Showing posts with label My Activities. Show all posts
Showing posts with label My Activities. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Kejelitaan adalah hak milik setiap insan...

Wah tajuk...bukan main lagi. Bukan apa, baru2 ni time orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Earth Hour 2011, ktorang plak sibuk untuk bengkel grooming yang dianjurkan oleh Men's Health Malaysia bertempat di MyCookBook...Thanks Men's Health sebab sponser ktorang untuk bengkel ni...(tapi kena bayar jugak sikit la...)


Aku yg tgh pakai baju GAY bergambar dgn bakal Hero Remaja...keh3... (seriously he already in Majalah Remaja for ruangan Hero)



Align CenterHadiah kami dapat...Foam pencuci muka IDI bernilai RM 1++...Thanks Men's Health and IDI


Dalam kesibukan kami bergambar-gambar di Sunway Giza yang kelass ni, ada jugak 1 couple mat salleh & minah salleh celup tu duk usha ktorang...Hensem sangat ke ktorang atau overdress? cuba tgok bulatan merah dalam gambar kat bawah ni...Siap dua-dua skali menjeling ktorang...Haisy...


P/S: APA TENGOK-TENGOK?KAU INGAT KAU CHANTEEK??? (Sila baca ayat ni dengan lenggok pondan. Terima kasih)

Tuesday, March 1, 2011

Maher Zain LIVE in Concert 2011 (Stadium Malawati Shah Alam)

Hi semua... (Sambil meniup habuk2 dalam blog ni <---Cliche sangat ayat ni...). Sesaja nak mencapub mengenai event yang berlaku baru-baru ni. Konsert Maher Zain...oh yeah...walaupun tak la minat sangat penyanyi yang berjaya meraih jeritan tertinggi dalam kalangan wanita2 di Malaysia ini, tapi rasa best pulak dapat tengok macam mana orang entertainment industry bekerja... So dengan hidung kembang kempis, dipersembahkan gambar2 aku sebagai krew penghias bilik VIP merangkap backstage crew...

Gambar ni diambil dengan susah payah...Manager dia strict gila...


Berjaya bergambar dengan gadis Melayu terakhir...Farah Deeba..You're beautiful aww...


Pass aku sebagai Backstage Crew...


Inilah crew members untuk menghias bilik VIP merangkap mak hayam-mak hayam andam, mekap artis blablabla...


Sempat bergambar ngan Miz Nina yang sporting...


Noh hujan pun agak peramah...


Bekas ahli kumpulan Inteam, Suhaimi yang berkahwin dengan Ina Naim, bekas tunangan Mawi Dunia...


Tadaaa...Pereka hias bilik Maher Zain...(dalam mimpi)

Kepada yang menyaksikan konsert pada hari ke dua, kesian korang. Time tu Maher Zain dah penat dengan jet lag, and sedikit masalh teknikal...So sememangnya mereka yang menonton konsert hari pertama mendapat pengalaman berbeza berbanding mereka yang tengok pada hari ke-2...

Apa pun, Maher Zain telah memberikan yang terbaik untuk konsertnya. 1st concert tu, demi peminatnya di Malaysia, dia sanggup menambah lagu, walhal sepatutnya masa telah tamat dan semua lagu telah habis di nyanyikan...

Hopefully next time dapat join concert macam ni lagi...(walaupun agak meletihkan...huhuhu)

P/s: Terus minat Maher Zain walhal sebelum ni tak minat pun...hahaha)

Wednesday, January 26, 2011

Aloq Setaq. Padang Besaq. 100th post

Sedar tak sedar, dah post ke 100...Huhu. Larat jugak aku menulis blog sampai 100 post. Sudah lama tak menulis ni, macam tak berapa reti nak menulis pun ada.

By the way, untuk post yang ke 100 ni, saya nak hidangkan kepada para pembaca especially food lovers dengan tatapan istimewa dari utara. Baru2 ni, sewaktu umat Hindu sibuk beribadah di Batu Caves dan Penang, aku pun mengambil kesempatan ini untuk bercuti ke rumah kawan aku iaitu Farizi di Jitra, Kedah.

