Showing posts with label Keinsafan. Show all posts
Showing posts with label Keinsafan. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

Kisah perempuan buta kehilangan suami

Kisah ni sungguh sedih bagi aku sebab ia berlaku di depan mata aku sendiri. Hari ahad lepas (5 Disember 2010) aku menunggu bas Rapid KL U80 di KL Sentral. Di KL sentral ni, ramai orang menunggu bas. time tu pulak dah malam. Bas pulak lambat. So aku pun duduk la mencangkung sambil cuci mata...

Tetiba ada seorang perempuan buta lalu depan aku, kelihatan wanita itu berasa cemas, kedengaran esakan kecil dari mulutnya. Seorang wanita warga Indonesia ringan mulut bertanya kepada wanita buta itu.

"Dek, nak ke mana dek?" Ujar wanita Indon itu, lembut.

"Suami saya mana? Suami saya..." Wanita buta itu rupanya sedang mencari suaminya. Mungkin terlepas dari pimpinan suaminya ketika melintas jalan tadi.

Wanita itu kelihatan terus berjalan dengan gigihnya mencari suami yang hilang.

Selang lebih kurang 10 minit kemudian, seorang lelaki separa buta lalu. Dia pun turut sama kelihatan sedang mencari-cari sesuatu.

Bus Metro pun sampai. Kelihatan wanita buta itu tadi dipimpin oleh seseorang, manakala lelaki separa buta itu berlari-lari anak mendapatkan wanita buta itu tadi. Terpancar kegembiraan di wajah wanita buta itu tadi, sambil tangannya digenggam kemas oleh suaminya...

Anda terharu tak? Kalau tak, maksudnya aku memang pencerita yang gagal. huhuhu

Kasihan orang buta ini...

Bukan apa, sedih bila tengok OKU (Orang Kelainan Upaya) yang buta ni. Tak nampak apa benda di dunia, hanya bisa mendengar dan bercakap. Tengok la wanita buta yang kehilangan suaminya itu, mujur jumpa. Kalau xjumpa macam mana?

Kita yang sempurna ni, bersyukurlah...Salam Maal Hijrah 14.....14....1432 Hijrah. hehe tahun hijrah pun tak ingat.


P/s: Akan jarang update blog dalam bulan ni kerana laptop rosak dan sangat sibuk. + otak dah tumpul untuk mengarang. Kepada 42 followers ku, terima kasih... huhuhu

Saturday, October 30, 2010

Kurangkan penggunaan beg plastik

Sekarang ni aku semakin poyo. Bila mana nak beli barang kat pasaraya atau kedai runcit mamak dekat rumah aku, aku mesti akan bawak benda ni.


Tadaaa... Aku punya jenama milo


Time tu pukul 2.30 pagi, aku pun pergi la kedai runcit mamak 24 jam Puncak Alam untuk membeli roti gardenia dan ubat sakit kerongkong dan 1 tin sardin. Sewaktu membayar, aku pun menghulurkan beg recycle jenama milo aku. Aney (maksudnya "abang" dalam bahasa tamil) itu tersenyum seraya menunjukkan isyarat jari (bukan jari tengah ye, ibu jari). Aku pun turut tersenyum bangga, hidung ni pun kembang kempis. hehehe. (astaghfirullahalazim...riak)

Sebenarnya kesedaran alam ni timbul setelah menonton "Desperate Housewives Season 7 Episode 2". Dan untuk pengetahuan semua, kerajaan Negeri Selangor turut melancarkan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" sejak awal tahun 2010 yang lalu yang mana tiada beg plastik digunakan pada hari Sabtu. Ini melibatkan pasaraya dan kedai2 terkemuka yang ada di Selangor.

Tapi aku tengok tak lah berkesan mana kempen ni sebab orang still nak guna beg plastik, sebab pasaraya yang terlibat masih membenarkan penggunaan beg plastik. Pengguna tidak kisah sekiranya terpaksa membayar 20 sen untuk sekeping beg plastik.

