Saturday, April 3, 2010

Lelaki membahaskan diri dengan nama???



Pernahkah anda mempunyai kawan lelaki yang membahaskan diri mereka dengan nama sendiri atau mungkin anda lah yang dimaksudkan? Macam pelik kan lelaki bahaskan diri mereka dengan nama...Ei paham tak ni???

Contoh la, nama aku Saiful kan,

"Epul lapar la, Epul nak makan kejap" "Epul nak pergi kedai, nak ikut Epul tak" dan seumpamanya.

Setakat ni baru seorang yang aku jumpa...Tapi bila dengar dia cakap ok pun, tapi bila aku try bahaskan diri aku "Epul", macam menggelikan...

Membahaskan diri dengan nama lebih sesuai untuk kaum hawa. Sama juga perkataan "amboi", lebih sinonim dengan golongan wanita. Cuba anda dengar golongan lelaki menyebut "amboi", mesti kedengaran pelik kan?

Hm...Jom kita try, tengok apa reaksi kawan2 kita.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...