Monday, February 13, 2012

How I met my shirt design-alike in How I Met Your Mother

Lawyered! I just found out the design of shirt that I'm wearing in the photo below is almost the same in How I Met Your Mother (Season 3, Episode 19 - Everything Must Go)...and the one who wears the shirt is totally gay..damn..(please refer to this post on people perceptions toward my shirt...)


This shows my fashion sense is awesome...hahaha


P/S: It's time for shopping!!!!Sadly, Labuan has so limited choice of nice clothing.

Sunday, February 12, 2012

No more Mr. Nice Guy

No use jadi budak baik zaman sekarang ni. Why? kejadian sejak kebelakangan ni menyedarkan aku, benarlah kata pepatah "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Dalam berbuat baik ni pun kena ada batasnya, jangan terlalu baik walaupun dengan orang yang kita kenal dan rapat. Secara ringkasnya, "trust no one". Why? because people will take advantage of your kindness.

Baru2 ni aku ada terima surat mahkamah menyatakan aku tidak bayar bil celcom. Rupa-rupanya baru ingat, my ex-friend("You die to me.no more friend!!!") at work used my name for his broadband. He promised that he will pay the bill every month without fail. Hell yeah, now I don't know where he is, most probably already run away. He also borrowed my money not long time ago and haven't pay till now. I couldn't reach him, he switched off or even might already changed his phone number.

Then, sejak aku ada lesen kereta ni, ramai saja kawan aku especially yang mengajak aku untuk keluar malam (clubbing). Damn...I'm not your driver and I don't like clubbing. I feel that they are using me for their own purpose or shortly speaking, I'm their "friend for benefit".

Lagi, ramai yang mau pinjam duit sejak aku dapat kerja yang bagus...Aku dengan muka innocent dan hati yang tulus suci pun tolong lah, bagi pinjam. Last2 aku yang merana, xda duit simpanan sebab orang pinjam duit tp xdibayar semula *sigh*

Be careful, rambut sama hitam, hati lain-lain. I won't be nice anymore. You want to go clubbing? you get your own car and driver. Wanna borrow money? hell there are a lot of banks out there.

Bye-bye Mr. Nice Guy...

P/S: Kawan semasa ketawa ramai, tapi kawan semasa menangis???Susah mau jumpa

Sunday, February 5, 2012

Koleksi pantun jualan

Hello everybody..Sudah beberapa purnama aku tidak menulis dalam blog ni..Huhuhu..Actually I have no idea what to write here. Hence, for starter, aku nak buat post about koleksi pantun untuk dijual. Mana tau ada adik2/hadek2 di luar sana yang nak ikut pertandingan pesta pantun, boleh jugak cedok sedikit pantun di sini. Ada 2 pantun dalam ni aku cedok dari luar. Selebihnya adalah karangan sendiri, original from me.. :)


Anak gadis cantik rupawan,
Di atas tangga duduk termanggu,
Andai bulan ditabir awan,
Masihkah setia si pungguk menunggu?

Merdu mendayu nyanyian syair,
Sayang sekali kian dilupa,
Bertanam tebu di pinggir bibir,
Bahagiakah kasih bersulam dusta?

Bunga rampai ditabur-tabur,
Raja sehari tampak berseri,
Tanah dipijak lagikan subur,
Mengapa dagang di bumi sendiri?

Pohon cempaka dahannya rebah,
Gugur sekuntum di dalam perigi,
Fitnah ditabur aib dihebah,
Sifat terpuji kemana pergi?

Mari dipetik si buah berangan,
Gugur sebiji di dalam air,
Andai dayung sudah di tangan,
Mengapa perahu tiada di air?

Mekar berbunga semarak api,
Merekah di bawah si pohon tanjung,
Terleka orang tua di warung kopi,
Terlenturkah buluh darinya rebung?
(Pesta Pantun Sekolah Menengah, tahun tak ingat. Yang penting pemantun wanita dari Terengganu, selaku pemantun terbaik ketika itu)

Berbaju kurung rambutnya ikal,
Wajah mekar bak bunga nan kembang,
Tanah sekangkang lagi ditinggal,
Mengapa dikejar tanah sebidang?

Simpuh jebat beriring rodat,
Serakah menerja merentas kertasa,
Ampuh sejagat beranyam adat,
Ancamkah remaja beralas bahasa?
(Taken from other website.)

Guruh bergema beriring kilat,
Hujan bercucuran air bergenang,
Goyah ugama bertingkah adat,
Berjuta hantaran apa didagang?