So, bagi aku kesedaran pengguna tu la yang paling penting. Kepada pembacaku sekalian (ada ke? huhuhu) gunalah beg kitar semula. Kita kurangkanlah penggunaan beg plastik untuk kebaikan generasi akan datang...OK?



ARGGGGHHHH!!!!! (Tensyen exam...)

Friday, September 24, 2010

Xda jawatan = Malas

Semester ni adalah semester yang aku rasa aku paling malas. Walaupun kurang satu tahun lagi nak habis belajar (degree) tapi perasaan malas tu makin menebal.

Assignment jarang buat, kalau buat pun hantar lewat. Grouping assignment lagi lah habis terbengkalai. Kalau xda orang push memang xjalan. Huhuhu

Suatu malam yang sunyi, aku pun berfikir lah n muhasabah diri," Kenapa aku malas sangat ni?".

Tetiba ada lampu mentol atas kepala.

TING!

Baru gue sadar, semester ni aku langsung xpegang apa2 jawatan, sebab biasa sebelum ni aku mesti akan jadi class rep. (Wakil kelas) untuk sekurang2nya 4 subject. But now, since I have no position at all, I become lazy and unproductive. Bila kita ada pegang sesuatu jawatan, kita akan lebih cergas, selalu bergerak dan terpaksa melupakan untuk bermalas2 kerana kita ada tanggungjawab yang harus dipikul.

Macam mana ni? exam nak dekat...Waaa (T_T)

Monday, September 6, 2010

Homesick

Ceh, esok dah nak balik kampung, tapi baru hari ni homesick. Bukan apa, sebab housemate semua dah balik kampung, tinggal sorang je kat rumah. Sunyi .Xdapat bayangkan mereka2 yang hidup sebatang kera sampai ke tua, mesti bosan gila babeng...

Dalam kehomesickan ni, terfikir pulak keadaan parents kat kampung, sihat ke tidak? Dah makan atau belum? Untuk pengetahuan semua, parents aku tinggal berdua saja di rumah (Labuan), Kakak paling sulung kat KL, kak ngah kat Sandakan n abang pun kat KL.

Dulu bila 1st time datang KL, wah, rasa xnak balik kampung dah, macam nak stay terus n kerja di KL nih. seriously memang nak terus menetap di KL after graduate.

Apa la ada sangat di Labuan tu, just pantai yang bersih. Shoping kompelek? Hai apa la sangat dibandingkan dengan Mid Valley, Berjaya Times Square..Nak tengok wayang pun xda. Clubbing je lah yang menarik kat Labuan tu. Harga barang pun mahal, harapkan coklet kereta dan rokok je murah. Cuaca pulak panas giler...

Bila terasa sunyi ni, baru terpikir balik, kesian mak bapak kita kesunyian di kampung, anak2 kadang2 je datang menjenguk, maybe time raya je lah datang, tu pun kalau dapat cuti. Lagi teruk yang tinggal seberang laut nih, mana nak mengorek duit lagi2 tiket flight sangat mahal dekat2 musim perayaan ni.

So, aku pun fikirla, xpayah lah nak kerja jauh2 sangat. Kalau boleh biarlah dekat dengan parents. Bukan anak mak, tapi terima lah hakikat, bila lagi anda nak meluangkan masa bersama mak ayah, membalas jasa mereka? My dad is 65 years old and my mum is 58 so I don't think that I have much time left to be spent with them.

So kepada anda di luar sana, balik lah kampung di hari raya ni. Ingat lah orang yang tersayang, anda mampu mengubahnya, cewah

Saya sangat suka satu iklan Chinese New Year ni (walaupun sekarang hari raya) tapi anda tontonlah sendiri, pasti anda tersentuh.


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dah jangan baca belog ni lagi, pergi balik kampung tolong mak abah kemas rumah...

Friday, December 11, 2009

Kesedihan pointer exam...

Wah, ni post ala2 mencapub ni (Mencari publisiti).

