Friday, October 10, 2008

Wow!!!Pakai baju Melayu.

Di UiTM, tiap-tiap hari jumaat, aku akan mengenakan pakaian busana Melayu lengkap(bersampin dan bersongkok) ke kelas. Siapa2 yang kenal aku tu tau la kan mcm mana glamourousnya baju yang aku pakai..hehehe...

Pastinya tiap2 kali aku mengenakan baju kebangsaan yang menjadi kebanggaanku, pasti ada saja mata yang melihat, dari atas ke bawah. Mcm mo telan aku ja. Tp kemudiannya, berbisik2 kepada temannya sambil menunjuk2 ke arahku. Lepastu, tersengih2. Bodoh!Macam la aku tidak nampak.

Tidak kurang juga, pasti ada yang menegur "Pergh,pakai baju Melayu...Giler..Aku malu nak pakai macam ni"

MALU???

MALU???

Besar juga kemaluanmu sampai pakai baju Melayu pun malu. Ishk...Kenapa mesti malu dengan identiti bangsa sendiri?

Lihat sahaja bangsa Arab. Walaupun di mana mereka berada, pasti kita dapat meneka sama ada mereka berbangsa Arab ataupun bukan. Bagaimana???Sudah tentulah daripada pakaiannya. Anda rasa, adakah dia malu untuk mengenakan pakaian segala jubah dan yang penutup kepala tu(ntah apa namanya)?

Beginilah orang Melayu(segelintir), malu tidak bertempat. Malu tu penting, tapi malu untuk melakukan perkara baik tu penting kah?

Wednesday, October 8, 2008

Labuan?Dekat dengan Sarawak atau dekat dengan gunung?

Maaf. Mungkin ada yang merasa muak atau bosan kerana aku sering mengajukan mengenai isu begini. Namun, inilah perkara yang turut membosankan aku. Mungkin aku yang terlalu sensitif. Entahlah...

Selepas hari raya yang lalu, aku pun bawa la sedikit buah tangan iaitu coklat Kises (imported from USA), then I distribute to the whole class. Then, ada lah yang ringan mulut bertanya "Eh, you pergi Langkawi ker?" (Langkawi?Hmmm..mungkin tahun depan la aku pergi sana)

'Oi, aku beli di Labuan la. Aku beli atas pokok!' Bentakku dalam hati. Why?Apa,mereka ingat kat Langkawi sahaja ada duty-free?Anyway, aku tak ambil hati pun mengenai perkara ni. Just as an introduction...Hehehe...Continue reading.

Everytime I tell about my hometown, Labuan to my friends, some of them respond interestingly. They will show that they are amazed by my story. But some of those "modern" people, they will give a highly negative respond, which what I believe, they want to say "BOOO...Labuan.Mundur, katak bawah tempurung..Ape ade kat Labuan tu?"

Let me tell you this. Siapa yang katak bawah tempurung sebenarnya?

When I asked several people from semenanjung about Labuan, they will ask me back, dengan penuh keyakinan "Hei, Labuan.Dekat dengan Sarawak kan?" or "Labuan...Hm...Kat gunung eh?"

HELLO!!! Labuan is a Federal Territory (Wilayah Persekutuan) since 16 April 1984 and it is AN ISLAND NEAR SABAH!!!

Tak kisah la kalau tak ingat tarikh pun. At least, tau lah bahawa Labuan merupakan sebuah pulau bebas cukai, sebuah wilayah persekutuan, berdekatan dengan Sabah.

Sebut saja pasal pulau, mesti mereka terfikir "Eh, kat situ ade kemudahan air ke?Ade pos laju?" Whatever!!!Dah bosan melayan. Mungkin, subjek sejarah dan geografi perlu diajar dengan lebih detail lagi di sekolah.

Pernah berlaku alkisah mengenai seorang pelajar semenanjung yang di hantar ke UMS KAL (Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan). Dengar khabar, setelah dapat tahu ditawarkan ke situ, dia pun, apa lagi.Dengan penuh keyakinan, dia siapkan bekalan seperti sundries dan makanan ringan untuk setahun disebabkan kecetekan pengetahuan mengenai Labuan dan juga pandangan kolot yang telah ditanam dalam kepala hotaknya sejak dari azali lagi.