P/S: Will be back on track..Harap mendapat semula roh untuk menulis...hehehe. (^^,)

Monday, September 19, 2011

Graduan Menganggur...Alahai...

Fenomena kebanjiran graduan yang bekerja sebagai penanam anggur yang berjaya bukan perkara yang baru kita dengar. Memang masalah ini telah menghantui negara sejak bertambahnya graduan dari institusi-institusi pengajian awam. Tambah buruk lagi bila tumbuhnya institusi-institusi swasta bak cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan graduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan ibarat perperangan yang tiada berkesudahan...

Baru-baru ini, ada orang post dalam Facebook, menyatakan bahawa kebanjiran graduan yang menanam anggur (menganggur) ini adalah disebabkan graduan terlalu memilih kerja dan kebanyakannya demand gaji yang tinggi...Lebih menyedihkan dari sudut kompetensi graduan itu sendiri yang dikatakan tidak kompetitif dan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.

Saya tidak menafikan keadaan yang berlaku. Adalah tidak dapat disangkal lagi sememangnya kebanyakan graduan universiti berkehendakkan gaji yang setaraf dengan kelulusan yang dimiliki. Kalau gaji setaraf dengan mereka yang berkelulusan SPM, lebih baik selepas SPM terus bekerja dan tidak perlu lah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...Betul tak?

Maka graduan ini lebih rela menganggur daripada bekerja sebagai kuli dan dibayar gaji yang rendah. Sebab itulah ramai yang menganggur selepas beberapa tahun menamatkan pengajian...

Dari segi penguasaan Bahasa Inggeris pun boleh dikatakan masih kurang mantap dan berdasarkan pengalaman di dalam kelas itu sendiri, ramai yang tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Kadang-kadang penggunaan "is" dengan "are" pun tidak betul.

Namun begitu, adalah tidak adil untuk meletakkan masalah ini di bahu graduan semata-mata. Perlu dilihat dari sudut yang lain iaitu dari perspektif majikan. Pernahkah anda melihat iklan-iklan pekerjaan yang ditampal di ruang iklaneka mahupun di dalam internet? Perasankah anda bahawa majoriti iklan peluang pekerjaan ini mengkehendaki calonnya memiliki pengalaman sekurang2nya 1 tahun/ 2 tahun/3 tahun, alah, yang penting bertahun-tahun lah...pernah tak?

Bagaimana fresh graduate hendak memiliki pengalaman sebegini sedangkan mereka baru sahaja tamat belajar, baru saja merangkak, belum pun ada pengalaman lagi...Kalau fresh graduate ni minta, sudah tentu permohonan mereka ditolak bulat-bulat disebabkan syarat yang tidak relevan dan boleh dianggap berat sebelah ini...

Hanya segelintir saja syarikat yang sanggup mengambil pekerja yang tiada pengalaman...Namun, kadangkala ada udang di sebalik batu. Sebenarnya syarikat tersebut hendak membayar pekerja yang bijak dan boleh buat kerja tapi dengan bayaran gaji yang rendah, atas alasan mereka masih fresh dan tiada pengalaman..BULLSHIT!

Maka tidak hairanlah ramai professional kita yang melarikan diri ke luar negara seperti Australia kerana gaji yang ditawarkan di Malaysia amatlah rendah (sektor awam mahupun sektor swasta, semua sama sahaja). Bukan setakat golongan professional, malah mereka yang berkelulusan tinggi yang bukan professional pun turut sama mencari rezeki di luar negara atas sebab tawaran gaji yang jauh lebih lumayan di luar negara.

Maka sesungguhnya, terlalu kejam untuk menghukum graduan dengan tuduhan bahawa graduan sekarang kebanyakannya tidak berkualiti dan terlalu demand dan choosy dalam memilih pekerjaan. Terimalah kenyataan bahawa majikan juga menyumbang kepada masalah pengangguran graduan ini.

Renung-renungkan...


P/S: Saya juga fresh graduate, namun sekadar Ijazah Sarjana Muda saja lah...Kini sudah mendapat pekerjaan di sebuah hotel. Namun, gaji bersih hanya kira-kira RM 6XX. Maka, dari sudut pandangan anda, adakah saya memilih peluang pekerjaan? Adakah majikan memberikan bayaran yang setimpal dengan kelulusan yang saya miliki? Dengan gaji sedemikia rupa ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi, adakah saya boleh bekerja dengan hati yang gembira? T_T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...