaya bergambar dengan gadis Melayu terakhir...Farah Deeba..You're beautiful aww...


Pass aku sebagai Backstage Crew...


Inilah crew members untuk menghias bilik VIP merangkap mak hayam-mak hayam andam, mekap artis blablabla...


Sempat bergambar ngan Miz Nina yang sporting...


Noh hujan pun agak peramah...


Bekas ahli kumpulan Inteam, Suhaimi yang berkahwin dengan Ina Naim, bekas tunangan Mawi Dunia...


Tadaaa...Pereka hias bilik Maher Zain...(dalam mimpi)

Kepada yang menyaksikan konsert pada hari ke dua, kesian korang. Time tu Maher Zain dah penat dengan jet lag, and sedikit masalh teknikal...So sememangnya mereka yang menonton konsert hari pertama mendapat pengalaman berbeza berbanding mereka yang tengok pada hari ke-2...

Apa pun, Maher Zain telah memberikan yang terbaik untuk konsertnya. 1st concert tu, demi peminatnya di Malaysia, dia sanggup menambah lagu, walhal sepatutnya masa telah tamat dan semua lagu telah habis di nyanyikan...

Hopefully next time dapat join concert macam ni lagi...(walaupun agak meletihkan...huhuhu)

P/s: Terus minat Maher Zain walhal sebelum ni tak minat pun...hahaha)

Wednesday, January 26, 2011

Aloq Setaq. Padang Besaq. 100th post

Sedar tak sedar, dah post ke 100...Huhu. Larat jugak aku menulis blog sampai 100 post. Sudah lama tak menulis ni, macam tak berapa reti nak menulis pun ada.

By the way, untuk post yang ke 100 ni, saya nak hidangkan kepada para pembaca especially food lovers dengan tatapan istimewa dari utara. Baru2 ni, sewaktu umat Hindu sibuk beribadah di Batu Caves dan Penang, aku pun mengambil kesempatan ini untuk bercuti ke rumah kawan aku iaitu Farizi di Jitra, Kedah.

Tak perlu eksplain panjang-panjang. Hangpa tengok sendiri noh...

Day 1: Arrive at Jitra, Kedah
10.00 pm

Pekena Nasi Royale dulu...


Day 2: Padang Besaq

Padang Besar merupakan destinasi shoping yang terkenal dalam kalangan makcik-makcik di Semenanjung Malaysia. Sebut saja Padang Besar, pasti mata makcik-makcik terbeliak dan hampir tersembul keluar. Periuk, belanga, beras siam, toto, gajus, asam-asam, semua boleh didapati dengan harga yang sangat murah.

Manakala untuk golongan lelaki muda tidak kurang hebatnya kerana Padang Besar terkenal dengan jersey-jersey yang boleh didapati dengan harga yang sangat murah. Untuk jersey kualiti AAA (Macam beras daaa...), Boleh dapat dengan harga serendah RM 25 (Kalau beli borong dan comel macam saya...hohoho).

Tiba saja di Padang Besar, kami terus melantak kerana tadi pagi lewat bangun dan tak sempat sarapan...huhuhu
Kawan yang menjadi escort sepanjang percutian ini. Ajim (Kiri) dan Farizi (Kanan)

Asam Pedas Siam...Saaangat sedap...dan pedas

Khailan ikan masin yang membangkitkan selera

Tom Yam khap...

Ni mesti ramai sangat yang selalu tumbuk...

Cuba carik saya kat mana...


Day 3: Aloq Setaq...Pekan Rabu

Hari ketiga ni banyak dihabiskan untuk shopping dan bersiar2 di Bandar Aloq Setaq. Pagi yang cerah lagi bahagia untuk pasangan Ayu Raudah dan suaminya itu, kami dibawa makan ke Restoran Kopitiam yang terletak betul-betul berdekatan Menara Alor Setar. Bangunan restoran ini agak unik kerana ia merupakan bangunan bekas sebuah sekolah yang telah ditinggalkan. Namun, masih dalam keadaan yang baik.

Sarapan di Kopitiam, Tempat makan yang korang mesti pergi di Alor Setar. Service pun baguih

Saya minum teh 3 lapis....

Terdapat pelbagai menu kat sini, dan saya pilih western. Jumbo Set, RM5 saja. Tq Bapak Farizi sebab belanja...


Selang beberapa jam, kami dihidangkan Laksa Kedah yang dimasak oleh Makcik Farizi. Sedaap...
Pekena Laksa Kedah sat...

Lepas tu, kami membuat rombongan ke Pekan Rabu untuk membeli ikan Pekasam dan sedikit buah tangan untuk orang rumah...Ni pun satu, kalau pergi Pekan Rabu, tak sah kalau tak beli ikan pekasam.

Untuk mereka yang tak tau, ikan pekasam ni adalah ikan yang diperap dgn garam pekasam sekurang-kurangnya 5 hari. Rasanya masam-masam masin. Ikan ni enak digoreng dan dimakan dengan nasik, begitu saja. Kira macam ikan masin la jugak.

Sambil tu, singgah di kedai ubat-ubatan untuk membeli minyak gamat.

Yuck...Sapa la nak makan ni...

Ehem ehem untuk suami isteri

ABC di Pekan Rabu...Boleh tahan

Perut dan pipi membulat dengan jayanya

Malamnya, kami hendak pergi disko. Malangnya, semua disko ditutup kerana itulah peraturan di Kedah. Semua pusat hiburan mesti ditutup pada hari Jumaat. Baguih noh...Patut la depa duk minum ayaq ketum ja. Tak dak hiburan. Kesian noh...

Suasana malam di Bandar Aloq Setaq...I like this car

Pekena Nasi Kandaq Yasmeen, also restoran nasi kandar yang anda mesti pergi. Terdapat bnyk cawangan di Alor Setar dan Jitra.

Oh Nasi Kandaq, I fall in love with you...awww....


Day 4: Tanjung Malim. Pulang...

Sedih rasanya meninggalkan bandar Alor Setar...Orang-orangya peramah dan baik-baik belaka. Suasana di sini juga sangat menenangkan dengan kehijauan bendang yang terbentang luas. Salah satu tempat yang sesuai untuk persaraan.

Balik dari Kedah, kami singgah di Tanjung Malim. Kata orang, kalau singgah Tanjung Malim, tidak sah kalau tak berkunjung ke Kedai Pau Yik Mun.

Pau Ayam yang lazat dan sedap...RM 1.70

Roti bakar yang rangup di luar dan lembut di dalam. Gabungan inti kaya dan mentega yang sangat enak (Roti Kahwin RM 3)...Roti bakar paling sedap saya pernah makan.

Tak cukup Pau dan Roti Bakar, saya makan Mee Hainan...OK la, tak la terlalu amazing macam roti bakar...Biasa-biasa saja


Ada kelapangan, saya pasti akan berkunjung lagi ke Kedah...(^^,)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...