Friday, April 16, 2010

Kereta orang kaya

Sejak belajar subjek ekonomi di universiti dan sejak pengurusan kewangan teruk disebabkan keborosan berbelanja, maka aku pun start fikir tentang perbelanjaan aku yang amat membimbangkan. Well bukan apa, aku dah la merantau di negeri orang, makan pakai semua pun cukup-cukup saja. Mintak dengan mama? Oh aku malu, kecuali bila terdesak. Huhu

Aku pernah berborak-borak kosong dengan kengkawan aku. Aku cakap la yang aku nanti bila dah kaya aku nak beli kereta proton or produa or kereta tempatan saja. Mereka memandang dengan dahi yang berkerut2, pelik dengan taste aku yang low class orang kata.

"Apa kelassss pakai kereta tempatan. Cuba lah Toyota ke, Honda ke, baru bergaya beb"

"Xnak. Aku nak meningkatkan pendapatan negara (ceh dan2)"

Bukan apa, bila kita banyak membeli barang import, duit akan masuk ke negara yang kita import. namun bila kita banyak membeli barang BUATAN MALAYSIA, wang itu akan berpusing2 dalam negara.

Namun pendapat aku berubah sejak kebelakangan ini...

Selalunya pak guard di UiTM Puncak Alam ni akan tahan kenderaan yang masuk di entrance especially yang tiada sticker kenderaan dan pada waktu malam.

Pernah suatu ketika tu aku naik kereta ngan kawan aku, balik UiTM lewat malam. Dia pakai kereta tempatan saja. Di depan kami pula sebuah kereta import (Toyota if I'm not mistaken). Bila lalu saja gate, kereta itu automatik dilepaskan terus. Tapi bila kami sampai gate tu, pak guard tu tahan dan tanya, baru bagi lepas masuk.

Nak kata kereta tu staff punya, tak, sebab kereta tu ada pelekat kenderaan student. So, I made my conclusion.

"KERETA IMPORT LEBIH DIHORMATI BERBANDING KERETA TEMPATAN"

So bila anda sudah kerja dan ada banyak uwang, jangan beli kereta tempatan. Belilah kereta import supaya anda dipandang hormat dan disanjung tinggi. hahaha

Kereta Viva je? orang tak pandang beb...Huhuhu

2 comments:

cik fiena said...

cam ku kenal ajer kete viva ijou tu milik sapa.. x bek oo kutuk2.. kete tu jgk la yg byk menabur bakti pada u sepul~ huhuhu

epul said...

Hehe bukan kutuk kereta tu la, saja nak cakap Pak Guard tak pandang kereta murah, dia mesti tahan. Kalau kereta mahal dia lepas ja. Mungkin sebab takut mak bapak budak tu anak orang kaya nanti dorang kena balik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...