Malas la orang tanya2 pointer. Baik bagitau ja kan? OK my pointer sem ni jatuh gila but luckily still 3 pointer above la..Look at the diagram below


Click at the picture to magnify it

Well, kita perlu buat post motem kenapa pointer kali ini jatuh merundum...Hm...

1. Malas

Ini adalah faktor utama kenapa pointer aku turun, begitu juga dengan pointer anda...Tidakkah anda setuju??? Ya, kerana MALAS belajar, MALAS baca buku, MALAS pergi kelas, MALAS buat latihan, itulah yang menyebabkan pointer aku jatuh...

2. Penat

Sem lepas merupakan sem paling tough buat aku sebab bayangkan ya, jadual ktorang sangat pack, hari isnin sampai khamis, kelas pagi sampai malam. Plus kelas kitchen, serving dan housekeeping yang memenatkan, membuatkan aku tidak dapat concentrate dalam kelas... (Hell, orang lain pun penat jugak..) Well, I have my own reason.

3. Facebook and Internet

Hah, ini lagi salah satu dajal yang mengakibatkan pointer turun kali ini...marah pakcik pembuat fesbuk ni kalau dia tau aku tuduh fesbuk dia ni menyebabkan aku lalai dan leka. Hm..But this is true, where in UK ramai yang dikatakan fail sebab sebok main fesbuk, farmville la, mafia wars la dan selain fesbuk, aku jugak sibuk membeli pet dalam tagged. + memvelog lagi...tu lah kan...



Sebenarnya sebab malas saja pun, sebab2 lain tu cuma alasan untuk tidak rasa bersalah pada diri sendiri...Hehehe

Sedangkan Hanis Zalikha jadi model, join brass band lah, selalu blogging pun leh 3.92 beb, dah cukup cemerlang, hebat dan luarbiasa bagus dah tu. Bohong la kalau aku xkecewa dengan result exam kali ni, but what to do? Shit happens...

Hopefully perpindahan ke kampus Puncak Alam juga mebawa perubahan kepada pointer ku...

Ganbatte kudasai!
Jiayou!
Aja2 fighting!!!

Friday, May 22, 2009

Farah Fauzana BERTUDUNG?

Ni ala-ala tajuk majalah Mangga gitu.. Tajuk-tajuk sebegini pastinya akan menjadi bahan tatapan utama anda di dalam blog aku selepas ini. Malas rasanya memberatkan kepala dengan bahan ilmiah mahupun pandangan dan buah pemikiran ku yang berat-berat belaka.

Sememangnya aku agak terlewat menyedari hal ini iaitu Farah Fauzana bertudung. Then, mesti ada yang cakap "Hm...Bagusla macam tu" Hm...Anyway, kunjungan ku ke Kelantan kali ini telah membawa aku kepada satu penemuan yang unik di mana aku telah menemui dan menyedari bahawa gambar-gambar papan iklan di Kelantan memaparkan model wanitnya bertudung.

Ni la gambar yang berjaya ditangkap sewaktu penulis berada di Rantau Panjang (Berdekatan sempadan Thailand) iaitu gambar iklan Nescafe yang modelnya adalah Farah Fauzana yang bertudung.

No issue here. Just a post...He he he...

Tuesday, March 17, 2009

Kenapa orang Cina pandai dan berjaya?

Isu yang agak sering kita dengar; kenapa orang Cina kaya, pandai; kenapa orang Melayu bila belajar malas, buka bisnes gulung tikar, kaum subsidi dan sebagainya. Kenapa? Persoalan sekarang bukan kenapa orang Melayu malas. Itu namanya mencari alasan. Sedangkan untuk menyelesaikan masalah, kita perlukan penyelesaian.

Apa kata anda bawa pemikiran anda kepada diskusi saya kali ini, mengenai bagaimana Kaum Cina boleh bijak, pandai dan kaya raya. Adakah mereka kaum yang hanya goyang kaki, dan akhirnya turun hujan duit yang lebat kepada mereka?Adakah mereka merebus buku dan minum airnya untuk berjaya?