Tak perlu eksplain panjang-panjang. Hangpa tengok sendiri noh...

Day 1: Arrive at Jitra, Kedah
10.00 pm

Pekena Nasi Royale dulu...


Day 2: Padang Besaq

Padang Besar merupakan destinasi shoping yang terkenal dalam kalangan makcik-makcik di Semenanjung Malaysia. Sebut saja Padang Besar, pasti mata makcik-makcik terbeliak dan hampir tersembul keluar. Periuk, belanga, beras siam, toto, gajus, asam-asam, semua boleh didapati dengan harga yang sangat murah.

Manakala untuk golongan lelaki muda tidak kurang hebatnya kerana Padang Besar terkenal dengan jersey-jersey yang boleh didapati dengan harga yang sangat murah. Untuk jersey kualiti AAA (Macam beras daaa...), Boleh dapat dengan harga serendah RM 25 (Kalau beli borong dan comel macam saya...hohoho).

Tiba saja di Padang Besar, kami terus melantak kerana tadi pagi lewat bangun dan tak sempat sarapan...huhuhu
Kawan yang menjadi escort sepanjang percutian ini. Ajim (Kiri) dan Farizi (Kanan)

Asam Pedas Siam...Saaangat sedap...dan pedas

Khailan ikan masin yang membangkitkan selera

Tom Yam khap...

Ni mesti ramai sangat yang selalu tumbuk...

Cuba carik saya kat mana...


Day 3: Aloq Setaq...Pekan Rabu

Hari ketiga ni banyak dihabiskan untuk shopping dan bersiar2 di Bandar Aloq Setaq. Pagi yang cerah lagi bahagia untuk pasangan Ayu Raudah dan suaminya itu, kami dibawa makan ke Restoran Kopitiam yang terletak betul-betul berdekatan Menara Alor Setar. Bangunan restoran ini agak unik kerana ia merupakan bangunan bekas sebuah sekolah yang telah ditinggalkan. Namun, masih dalam keadaan yang baik.

Sarapan di Kopitiam, Tempat makan yang korang mesti pergi di Alor Setar. Service pun baguih

Saya minum teh 3 lapis....

Terdapat pelbagai menu kat sini, dan saya pilih western. Jumbo Set, RM5 saja. Tq Bapak Farizi sebab belanja...


Selang beberapa jam, kami dihidangkan Laksa Kedah yang dimasak oleh Makcik Farizi. Sedaap...
Pekena Laksa Kedah sat...

Lepas tu, kami membuat rombongan ke Pekan Rabu untuk membeli ikan Pekasam dan sedikit buah tangan untuk orang rumah...Ni pun satu, kalau pergi Pekan Rabu, tak sah kalau tak beli ikan pekasam.

Untuk mereka yang tak tau, ikan pekasam ni adalah ikan yang diperap dgn garam pekasam sekurang-kurangnya 5 hari. Rasanya masam-masam masin. Ikan ni enak digoreng dan dimakan dengan nasik, begitu saja. Kira macam ikan masin la jugak.

Sambil tu, singgah di kedai ubat-ubatan untuk membeli minyak gamat.

Yuck...Sapa la nak makan ni...

Ehem ehem untuk suami isteri

ABC di Pekan Rabu...Boleh tahan

Perut dan pipi membulat dengan jayanya

Malamnya, kami hendak pergi disko. Malangnya, semua disko ditutup kerana itulah peraturan di Kedah. Semua pusat hiburan mesti ditutup pada hari Jumaat. Baguih noh...Patut la depa duk minum ayaq ketum ja. Tak dak hiburan. Kesian noh...

Suasana malam di Bandar Aloq Setaq...I like this car

Pekena Nasi Kandaq Yasmeen, also restoran nasi kandar yang anda mesti pergi. Terdapat bnyk cawangan di Alor Setar dan Jitra.

Oh Nasi Kandaq, I fall in love with you...awww....


Day 4: Tanjung Malim. Pulang...

