Friday, July 18, 2008

Kisah si pemandu GILA...

Suatu perkara yang paling aku tidak suka adalah mengenai orang yang suka melanggar peraturan lampu isyarat. Tidak hairanlah kadar kemalangan di Malaysia tidak pernah surut-surut.

Nak dijadikan cerita, tadi, sewaktu hendak pergi ke Pusat Islam UiTM untuk menunaikan solat Jumaat, aku melintas lah jalan. Tapi, aku tekan lah siap-siap button untuk melintas jalan (di labuan xda, kan 'kekamps'...) demi keselamatan. Cewah...

"HIJAU"

Jadi, aku pun melintas tanpa menoleh kiri dan kanan. Tiba-tiba, satu kereta Produa Viva membrek mengejut, betul-betul berada dihadapanku, kurang dari 0.5 meter. Terkejut? Ketika itu, perasaan ku tidak terkata, terkesima, terkejut, tungkal dan tekinjat (dialek Brunei) bukan kepalang. Nyaris-nyaris aku accident. Huh...

Pemandu kereta buatan Malaysia itu merupakan seorang wanita, berambut lurus rebonding, student UiTM rasanya. Aku pun dengan geramnya memberi isyarat kepada wanita itu, menyatakan yang dia tidak mematuhi lampu isyarat. Dengan tak malunya, wanita itu menunjukkan muka marah. Uish, mukanya yang cantik bertukar, macam singa kelaparan...DAHSYAT!!!Macam orang gila meroyan pun ada...

Beginilah lumrah manusia, sukar untuk mengaku kesalahan diri sendiri. Sendiri mau ingat la...Aku betul-betul geram ni.Grrr...

Kepada pemandu-pemandu di luar sana, berhati-hati di jalan raya.

Peace!!! (^^,)/

Thursday, July 10, 2008

Dua Dunia...

Salam pertemuan...

Aku sebenarnya buntu idea untuk mengarang. Maklumlah, sudah lama meninggalkan arena penulisan. Namun, aku ingin kongsikan kisah dua dunia yang mungkin menarik bagi anda dan mungkin juga tidak.

Untuk pengetahuan kalian, di dalam kumpulan kami iaitu yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan ini,cuma ada 1 dozen. Apa yang menariknya, dalam kalangan 12 orang ini, ada seorang pelajar antarabangsa yang berasal dari Iran.

"My name is Nahid and I'm from Iran" Begitulah butir bicaranya apabila diminta memperkenalkan diri. Selang beberapa hari selepas sesi ta'aruf, aku memberanikan diri mendekati wanita yang aku kira dalam lingkungan 30-an

"How are you?" Aku memulakan bicara. Mula-mula, takut juga sebab aku bukanlah pandai sangat bahasa omputih ni.

Wanita itu menguntum senyuman manis dan menjawab sapaanku dengan penuh sopan. Kami pun berbual-bual, agak rancak juga walaupun kekok pada mulanya. Aku bertanya menenai pelbagai perkara; mengapa memilih Malaysia sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian, mengapa tidak Iran dan mengenai perbezaan budaya antara negara Iran dan Malaysia.

Aku terkejut apabila Nahid menjawab
" In Iran, we have to wear hijab and it's a must! It is the country's rule. You'll be punished for not wearing it. It's country's rule, not religion"

Maka, tidak hairanlah ramai wanita Iran yang bertandang ke Malaysia, sudah tidak ada tudung yang menutupi kepalanya mahupun mengenakan jubah hitam yang bagiku kelihatan anggun dan bergaya.

Dia menyifatkan pemakaian hijab dan jubah itu sebagai suatu paksaan yang mengongkong yang mana bukan datang daripada Agama, tetapi daripada negara itu sendiri.

Hm...No komen...Mungkin kerana fahaman yang berbeza (Syi'ah), maka dia berpendapat sedemikian.

Di UiTM. majoritinya beragama Islam. Agak segan rasanya untuk melakukan kejahatan di sini kerana majoritinya patuh dan tunduk pada suruhan Agama.Sebelum ini, aku terlupa seketika nilai-nilai dalam Islam..Insafnya diri ini...huhuhu...(panas...panas...)

Kepada yang belum insaf tu, sama-sama lah kita menginsafkan diri ya...hehehe...

p/s - Bahasa pertuturan masyarakat Iran bukanlah Bahasa Arab, tetapi Bahasa Parsi

Wednesday, July 9, 2008

Aku Di sini...UiTM

Pada ketika hari ini, genaplah 10 hari aku berada di UiTM..Hm..Mula2 rasa nak balik rumah je. "Aduuh..buruknya asrama..." Terkenangkan mama dan papa penat2 hantar aku ke mari, aku kuatkan semangat...huh.

Thank God, I manage to survive here. The seniors are very helpful..Thanks to Farahana, Abg Sham, Kak Asmurni and the rest...

Tapi,tak semestinya hanya mentari dan purnama yang ingin mewarnai langit..mendung pun nak join jugak..

Sebelum memijakkan kaki ke institut ini, aku kaji la jugak sikit2 'iklim' di semenanjung..Ops..terlupa plak. Aku berasal dari W.P.Labuan...Tahukah anda di mana tempat tu??

Ni yang nak dijadikan cerita, especially to those who don't know about W.P.Labuan

Hari pertama: "Er, nak tanya...Orang kat sana duk rumah panjang ke?"
Aku pun terangkan la dengan penuh semangat dan terperinci...

The next day, one more question that I received
"Org kat sane pkai cawat eh?"

I still can accept that because I already expect these questions will be asked...

Tapi, soalan yang aku paling tak boleh terima sampai ke cucu cicit piut berbunyi begini
"Kat labuan ade pos laju ke?"

HELLO!!!ARE YOU MALAYSIAN?

Pernah jugak suatu hari, beberapa hari sebelum mendaftar, aku berbual-bual la dgn seorang makcik. Usianya dalam lingkungan 50-an. Aku bagitau la yang aku ni dari W.P.Labuan.

Tiba-tiba, wanita itu bertanya
"Seronok datang ke Malaysia?"

Er...Makcik, saya memang orang Malaysia, bukan Indonesia, mahupun Filipina..Filipina tak dapat rampas W.P.Labuan daripada Malaysia, makcik...

Apa yang aku dapat lihat di sini, pentingnya belajar geografi dan sejarah...
Hahaha...

P/s- Aku paling benci matapelajaran geografi dan sejarah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...