Saturday, October 30, 2010

Kurangkan penggunaan beg plastik

Sekarang ni aku semakin poyo. Bila mana nak beli barang kat pasaraya atau kedai runcit mamak dekat rumah aku, aku mesti akan bawak benda ni.


Tadaaa... Aku punya jenama milo


Time tu pukul 2.30 pagi, aku pun pergi la kedai runcit mamak 24 jam Puncak Alam untuk membeli roti gardenia dan ubat sakit kerongkong dan 1 tin sardin. Sewaktu membayar, aku pun menghulurkan beg recycle jenama milo aku. Aney (maksudnya "abang" dalam bahasa tamil) itu tersenyum seraya menunjukkan isyarat jari (bukan jari tengah ye, ibu jari). Aku pun turut tersenyum bangga, hidung ni pun kembang kempis. hehehe. (astaghfirullahalazim...riak)

Sebenarnya kesedaran alam ni timbul setelah menonton "Desperate Housewives Season 7 Episode 2". Dan untuk pengetahuan semua, kerajaan Negeri Selangor turut melancarkan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" sejak awal tahun 2010 yang lalu yang mana tiada beg plastik digunakan pada hari Sabtu. Ini melibatkan pasaraya dan kedai2 terkemuka yang ada di Selangor.

Tapi aku tengok tak lah berkesan mana kempen ni sebab orang still nak guna beg plastik, sebab pasaraya yang terlibat masih membenarkan penggunaan beg plastik. Pengguna tidak kisah sekiranya terpaksa membayar 20 sen untuk sekeping beg plastik.

So, bagi aku kesedaran pengguna tu la yang paling penting. Kepada pembacaku sekalian (ada ke? huhuhu) gunalah beg kitar semula. Kita kurangkanlah penggunaan beg plastik untuk kebaikan generasi akan datang...OK?



ARGGGGHHHH!!!!! (Tensyen exam...)

6 comments:

DanieL AdiE said...

tahniah!! selamatkn DUNIA..

~ DanieL AdiE ~

ruffey said...

oh. samelah.
aku nye bag cam tu ada byk.
ade Levi's, Cadbury's, ngan local supermarket kat indonesia ni =)

Gerard G. Robinson said...

bagus2..ada jugak pihak di sisi anda..ahahah

epul said...

Daniel:

Thanks

epul said...

Rafshan:

Di rumah ni memang banyak tapi kadang2 sayang mau una sebab terlampau cantik

epul said...

Robinson:

Siapa? maksud? xpaham...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...