Sedih rasanya meninggalkan bandar Alor Setar...Orang-orangya peramah dan baik-baik belaka. Suasana di sini juga sangat menenangkan dengan kehijauan bendang yang terbentang luas. Salah satu tempat yang sesuai untuk persaraan.

Balik dari Kedah, kami singgah di Tanjung Malim. Kata orang, kalau singgah Tanjung Malim, tidak sah kalau tak berkunjung ke Kedai Pau Yik Mun.

Pau Ayam yang lazat dan sedap...RM 1.70

Roti bakar yang rangup di luar dan lembut di dalam. Gabungan inti kaya dan mentega yang sangat enak (Roti Kahwin RM 3)...Roti bakar paling sedap saya pernah makan.

Tak cukup Pau dan Roti Bakar, saya makan Mee Hainan...OK la, tak la terlalu amazing macam roti bakar...Biasa-biasa saja


Ada kelapangan, saya pasti akan berkunjung lagi ke Kedah...(^^,)

Sunday, November 21, 2010

Hari Ahad = Hari yang mengenyangkan

Aku suka hari ahad.

Pada hari ahad lah, banyak majlis perkahwinan akan dilangsungkan. Time ni la kita dapat merasa makanan yang sedap-sedap secara percuma.

Tapi sekarang aku berada di semenanjung Malaysia. So it is impossible to go to any wedding event cause I know only a few people here as compared to my own hometown (Labuan) where my father is a celebrity (Babah adalah guru bersara dan boleh dikatakan terkenal di Labuan. Hehehe). Sepanjang 2 tahun setengah di Semenanjung, baru 1 wedding aku pernah pergi.

Tapi, masih ada satu lagi sebab kenapa kita boleh kenyang pada hari Ahad selain kenduri kahwin dan saya pasti anda juga tidak tahu. Hohoho (hidung kembang kempis bangga)

Nak tahu rahsianya? Kehkehkeh

Sebenarnya aku baru perasan haritu setelah 2 kali berkunjung ke pasar raya. Dan setelah membaca komik Shin Chan. Kebanyakan pasar raya pasti akan mengadakan free sample makanan dan minuman pada hari Ahad. Minggu lepas aku pergi giant ada mayonis Shiela Rusly, nescefe, susu, yougurt, mi segera...Ishk memang banyak lah.

Tadi pulak aku pergi Jusco pun sama banyak berderet kat tepi-tepi free sample makanan.

So kepada yang lapar di hujung minggu dan takde duit nak makan, pergi lah ke pasar raya terdekat seperti Giant, Tesco dan Jusco. Hehehe

"Chantek adik hari ni. Akak nak semua. Free kan? Kelaaas kau Maria..."

Saturday, October 23, 2010

Angan-angan sebagai CHEF

Sebenarnya suatu ketika dahulu, time apply nak masuk U, 1st choice aku ialah Seni Kulinari. Impian untuk menjadi chef berkobar2 setelah aku berjaya membuat sebuah kek cheese yang sedap (dan senang untuk di buat). Tapi, nak buat macam mana, bukan rezeki katanya...

Inspirasi daripada blog chef Azli Razali, maka aku pun nak jugak la post benda2 yang aku dah pernah masak. Ni semua aku masak kat rumah sewa, kiranya baru2 lagi la...Hehehe


Spaghetti rojak (sebab aku xtau ni spaghetti apa...Huhuhu)


Oat + susu manis + prune + kismis + almond + coklet keping cadbury = Breakfast


Ni masakan paling spontan aku pernah buat. Ayam goreng oat (eh ayam pandai goreng oat??)


Tadaa!!! Banyak lagi sebenarnya tapi malas nak ambil gambar. Rasa2 boleh jadi chef x macam ni? hehehe

Friday, August 13, 2010

Saat paling memalukan dalam hidup

Pernahkah anda melalui saat paling memalukan dalam hidup? Ya saya pernah dan baru sahaja melaluinya hari Sabtu yang lalu (7 Ogos 2010).