Sama ada korang setuju dengan pendapat aku atau tidak, terserah dan terpulang kepada individu untuk menilai.

1. Orang Cina telah belajar sesuatu yang diskrit sejak kecil lagi. Mereka telah belajar perkara2 yang sukar sejak kecil iaitu dari segi tulisan Cina dan bahasa yang rumit. Bayangkan, satu perkataan saja boleh membawa banyak maksud. Belum lagi dengar 4 bunyi dalam bahasa Mandarin. Rumit! Kalau anda lihat pada tulisannya pula, ya Allah, rumit benar. Ngak ngerti kok. Ada beribu-ribu tulisan yang perlu mereka pelajari. Semuanya susah.

Bak kata pepatah Melayu, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Tengok apa jadi, ramai orang Cina yang bersenang-senang sekarang dengan kekayaan yang dimiliki. Top 10 orang yang terkaya di Malaysia adalah dalam kalangan Kaum Cina.

2. Kaum Cina menggunakan perkataan yang ringkas dan pendek untuk pengiraan. Contoh, kalau Bahasa Melayu kita sebut "satu", dalam Mandarin misalnya, mereka menyebut "Yi". Maka dalam pengiraan, mereka agak cepat dan tangkas berbanding orang yang menggunakan Bahasa Melayu. Tak perlu sebut panjang-panjang. Idea mengenai pengiraan ini telah dicetuskan sendiri oleh rakan saya, Liew Chee Ing.

3. Perasaan minoriti yang terdapat dalam diri mereka. Apabila perasaan minoriti ini wujud, mereka lebih kuat berusaha. Memandangkan peluang mereka dalam negara terhad (disebabkan terlalu banyak subsidi yang memalaskan golongan Bumiputera diwujudkan), maka mereka berusaha lebih keras, terutamanya dalam pelajaran dan perniagaan bagi memastikan masa depan yang cerah. Golongan Bumiputera (termasuk saya sendiri) seringkali memandang enteng dan remeh terhadap peluang yang telah diberikan.

Bayangkan, disebabkan senang sangat masuk Matrikulasi, aku jadi malas belajar. Hasilnya, lihatlah. Kebanyakan yang 4flat di matrikulasi tu siapa?Orang Cina kan?Walaupun mereka hanya 10 % dalam matrikulasi. Sebab apa? Sebab mereka merasakan mereka ini minoriti. So, diorang belajar lebih kuat dan gigih.

4. Budaya berniaga yang telah ada dalam diri masyarakat Cina. Dalam Hadis Rasulullah itu sendiri ada menyebut "9/10 daripada pintu rezeki adalah melalui perniagaan". Kaum Cina memang terkenal dengan otak bisnesnya. Mereka memang bijak mencari peluang perniagaan, sedangkan orang Melayu (bukan semua), bila diberi bantuan perniagaan, menyalahgunakan kemudahan yang diberikan. Contoh yang jelas adalah pemberian AP (Approved permit) untuk menggalakkan golongan Bumiputera membuka perniagaan kereta. Apa yang telah terjadi, permit yang dikhaskan untuk orang Bumiputera ini kebanyakannya telah dijual kepada orang Cina untuk mendapat keuntungan yang cepat. Bukankah bodoh tu?

Bila disebut pasal berniaga, masing-masing takut sebab apa?Takut rugi, takut gulung tikar sedangkan belum cuba lagi tu. Kita lihat pula di sebalik kedai runcit mahupun restoran Cina, anak2 taukeh mereka ada di permis perniagaan tersebut, sama ada turut bekerja atau mentelaah pelajaran. At the end, he or she then turns up into a succesful businessman. Sebab apa?Dari kecil lagi, mereka telah dibudayakan untuk berniaga.

Bayangkan bila kita tiap2 hari bawa anak kecil kita memotong getah, menangkap ikan,ataupun mengutip tin untuk dikitar semula, apa akan jadi?Fikirlah sendiri.


