Tuesday, December 7, 2010

Kisah perempuan buta kehilangan suami

Kisah ni sungguh sedih bagi aku sebab ia berlaku di depan mata aku sendiri. Hari ahad lepas (5 Disember 2010) aku menunggu bas Rapid KL U80 di KL Sentral. Di KL sentral ni, ramai orang menunggu bas. time tu pulak dah malam. Bas pulak lambat. So aku pun duduk la mencangkung sambil cuci mata...

Tetiba ada seorang perempuan buta lalu depan aku, kelihatan wanita itu berasa cemas, kedengaran esakan kecil dari mulutnya. Seorang wanita warga Indonesia ringan mulut bertanya kepada wanita buta itu.

"Dek, nak ke mana dek?" Ujar wanita Indon itu, lembut.

"Suami saya mana? Suami saya..." Wanita buta itu rupanya sedang mencari suaminya. Mungkin terlepas dari pimpinan suaminya ketika melintas jalan tadi.

Wanita itu kelihatan terus berjalan dengan gigihnya mencari suami yang hilang.

Selang lebih kurang 10 minit kemudian, seorang lelaki separa buta lalu. Dia pun turut sama kelihatan sedang mencari-cari sesuatu.

Bus Metro pun sampai. Kelihatan wanita buta itu tadi dipimpin oleh seseorang, manakala lelaki separa buta itu berlari-lari anak mendapatkan wanita buta itu tadi. Terpancar kegembiraan di wajah wanita buta itu tadi, sambil tangannya digenggam kemas oleh suaminya...

Anda terharu tak? Kalau tak, maksudnya aku memang pencerita yang gagal. huhuhu

Kasihan orang buta ini...

Bukan apa, sedih bila tengok OKU (Orang Kelainan Upaya) yang buta ni. Tak nampak apa benda di dunia, hanya bisa mendengar dan bercakap. Tengok la wanita buta yang kehilangan suaminya itu, mujur jumpa. Kalau xjumpa macam mana?

Kita yang sempurna ni, bersyukurlah...Salam Maal Hijrah 14.....14....1432 Hijrah. hehe tahun hijrah pun tak ingat.


P/s: Akan jarang update blog dalam bulan ni kerana laptop rosak dan sangat sibuk. + otak dah tumpul untuk mengarang. Kepada 42 followers ku, terima kasih... huhuhu

1 comment:

Anonymous said...

Baccarat – How to Play - Pirhia Pulsa Tanpa Potongan
Baccarat 메리트 카지노 가입 쿠폰 – How to Play – Pirhia Pulsa Tanpa Potongan 샌즈 카지노 주소 · How to Play · Play 바카라 양빵 · Play · Play · Play · 카지노 총판 구인 Play · Play 우리 계열 더킹 카지노 · Play · Play · Play · Play.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...