Hari sabtu tu, pergi la ambil bengkel motosikal di PMKK (pusat Memandu Kenderaan Klang). Yeah, another interesting event in my life, ambil lesen. What a bad start bila aku dimarahi oleh pakcik tua kat cafe dekat PMKK tu. Dahlah macam CI!@#$. Aku tanya elok2, suruh dia bagitahu harga satu2 apa yang aku makan; nasi lemak tu berapa harga, kuih karipap berapa harga, skali pakcik kurang ajar tu p maki aku...Memang aku bengang gila la time tu...Yelah, kita ni pembeli, kena la tau harga apa yang kita beli, ni kira macam haram, ntah2 dia salah kira ke, mana kita tau kan. Dia tu manusia, bukan Tuhan... (Sabar..)

OK then dengar lah ceramah motosikal yang boring..blablabla..Terus tengah hari tu dia suruh bawak motosikal sorang2.

GULP!

Untuk pengetahuan semua, aku tidak tahu membonceng motosikal, seumur hidup tidak pernah belajar. Belajar teori tu, ada lah, tapi amali xda...Huhuhu

Then aku adalah orang ketiga diminta untuk bawa motosikal atas trek.

GULP!GULP!

Start enjin, tekan gear satu, pusing minyak. Memula tu OK. Yes, hidung pun kembang kempis, bangga sebab berjaya bawak motosikal dengan jayanya.

Masuk saja trek berbentuk 8, tukar gear....Then...

"Eh, eh, eh..." Aku panik. Xdapat pusing motosikal tu, terus telanggar bahu jalan yang belang2 hitam putih tu. (Nasib sempat brek. tapi jeans aku tersangkut di brek kaki)

"Awak pandai ke tak bawak motor ni?" Tanya Pakcik yang mengajar ceramah tadi.

Aku menggelengkan kepala. Kelihatan beberapa lelaki ketawa, termasuk seorang warganegara Indonesia. Sial! Bisik hatiku.

Tidak terbayang betapa malunya aku ketika itu. Tu lah, lain kali kalau xtau bawak motosikal jangan pandai2 macam tahu kan... Huhuhu kan dah malu.

Tuesday, April 27, 2010

My mandarin video

Baru-baru ni kemas-kemas data dalam laptop. Sangat rimas sebab nota-nota berteraburan dalam laptop so I have to kemas2 sikit la data-data dalam tu. lagi-lagi time exam ni baru terkial-kial mencari past year questions.


Kemas punya kemas, terbukak satu video mandarin ni, FYI, video ni dibuat untuk subject third language di UiTM. Asal 1 minggu sebelum final exam, mesti anda boleh saksikan beberapa kelompok manusia berpeleseran membuat penggambaran di sekitar UiTM. Hah, tu untuk video third language ni lah.


Rasa nak ketawa bila tengok video ni balik. Betul-betul xda bakat jadi pelakon. Aiya...


Wednesday, March 17, 2010

Sekadar luahan...Huhuhu


Ngauuum...Ngaumm...

Sejak kebelakangan ini aku amat tertekan. Sungguh sibuk sangat-sangat. Assignments, competitions, trips - you name them. I just want to narrow down all activities that I have to complete before exam

20/03 - Pertandingan Tarian Traditional (I'm the leader)
22/03 - Submit report to HEP
23/03 - Presentation + hantar report FRIM
- Test CTU 553
24/03 - Submit blog (HTT 560)
- Pertandingan Dikir Barat (I'm the leader also)
25/03 - Test HTT 557
26/03 - Test HTH 485

Others:
Assignments
- Report CTU 553
- Projek besar HTT 557
- Projek sederhana HTH 485
- Projek kecil HTH 500

Aku TEGANG!!!!

Monday, November 23, 2009

Everybody can also fly with Malaysia Airlines



Hot Gossip!!!

Sejak kebelakangan ni, MAS (Malaysia Airlines) banyak buat promotion where harga tiket Labuan-KL or KL-Labuan amatlah murah berbanding AirAsia. Luckily, I manage to get the best deals which was RM 119/way. Siapa lambat booking tu xdapat la harga istimewa ni...