Konklusinya, marilah kita sama-sama mengambil iktibar. Kepada yang malas tu, rajinkanlah. Kepada yang miskin, kayakanlah, yang bodoh, pandaikanlah. Buat yang lemah, kuatkanlah. Apa yang penting, semangat kita, our determination to achieve the stars, reach excelence in our lives. And the main gateway is by learn, BELAJAR, menuntut ilmu.

Surah yang pertama sekali diturunkan, Surah Al-'Alaq ada menyebut, yang bermaksud

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" (Ayat 1)

"Iqra'". BACALAH. Maksudnya di sini, kita dituntut untuk mencari ilmu. Ini diterjemahkan melalui perkataan "baca" yang melambangkan betapa pentingnya kita membaca untuk memperoleh ilmu. Kalau tak baca, macam mana nak dapat ilmu kan?

Hadith Rasulullah juga ada menyebut "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Ini melambangkan betapa pentingnya kita menuntut ilmu sebanyak yang mungkin.

Fikir-fikirkan. Bak kata Professor Izzi Haji Ali( hot FM):

"Renung-renungkan dan selamat beramaaaal"

Tuesday, December 30, 2008

Salam Maal Hijrah...Selamat Tahun Baru...

Salam...
Salam Maal Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009.

Tika ini, aku sudah mula berteleku mentelaah pelajaran...Cewah.Konon. Hm...Bercakap mengenai hijrah, majoritinya sudah sedia maklum apa yang ada di sebalik peristiwa hijrah.

So, what I want to talk about ada kena mengena dengan hijrah ni...Cewah.(Panas...Panas...)

Ok, since now I "berhijrah" ke Shah Alam untuk menuntut ilmu, ada banyak perkara yang aku perlu bawa bersama di tempat penghijrahan ini. Seperti juga kisah penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah, Nabi telah membawa perubahan kepada kota Madinah; mendamaikan Kaum Aus dan Khazraj, menyatukan Kaum muhajirin dan Ansar (correct me if I'm wrong).

Memikirkan hal ini, termenung aku sejenak. "Apa perubahan yang aku bawa?"

Selama ini, aku mencanang satu dunia yang aku tak ingin mengubah gaya percakapanku di sini (Semenanjung). Alasannya kerana tak mahu jati diri tercalar. Cewah. But, think again. Do chinese lost their 'Chinese' because of speaking in Malay?Do they?

Sorry to say, no offence. As far as I can see (I think most of people also see this), some of Kelantanese like to stay in their own group only. Mereka lebih gemar berada dalam kelompok orang Kelantan sendiri.(Sort of Assabiah. But not totally cause they still mixing around). Kenapa mereka lebih gemar berada dalam kelompok mereka ini?(It's almost the same as the other states)

LANGUAGE!!!

Yes. Itulah punca utama mengapa mereka lebih suka ber'geng' dengan mereka2 ja. Terutamanya yang pekat Kelantannya. Agak sukar untuk berkomunikasi kerana masyarakat luar sukar untuk memahami tutur bicara mereka dan mereka juga skar untuk bercakap dalam Bahasa Melayu standard. Kepada yang fasih berbahasa Melayu standard, mereka lebih terbuka dengan masyarakat lain.

So, my main point is, aku akan mengenepikan ego ku dan mula mempertimbangkan falsafah "When you are in Rome, do what Romans do". Hehehe...

Aku akan mula mengubah sedikit tutur bicaraku agar masyarakat di sini mudah untuk memahami apa yang aku tuturkan.

Wish me luck!!!(^^,)/

Tuesday, September 9, 2008

Puasa yang 'Terbakar'

Hehehe..Geli hati pun ada, kechewa pun ada.

Kisah ini mengenai 4 orang manusia tolol. Usia, sudah layak digelar "bapak orang".Nama pun Melayu, Islam. Nak dijadikan cherita, pada suatu hari, tadi ada kelas Hospitality. Dalam kelas tu, ada jugak bilik lain, kiranya bilik rehat pekerja dan pensyarah la...