Nampaknya, masih terdapat jurang yang besar antara Borneo dan Semenanjung. Please, somebody, sociologist, or anybody who are expert in this field. Dapatkan penyelesaian.

Aku tak mahu dan tak rela orang borneo diperkotakkatikkan atau diperkecilkan (walaupun labuan sememangnya kecil)...

Peace..No offence.kikikih...
(^^,)/

Sunday, September 14, 2008

Wangian alam...

Once upon a time, aku menaiki bas Rapid KL, U41 yang menuju ke Mines. Aku berasa teruja kerana pada hari tersebut, aku akan berjumpa dengan kawan2 lama (Lao pengyou).


Ini bukanlah cerita besar dan sensasi. Malah, ramai yang memandang enteng fenomena yang berlaku ini.


Perasaan yang gembira bertukar menjadi resah, gelisah dan"Uweek...NAK MUNTAH!!!". Pelbagai bau yang menerjah ke lubang hidung ini. Mujurlah aku ada membawa bersama sebotol minyak wangi jenama Uberman...Lalu dengan tidak sengaja, aku menyemburkan minyak wangi tersebut ke ruang udara...Ah, segarnya. Ada juga beberapa pasang mata yang memandang sinis. Siapa makan budu, dia terasa masinnya kan?


Cuba teka, "Milik siapakah bau ini?" (macam laguu sudirman da..)

A.Bau pemandu bas.

B. Bau durian.

C. Bau pendatang asing yang rata2 dari Bangladesh..

D. Bau Pak Arab.


Jawapannya...Tepuk dada, tanya selera...hehehe...


Lihatlah bertapa 'Diverse' nya Malaysia. Betul2 multiracial. Pendatang asing sudah menguasai Malaysia, sehinggakan bau mereka pun mendominasi ruang udara Malaysia yang suci dan mulus...


Dalam akhbar kosmo baru2 ini, ada berita mengenai warga Bangladesh menjadi Ketua atau supervisor di sebuah stesyen minyak. Pekerja tempatan pula menjadi kulinya... Betapa terhinanya kita, mengemis di bumi sendiri...


Tolong la Bangladeshi...Pergilah mandi..Busuk ba, tau nda???


Bukan prejudis, inilah hakikat...hehehe...

Tuesday, September 9, 2008

Puasa yang 'Terbakar'

Hehehe..Geli hati pun ada, kechewa pun ada.

Kisah ini mengenai 4 orang manusia tolol. Usia, sudah layak digelar "bapak orang".Nama pun Melayu, Islam. Nak dijadikan cherita, pada suatu hari, tadi ada kelas Hospitality. Dalam kelas tu, ada jugak bilik lain, kiranya bilik rehat pekerja dan pensyarah la...

Sewaktu asyik mendengar apa yang di ajarkan oleh Cik Yan (muka dia ada iras-iras Ning Baizura), sekali masuklah 4 insan tolol ni. Tapi, laluan untuk ke bilik tersebut ditutup oleh penghadang. So, not really disturb our lesson.

Several minutes after that, we smell a very strong 'fragarance' yang mana agak jarang dapat dihidu di bulan puasa ini.

Tahukah anda apakah bau tersebut? Yes. Bau rokok. Tak tahu la rokok jenama apa, janji rokok. Wah, I tought that all Muslim here are very good and obey whatever teached in Islam. Perhaps, I'm wrong. It is true that it is their own right for not fasting. But, why they have to show it to the public? Even non-muslim, several of my friends can respect us who fasting. Why don't they? Agak memalukan. Kalau ya pun tak puasa, merokok la di tempat yang lain, yang tidak melibatkan orang awam.

Masalahnya sekarang, walaupun tak nampak, but still we have noses to smell. So, pandai-pandaila...Kata orang, pandai makan, pandai simpan...

The funny part is when they come out from that room, they smells great. Maybe they had spray 1 bottle of perfume to their entire body...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...