So last week on 17th November 2009, I went to Labuan from KL with Malaysia Airlines...

As everybody know, Malaysia airlines gained a lot of achievements, internationally recognize as among the best airlines in the world. So, I'm proud to fly with Malaysia Airlines, fly with beautiful and friendly stewardess, eat the delightful and deliciously cooked meals...So Malaysia Airlines, please give me lifetime free tickets. I deserve them.hahaha...lol.


RM 35 for a great service. Money doesn't matter when it comes to comfort, convenience and cozy.


Sempat mengabadikan kenangan dalam tandas KLIA express...Hehehe


The ambiance inside the KLIA express. It tooks less than 30 minutes from KL Central to KLIA




Among world's best airport...


Malaysia Airlines aircraft, view from airside viewing area, 5th floor of KLIA


FYI, MH is airline code for Malaysia Airlines while AK for AirAsia. Picture taken from the meal cover.

Tuesday, November 3, 2009

Lan Berambeh di Bangunan Sirim, Shah Alam


Teman baru ku kenali walaupun tidak di introduce oleh Charles, dari kiri: Syalmee, ehem, Ody dan Dedeng

Ceh, kali ni rajin pulak aku update belog ni walaupun sibuk ngan exam. Kali ini kita ke Sarawak. Bukan ke sarawak pun, tapi ke majlis "Lan Berambeh" (er, kalau tak silap maksudnya mari makan...Hehehe). I'm not Sarawakian though but nobody can tell since I can speak Bahasa Melayu Sarawak moderately. Cewah. Bangga la tek.

Majlis ni ala-ala open house la, walaupun raya telah lama berlalu. Dalam majlis tu macam2 makanan dorang provide like Laksa Sarawak, Mee Kolok, and the very special signature food of Sarawak, Kek Lapis Sarawak. Yum-yum. I like.

Orang Sarawak ni kalau kita tengok, nampak ja seolah2 memiliki semangat kenegerian yang tinggi. Sebenarnya, ini disebabkan faktor bahasa. Mereka lebih senang berbicara menggunakan mother tongue, lebih mesra kata orang. Macam juga orang Kelantan dikatakan "assabiyah" (semangat kesukuan) sebenarnya tidak.

Tulah, macam mana kita nak mencapai 1Malaysia sedangkan masih tidak ada kesetaraan dalam penggunaan bahasa? Even tiada sistem persekolahan yang setara. Kita tengok Indonesia, semua rakyatnya ngak kira asal usul kaum, mereka semua menggunakan satu bahasa yang sama. Sampaikan cerita Korea yang best tu pun dialih suara ke Bahasa Indonesia. Sampai macam tu semangat bahasa mereka. Itu yang kita mahu, eh melalut lagi.Haisy.

Baiklah, apa bestnya belog kalau tiada gambar kan?So saksikanlah sedutan gambar-gambar ini.


Sepadan kan?Hehehe...Aku x minat pun Camelia ni, tapi sebab dia chantek, terpaksa la aku bergambar dengan dia.


Ni bukan joget, tapi dipanggil "menopeng" dalam dialek Sarawak, or umumnya "bertandak" (menari)


Ewah, tompang sekaki


VIP pun turun padang menari Pocho-pocho...Sporting la...


Masih lincah beraksi...Oh yeah, oh yeah...


Mari belajar dialek Melayu Sarawak

Ngegeh = Mengada-ngada
Gagoh = Sibuk
Sik = Tidak/Bukan
Kenak = Kenapa?
Ya = Itu
Tok = Ini
Kedak = macam
Bisak = Koyak
Paloi = Bodoh
Aok = Ya
Bulak = Tipu
Siney = Di mana?
Nya = Dia
Kamek = Saya
Kitak = Awak
Sidak = Mereka
Padah/madah = Bagitahu

*Teringin mau makan lagi Kek Lapis Sarawak...Really,really like it (When it's free la...Huhuhu. Expensive ma..)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...