Sewaktu asyik mendengar apa yang di ajarkan oleh Cik Yan (muka dia ada iras-iras Ning Baizura), sekali masuklah 4 insan tolol ni. Tapi, laluan untuk ke bilik tersebut ditutup oleh penghadang. So, not really disturb our lesson.

Several minutes after that, we smell a very strong 'fragarance' yang mana agak jarang dapat dihidu di bulan puasa ini.

Tahukah anda apakah bau tersebut? Yes. Bau rokok. Tak tahu la rokok jenama apa, janji rokok. Wah, I tought that all Muslim here are very good and obey whatever teached in Islam. Perhaps, I'm wrong. It is true that it is their own right for not fasting. But, why they have to show it to the public? Even non-muslim, several of my friends can respect us who fasting. Why don't they? Agak memalukan. Kalau ya pun tak puasa, merokok la di tempat yang lain, yang tidak melibatkan orang awam.

Masalahnya sekarang, walaupun tak nampak, but still we have noses to smell. So, pandai-pandaila...Kata orang, pandai makan, pandai simpan...

The funny part is when they come out from that room, they smells great. Maybe they had spray 1 bottle of perfume to their entire body...

Thursday, July 10, 2008

Dua Dunia...

Salam pertemuan...

Aku sebenarnya buntu idea untuk mengarang. Maklumlah, sudah lama meninggalkan arena penulisan. Namun, aku ingin kongsikan kisah dua dunia yang mungkin menarik bagi anda dan mungkin juga tidak.

Untuk pengetahuan kalian, di dalam kumpulan kami iaitu yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan ini,cuma ada 1 dozen. Apa yang menariknya, dalam kalangan 12 orang ini, ada seorang pelajar antarabangsa yang berasal dari Iran.

"My name is Nahid and I'm from Iran" Begitulah butir bicaranya apabila diminta memperkenalkan diri. Selang beberapa hari selepas sesi ta'aruf, aku memberanikan diri mendekati wanita yang aku kira dalam lingkungan 30-an

"How are you?" Aku memulakan bicara. Mula-mula, takut juga sebab aku bukanlah pandai sangat bahasa omputih ni.

Wanita itu menguntum senyuman manis dan menjawab sapaanku dengan penuh sopan. Kami pun berbual-bual, agak rancak juga walaupun kekok pada mulanya. Aku bertanya menenai pelbagai perkara; mengapa memilih Malaysia sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian, mengapa tidak Iran dan mengenai perbezaan budaya antara negara Iran dan Malaysia.

Aku terkejut apabila Nahid menjawab
" In Iran, we have to wear hijab and it's a must! It is the country's rule. You'll be punished for not wearing it. It's country's rule, not religion"

Maka, tidak hairanlah ramai wanita Iran yang bertandang ke Malaysia, sudah tidak ada tudung yang menutupi kepalanya mahupun mengenakan jubah hitam yang bagiku kelihatan anggun dan bergaya.

Dia menyifatkan pemakaian hijab dan jubah itu sebagai suatu paksaan yang mengongkong yang mana bukan datang daripada Agama, tetapi daripada negara itu sendiri.

Hm...No komen...Mungkin kerana fahaman yang berbeza (Syi'ah), maka dia berpendapat sedemikian.

Di UiTM. majoritinya beragama Islam. Agak segan rasanya untuk melakukan kejahatan di sini kerana majoritinya patuh dan tunduk pada suruhan Agama.Sebelum ini, aku terlupa seketika nilai-nilai dalam Islam..Insafnya diri ini...huhuhu...(panas...panas...)

Kepada yang belum insaf tu, sama-sama lah kita menginsafkan diri ya...hehehe...

p/s - Bahasa pertuturan masyarakat Iran bukanlah Bahasa Arab, tetapi Bahasa Parsi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...